23 Jan 2010

Yang patah, tumbuh...yang hilang, berganti

Takziah diucapkan kepada keluarga diraja Johor di atas kemangkatan Baginda Sultan seperti mana yang telah diumumkan semalam. Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi-Nya, Amin.

Al-Fatihah.


(Ok, habis guna bahasa rasmi)

Saya bangga menjadi rakyat Johor! Johor negeriku (patriotik gila weh heheh). Sebab? Banyakkkkk. Tapi salah satunya mestilah sebab saya fikir kerajaan Johor sangat pantas menyudahkan istiadat pengebumian diraja. Ehh betul, kan baru semalam announce hari ini dah bersiap sedia untuk pengebumian dan istiadat pemasyhuran dah pun selesai pagi tadi. Lagipun, kalau ikut hukum, kebumi lagi cepat lagi afdhal.

Kalau kat negeri lain ada yang ambil masa 2 @ 3 hari, tapi kelewatan mungkin atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Wallahu'alam.

(Saya sedang menonton istiadat pengebumian Almarhum baginda sultan kat TV1, litas langsung dari Istana Besar Johor)

Abang saya yang kerja kat Kem Mahkota, Kluang awal pagi tadi (ehhh ke malam tadi) dah bertolak ke Istana Besar, dipanggil bertugas untuk istiadat yang berlangsung hari ini. Tadi call dia, kalau malam nih arahan dah 'dismiss' esok pagi bolehlah dia balik kampung, join kami makan-makan kat rumah =). Kalau tidak, kami 'tolong' makankan bagi pihak kikikiiii.

Pagi tadi tengok TV, perintah perkabung dah dikeluarkan untuk rakyat di negeri Johor. Tempoh berkabung 7 hari. Wanita berhijab diminta pakai tudung putih (haku takda tudung putih maa T___T, tak keluar rumah la jawabnya seminggu. Ehh tak, gurau je! Perintah berkabung sebagai tanda penghormatan sahaja, bukan paksaan). Yang lelaki pulak, pakai songkok yang dililit reben putih, bendera naik separuh je. Rasanya tu semua perkara-perkara yang biasa dilakukan dalam tempoh berkabung, kannn?

Tadi YB send MMS, tayang muka pakai songkok. Subject gambar "Berkabung". Tapi kat songkok nan hado reben putih, motippp sangat berkabung??? Bila tanya dia jawab "Reben tertinggal kat rumah." Alasannn =S. Dia nak join solat jenazah tapi jalan dah jammed + perkarangan istana dah penuh gila. Tak tercapai la hajat dia huhuh~ (owhh encik YB itu memang agak patriotik yerr! Dah alang-alang gua panggil lu YB, lu join politik la beb..mana tau 1 hari nanti dapat title 'YB' betul-betul kan? Keh keh kehhh)

Tak sabar nak jadi head chef untuk makan-makan esok :D Excited gila neh, tadi dah keluar beli barang secara banyakkkkk. Puan Fadd and Encik Zaman rugi yerr kalau anda tak balik, menu memang tip top (ceh ceh cehhh sendiri perasan mentang-mentang sendiri yang nak masak muahahahahahahhh)

Ok habis, bye.

(...sambung tengok live broadcast kat tv)

6 comments:

eddie dewanaga said...

seawal jam 9 pagi, laluan utama ke kawasan istana besar memang dah jammed, sekitar 11am, laluan pantas dari turun tol skudai/kempas khas untuk vvip dan senai airport utk pesawat2 raja2 melayu.

ramai yg terus tunggu di mahmoodiah, parking sepanjang jln mariamah, then jln kaki sikit.

monstorious wife said...

ye betul.. pengkebumian adalah sangat cepat berbanding sultan negeri lain.. lagipon buat apa nak tunggu lama2 kan?

mimie said...

alfatihah.....
i suka cara pengkebumiaanya amat cepat and lagi satu keranda diangkat oleh cucu almarhum sendiri...selalu kita tengok askar yang angkat...past cucu almarhum juga yang tanamkan....cara seperti orang biasa....itu namanya islam:)

ABH said...

alfatihah...anak cucu nyer semua terdidik dgn baik sekali...cam org kebanyakkan jek...

akak org selangor tpi parents dari Johor, so kira anak johor gak ler..tu yg sedih tuu

CikChelsea said...

eddie,
lu peri ke brooo?


monstorious wife,
ya betullll, afdhal kemuni seawal yg mungkin =)

CikChelsea said...

mimie,
bagus la anak cucu alhamruhum tak kekok buat kerja2 sndr. takdelah harapkan org lain kannnn ;)


ABH,
hihi...kira 'roots' akak mmg johor la...sekapal rupanya kita=P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...