11 Feb 2010

Belajar sampai pandai, kalau tak pandai pun cukuplah kalau bijak

2 hari lepas saya ada terbaca artikel tentang Wardina Safiyyah kata 'Artis Malaysia Tidak Layak Jadi Idol'. Anda setuju? Ke tak setuju?

Ok apa kata kita bagi sedikit clue untuk anda fikir, untuk setuju ataupun tidak ;)

Ready?

Statement 1:
"Saya hanya berselendang, bukan bertudung. Jangan tiru saya."

Akhirnyaaaaaa, keluarlah jugak statement dari Tok T bahawasanya dia tidak bertudung. Confirm peminat dia angguk setuju terus bila Tok T kesayangan keluarkan statement camtuh. Habis, yang sebelum-sebelum nih peminat backing sangat dia 'bertudung' sampai boleh kata; "Lebih baik pakai camtu daripada tak pakai langsung?", apa cerita? Fan dengan artis sama 'bingung'.


Statement 2:
"Saya buka tudung dengan niat untuk cari rezeki."

Ini tak tau la habis sekolah ke tak! Tak sampai hati nak komen sebab kenyataan Anne tu jahil sangat. Kalau tak sure hukum hakam, rujuklah suami (kan suami tuh pembimbing). Kalau suami pun tak sure, rujuklah dengan mereka yang arif dengan hukum. Kalau jahil boleh tanya, kalau tak tanya jadilah bodoh sombong. Malu bertanya sesat jalan. Nampak bodoh pun iya jugak.


Statement 3:
"Saya pakai rambut palsu dalam teater tu, bukannya saya tunjuk rambut sendiri."

Dulu masa baca statement Salima neh, saya macam tak percaya. Dia neh biar betik betul? Ustaz kat sekolah takda ajar apa hukum pakai rambut palsu kah? Haihhhhh, cakap macam terer sangat (lepas keluar statement dia tuh, habis kena 'hentam' dengan press, kesian).


Statement 4:
"Bayi saya lahir tidak cukup bulan. Isteri saya bersalin secara normal, berat bayi kami 4.43kg."

Tau la hang tu lawak, pasal baby pun boleh nak buat kelakar jugak T____T.

Saya siap buat interview tak formal kat kakak saya yang bergelar paed petang tadi ketika kami lunch bersama;

Saya: Kak In dah jadi paed berapa lama?
Kakak: Habis je buat housing dulu (aisehhh lupa pulak tadi kakak saya cakap tahun bila)
Saya: Selama jadi paed kan, pernah tak jumpa case premature baby lahir berat 4.43kg?
Kakak: (Senyum)
Saya: Nih bapak baby tu yang claimed baby dia tak cukup bulan. Tarikh nikah 25 Julai, baby selamat dilahirkan 6 Feb. Kalau kira, baru 6 bulan 1 minggu.
Kakak: (Senyum lagi)
Saya: Ok, paham maksud tersirat di sebalik senyuman itu

Tapi lepas tuh kakak saya ada la explained biasanya baby yang baru masuk 6 bulan kalau lahir tak ramai yang survived sebab organ-organ dalaman belum berfungsi dengan sempurna, bla bla bla. Kira kesimpulannya mustahil la baby 6 bulan 1 minggu boleh lahir dengan berat 4.43kg. Jadi, apakah motif si bapak cakap anak dia lahir tidak cukup bulan? Ok, ok...nanti ada yang akan kata "Bersangka baiklah kita", masalahnya agak-agaklah kan kalau nak sangka baik pun. Ikut logik la, akai ada sila guna.

*****

Sekarang neh ramai betul muda-mudi nak jadi artis. Target habis sekolah nak jadi penyanyi, masuk reality tv show, belajar pun sekadar melepaskan batuk di tangga. Kalau target tepat pada sasaran, jadilah glamor. Kalau tersasar? Pendidikan entah ke mana, glamor pon yilek.

Artis pun manusia biasa, maknanya ada otak, ada akal. Tapi awat cakap macam takda 2-2? Cukuplah 4 statements. Kalau bagi anda lebih banyak statement, nanti fikiran anda dah jadi bias ;p. So, adakah anda setuju dengan Wardina? Layakkah artis Malaysia bergelar idol? :D

18 comments:

reena said...

Obviously tak layak!

Lagi satu, artis kena kena pi sekolah belajaq PR. COMMUNICATION FAILED TAHAP GABAN! Suka bagi statement bodoh yang menggambarkan kebodohan diri sendiri. Pfftt.

fatenton said...

artis kita memang layak..
layak kena gelak..
jadi lawak idol bolehla kot.. :D

azrin said...

sangat setuju dgn wardina. if artis cakap guna otak wpun tak belajaq tinggi takpa. nih cakap guna kepala lutut ke hapa.

sapa artis yg claimed anak dia tak cukup bulan tapi berat 4 kilo lebih tu.

*pecah kepala iouls nak gelak. bodros sood sungguhh.

Sayang.Ibu said...

mmg x layak.. tp ramai toll yg memuja macam hape. eh mmg lawak laa dik statements tuu... mana hang dapat? sungguh laa ahkak dah lama x ikut perkembangan semasa (read: baca paper)

Liyana said...

Best topic kali ni. Cuma nak komen Statement #4. Baru terjadi pada kenalan jauh. Bayi 'tak cukup bulan', tapi normal delivery, spend 1 night aje kat hospital. Hanya Allah mengetahui :)

MommyCT said...

Hehe- agreed dgn u n wardina. But takmo bubuh sampel tambah rencah kat sini. Mak cuma doa anak sendiri tak tebabit huhuhu..

mrs.ecam said...

sye sukung wardina...heee...artis m'sia skang dh mcm artis obersi...so x sesuwei nk jdkn idol....

eddie dewanaga said...

jadi idol tak boleh, jadi samdol, okay kot...

Rina (◕‿◕)✿ said...

hahah.
mane nak bce artikel wardina ni? mcm menarik je?

mimie said...

tok ti bukan pakai selendang nyah tapi topi. bila kita cakap tok ti pakai topi, peminat cakap kita kutuk padahal benda betul. sebab sayangkan sangat tok ti tu sanggup jadi jahil sehingga keluar kenyataan lebih baik tutup sikit dari tak....apala nak jadi.
dan pasal anne tu ngan salima memangla jahil sangat...kalau cakap camtu kat johor ni dah lama kena lempang ngan ustaz:$ tapi takdala nampak peminat sokong tapi tok ti peminat sokong...how? tak tau nak cakap ape...ho3

CikChelsea said...

reena,
tu artis yg tak mampu hire PA to do the PR kot ;p

how about statement "seksi itu 1 fesyen???" pandai kn kn? haha


fatenton,
artis from program 'lawak' pun tak boleh pakai...howww nk jd idol?


azrin,
ienn kamu bg statement sarcastic ke psl sapakah artis yg claim bby tak ckp bln tuh? iolss lampi uolss today T___T

bodros sood? wah new vocab! :D

CikChelsea said...

sayang.ibu,
statement 'kumpul' from maya je ahkak oii...sy kn feeling2 nk amik mass comm dl tp tak dpt kaedahnya kah3 ;p


liyana,
adakah manusia zaman skrg menganggap orang awam (selain drpd diri dia sndr) adalah bodoh? hmmmm


mommy CT,
owhh sy pun doa begitu juga...mtk dijauhkan la keturunan ku drpd jd artis spesies spt yg dibincangkan

CikChelsea said...

mrs.ecam,
tp wardina pun tak blh nk ikut 100%, wpun dia statement dia betul dan sy juga setuju, tp dia pon as celeberity berikej muslimah pakai ketat gituhhh (lelagi iklan slim world)


eddie,
jd samdol tak payah suruh, mmg kebanyakkannya begitu!

CikChelsea said...

rina,
try cr kt mstar (klo tak silap la)


mimie,
nyah ko jgn merujuk kpd tok ti je, nt ada fans dia yg meroyan noks!!!

AJ Nismihan said...

lahir cukup bulan, cukup sifat. dan tentu2bayi tuh tak salah.

yang salah?

benda dah jadi sejarah. jadi pengajaran. kalau tak sedar jugak,hidup 'kekal' nanti panas lah.

panas tak pasang aircond pun aku tak tahan,inikan nak dok bawah matahari sejengkal. mintak jauhlah.

mimie said...

kena serang ke lagi nyah????mak takut:$

azrin said...

sapa artis tu dear? iouls sebuk nak tau. bagi clue skit. serius, iouls tak tahu nih.

CikChelsea said...

AJ,
aku kesian kt bby tuh, kecik2 bpk dia dh naya dia ckp xcukup bln. dh sah2 bby tuh xde dosa pape kn...

hmmm...harap2 la mak ayah dia insaf lps neh


mimie,
hahahahaaa =))


azrin,
clue besarrrrr punyeeeee ;p
host raja lawak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...