7 Feb 2010

Hek eleh

[Entry melepaskan bengang, sila skip kalau tak nak buang masa hahah]

Kau pernah cakap dalam hati macam neh tak?

"Hek eleh, kerja jadi cleaner pun nak pakai make up tebal-tebal."

Itu contohlah. Aku pernah cakap macam tu. Dulu masa study, ada sorang makcik kerja bahagian laundry hotel neh ya ampun make-up tebal gila. Kalau Nurul Syukor tengok, confirm pengsan, tak pun dia bagi free make-up lesson kat makcik tuh (peh untungnya kihkihkih). Lipstick merah menyala, blusher pon merah garang tak nak kalah. Eye shadow fancy gila, bright color. Biru. Purple. Shocking pink! Boleh imagine? Hehhhh.

Tapi bila diingat-ingat balik sekarang neh, rasa keji gila sebab ejek makcik tuh (walaupun ejek dalam hati still tak baik kan?). Biarlah dia nak pakai apa pun, dia pun nak kelihatan lawa jugak (walaupun tak lawa kat mata orang yang tengok huhu). Sekarang pemikiran dah makin dewasa, takda masa nak fikir benda remeh macam dulu. Sila percaya T___T.

What goes around come around. Dulu terdetik hati cakap macam tu pasal orang lain, kira macam ada sedikit pandang rendah kat orang lain. Sekarang neh, turn aku pulak merasa bila orang pandang rendah kat kita. Padan muka aku kan? Tssskkkk. Contoh paling banyak, sejak aku buat online business.

Sometimes kena deliver customer's order (kes pandang rendah yang aku paling tak boleh lupa masa deliver cupcake kat 1 tempat neh. Kira wife dia nak buat surprise melalui aku la). Aku dah cakap delivery boleh dibuat after 2pm, tapi wife dia request mintak aku deliver masa lunch hour. Ok fine, customer punya pasal aku pun gerak la awal pukul 12.30 dari rumah. Sampai tempat tu lebih sikit dari pukul 1. Aku pun call la encik neh kata aku nak deliver barang. Dia dah takde kat office, dah keluar pergi lunch. Aku tanya bila baliknya, dia kata dah tak masuk office sampai petang sebab pergi site. Aku tanya, habis tu macam mana barang dia yang ada pada aku neh? Dia suruh letak kat office. Bla bla bla yada yada yada. Aku pun pass la kat member dia yang ada dalam office, suruh dorang tolong letakkan dalam office encik neh. Siap semua tuh, aku call balik encik neh tadi kata dah mintak tolong kawan-kawan dia, letak barang dia tu dalam office. Tau apa dia jawab;

"Awak ni sepatutnya bagi barang saya tu by hand kat saya, bukan kirim-kirim kat orang lain. Kalau apa-apa jadi kat barang saya tu siapa nak bertanggungjawab?"

Ya Allah, memang sabar jelah aku hari tu. For God sake, cupcakes dengan bunga je pun, siapa yang bongok sangat nak curik? Kalau makan cupcakes tuh tanpa keizinan dosalah orang yang makan. Bunga tu? Bukan boleh makan pun. Kalau ada orang curik pun berdosa jugak. Tapi aku tak cakap macam tulah hehehehehe. Tu cakap dalam hati je sebab hati customer kena jaga kan kan kan? (walaupun hati sendiri dah mendidih). Aku jawablah;

"Saya mintak maaf la encik, wife encik kata suruh saya datang masa lunch hour. Saya datang ngam-ngam pukul 1 encik dah takde."

Dah la aku berkorban datang awal seperti yang diminta, siapa suruh dia keluar lunch awal sangat kan? Nampak sangat 'pengelat' keluar rehat awal kah kah kah!

Tak percaya orang lain. Kawan kat office pun dia susah sangat nak percaya, tatau la dia baik ke tak dengan 'brader-brader' yang aku mintak tolong tuh. Sebab bilik dia siap lock bagai, kejadah sangat simpan emas apa dalam bilik pejabat?

Mentang-mentang kau kerja situ, aku neh kau buat macam dispatch hantar barang je kan? Jawatan kau yang 'melawat' tapak tuh guna sijil je tahu? Paling tinggi pun setaraf dengan aku. (Tapi, yang melawat tapak biasanya kat tempat kau kerja tu position crew. Kalau degree holder confirm duduk dalam office 'jaga' bahagian admin.) Tapi aku tak pernah pun bangga aku ada degree, aku tak biasa pandang rendah kat orang lain. Kerja masing-masing tu rezeki. Ada degree pun belum tentu boleh dapat kerja bagus. Cuma, kau jangan selalu sangat mendongak ke langit sampai lupa nak pandang ke tanah.

Aku tak faham kenapa ada spesies manusia suka pandang rendah kat orang lain? Even though orang tu tak ada kelulusan, tu bukan alasan kau boleh pandang rendah kat dia sesuka hati. Aku paling respect orang berpelajaran tinggi tapi humble. Tak menunjuk-nunjuk tahap pelajaran dia kat orang lain untuk dibuat ukuran atau perbandingan. Tapi, kalau orang takde pelajaran lagi mahu berlagak...memang mintak dikeji namanya!

Macam bila aku tulis secara GURAUAN kat FB;

"...gomen rugi kalau tak amik aku kerja, sebab aku sangat berintregriti kah3"

Kenapa perlu nak kata aku yo-yo or? Kalau betul pun aku yo-yo or, apa masalah engkau? Ada aku menyusahkan engkau ke? Mentang-mentang kau kerja dengan gomen kau cakap gomen dah tak nak pakai orang. Tapi, lepas tu kau sebok nak tau aku interview jabatan apa? Aku tau la engkau dah bergelar penjawat awam, dah kerja tetap. Tapi, boleh tak kau jangan annoyed aku macam kau kerja bagus sangat? Interview apa yang aku pergi tu pun aku takde mention kat status FB aku. Kalau aku neh jenis yang berlagak, aku dah canang dah kasi semua orang tau. Kawan-kawan yang keep in touch and baca blog ni je yang tau (kot) aku pergi interview apa.

Orang macam kau yang asyik dongak ke langit tak rugi pun kalau tak dibuat kawan.


P/S: Sesungguhnya hari neh hari tak best, tapi masih bersyukur sebab masih bernafas.

7 comments:

azrin said...

adalah tu yang hati busuk cam bangkai. tak boleh nak tgk kejayaan orang lain. abaikan spesis cam nih. as long as kamu tau apa kamu buat.

*sy yg emo

mamarempit said...

panas plak pepagi neh bace N3 cik na....hahhaa...sabarr.....

fatenton said...

biasalah tu chelsea.. org kita tak boleh naik sikit.. mesti culture shock.

eh u jual cupcakes ye?? :)

Ealyie said...

lek ye ahdek.. lek.. skrg musim panas tau, kang 'terbako' abg bomba sibukkk.. eheheh..:D

kiva said...

die cume tgk cc terang je..tp..die tatau pon kn cc gelap kite cmne...mksudnye..cume tgk kesenangan org..tp..susah org..xtau..tergolek ke..xmkn ke..xde duet ke...rezki n perjalanan hidup ni kan Allah tntukan...nk lebih..usehe lebih..doakan kejayaan kwn2...bukan jeles n dengki..barulah Allah murahkan rezki kite jugak...
berfikir dlm kotak mmg la mcm tu...so..keluar la dr kotak..amek udara segar..hehe

CikChelsea said...

azrin,
sesungguhnya kita melalui dan merasai benda yg sama cik ienn..tssskkk T___T


mamarempit,
opis ada air cond tak kak?
lalalalala~


fatenton,
culture shock in malay rusa masuk kg? kah3

heeeeee..a'ahh i buat cupcakes (malu)

CikChelsea said...

ealyie,
sengaja nk kasi ahbang2 bombe kje lebih masa..keh3 ;p


kiva,
sy sgt setuju dgn statement kak dayah yg doakan kejayaan org tuh. yelah, bkn senang nk bersihkan ht sndr..nk kasi ikhlas supaya takde hasad dengki (ckp kt diri sendiri, heeeee)

eh kalau nk keluar kotak, jgn lupa bwk sy skali..kikikiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...