27 Feb 2010

Nak mengadu pada blog

Dear blog,
Semalam I betul-betul bengang dengan seorang customer nih. Dia suka-suki tukar jadual macam la I tak sibuk, nak layan dia seorang aje. Seminggu lepas I dah inform hari Jumaat semalam I tak boleh nak deliver order dia. Dia kata okay and dah deal dia akan datang pick-up sendiri dekat rumah. Hari Khamis petang dia text I, kata mintak tolong I hantar order dia ke Parit Sulong, macam-macam alasan dia bagi. Dia kata tak boleh datang amik sebab rumah I terlalu jauh, dia banyak kerja (habis haku tak banyak kerja?). Bila I kata tak boleh, dia hantar text marah-marah banyak kali gila sebut "consider la". Haiyohhhhh, kalau haku tak consider haku biaq je order hang tuh!

Blog,
Then, pagi semalam (Jumaat - hari I sepatutnya jumpa dia kat Parit Sulong) I text dia, I cakap "Jumpa petang nanti kat Petronas, delivery charge rm15". Dia reply "Ala ada delivery charge ke? Ingatkan FREE." Nak je I jawab boleh free kalau bapak I taukey Petronas. Tapi, I tak jawab camtu la. Then, dia cakap la dia nak datang amik sendiri kat rumah I. Boleh la pulak kan? Bukan ke semalam dia cakap rumah I jauh sangattttt la, dia banyak kerja la, etc...I dah 'hangen' je tengok fe'el dia. I dah la hot tempered (cuaca panas menambahkan tahap ke'hot'an itu), banyak kerja, tengah batuk-batuk pulak tu...terus takde mood I nak buat kerja.

Blog,
Masa dia text kata nak amik tu tengahari, around 11.30am. Dia kata nak gerak time tu sebab petang dia busy. I kata la amik lepas solat Jumaat sebab order dia I tak siapkan lagi sebab ikut 'jadual' kerja I, order dia petang kan? So I dulukan order yang nak diambil tengahari. Dia boleh sound I, cakap "Camne ni, org nak datang amik sekarang tak boleh, Lina buat order lain. Petang nanti I kena tolong family sebab banyak sangat kerja kat rumah tak cukup kakitangan." I pun mengalah, I cakap "Ok, datang la." Terus I kelam kabut buat order dia. Memang terkejar-kejar and rushing gila. Tak seronok buat kerja sebab tak enjoy T___T.

Blog,
Sejam lepas tu dia sampai!!! Gila cepat kan? Takde la jauh sangat kan kan? Heheh alasan dia je kan? Naseb baik masa dia sampai tu dah final touch untuk order dia. Tinggal nak kena susun huruf fondant je. Siap je buat tu, terus I suruh kakak I pass kat 'budak' tu (sebab I malas malu nak keluar sebab sangat tidak presentable =p). Dia tanya "Takde riben ke?" YA ALLAH, masa tu memang I nak je meluru keluar sambil cakap "Kau nih banyak songeh tau tak? Dah la buat hari aku kelam-kabut." (sebab terpaksa re-arrange balik jadual kerja). Instead of saying that, I keluar la jugak I cakap as mentioned dalam blog, kotak hantaran memang takde disediakan riben. Dulu memang I ada sediakan riben sekali tapi selepas beberapa kali customer kata tak payah riben pun takpe sebab usually dorang akan replace riben tu (especially hantaran set) dengan riben sendiri, sebab nak sedondon. So, I stop la provide any ribbons on the box. Membazir je kan, nanti riben tu akan dibuang.

Blog,
So today I pergi rumah dia untuk deliver order dia yang lain (which is wedding cake and cupcakes). BTW, it's not her wedding, her sister punya. Masa siapkan order dia perkataan "kesal" dengan cara dia deal dengan I berjuta-juta kali dok ulang dalam kepala. Tapi still I buat each and every decorations dengan sepenuh hati dan perasaan. Memang penyakit sedia kala, tak boleh nak buat cincai boicai kalau bab deko-mendeko nih. Tadi sepanjang OTW ke rumah dia, hati memang ada 'sebal' sikit. Tapi don't know why masa tengah text dia hari nih untuk confirmkan jalan, etc. dia ucap "tq so much" banyak kali. Even, masa I dah kat rumah dia pun dia say thank you few times. I kepelikkan T____T.

Blog,
I rasa mungkin dia segan kot sebab dia dah menyusahkan I semalam. I takde marah-marah dia pulak tu, lagi la dia segan agaknya (memang la takde marah depan-depan tapi maki dalam hati hahahaha). Tulah I 'hot' kejap je...cepat hot cepat cool :)

11 comments:

Sayang.Ibu said...

hadoi dikkk... ku blh byg tensennya jadik ahdik.. kesian ko nk kena lyn customer mcm tu.. sabo jek laaa...

~ As ~ said...

takpe, tuhan tu adil :p

MarlissaMusa said...

bagusnye awk cik c..sungguh tinggi thp kesabaran..gudgirl!

reena said...

Haihhh i yang baca pun geram. Macam macam btol peel customer. Bagus u sabar.

Suhana said...

lina,
mmg betul, macam2 perangai customer ni...kadang nak meroyang pun ada...tapi sy tetap jaga hati sendiri, jaga baik2 sbb kalau jiwa kacau,marah, sedih, hapa deco pun tak menjadik..
its a good thing u boleh manage diri bersabar...
sabar itu buahnya manis..
see, that lady dah rasa sumtin pun
bersalah? hehhehehe..

eddie dewanaga said...

berdepan dengan customer cerewet memang makan jiwa... tapi itulah cabaran yg perlu kita hadapi, i know.. talk is cheap, sapa2 pun boleh cakap, tapi utk menempuhnya, bukan satu tugas mudah...

tapi bila orang hulur tangan tu nak salam, kita perlu sambut, kata professional, ini menunjukkan yg dia masih berdendam, bodo kan wayne bridge tu, pe'el macam budak2... gua kalau jadik terry, gua ludah je muka dia...




*maaf sayang, emo semalam masih menghantui diri...

CikChelsea said...

sayang.ibu,
mmg kne bnyk sabar n dh bnyk bsabar nih kak...semlm ikut kn ht mmg ku sound blk customer itu..tp ku pujuk2 hati ini ecehhhh =p


AS,
true indeed :D


marlissa,
takde la sgt...hahaa, tp tgh blaja2 bnyk2 bsabar nih T__T

CikChelsea said...

reena,
nk tak nk mmg kne bnyk sabar...dh rutin kje kne deal dgn customer kn? hu3


suhana,
tulh kak ana, kalau ikut mrh je nt sume kje tak jd kn? dh setahun terjebak dlm 'dunia' seni yg nih, mmg dh bnyk blaja bsabar :)

eddie,
dia tak pro la tu bro! ht maseh panas, gf kne kebas dgn member sndr...bengang la. hehe.

2x kekalahan dlm 1 minggu, sadissss T___T

fatenton said...

takpe2..
asam garam berniaga..
ntah2 dia saje nak testing awk..
mesti lepas ni dia promote kan kwn2 die pulak.. :)

Cik Mont said...

kamu abadikan tak wajah customer kamu tu dlm long term memory? hehehe.. kenangan tuh *wink*

CikChelsea said...

fatenton,
hehehee...if dia test i, kira dia tak berjaya la kan? sbb i takde mrh dia dpn2 ;p

Amin...mudah2an betul doa kamu tuh faten :)


cik mont,
skrg masih ingt lg wajah dia...lama2 nt tatau la ingt lg ke tak kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...