12 Feb 2010

Naluri keibuan walaupun bukan ibu

Saya masih lagi busy, siang hari memang sempat pegang laptop kesayangan neh time tunggu oven berbunyi. Dapat la duduk menaip beberapa minit, email customers yang masuk pun hanya sempat saya baca, belum sempat reply. Komen anda semua saya reply pada jam 3 pagi (masih tunggu kek masak dalam oven, hadui pinggang rasa nak patah =S).

Bila blog walking kat blog Sis Eynda pepagi buta neh, nampak la 1 entry pasal Baby Ammar. Nuffnang ada buat charity project pasal Baby neh (tau pun lepas baca entry Sis Eynda hehe, saya bukan jenis yang check account Nuffnang tiap-tiap hari, of course la tertinggal LRT T__T).


Haihhhh, terus sayu hati neh...rasa macam nak nangis pun ada bila tengok keadaan Baby Ammar yang latest. Anda boleh pergi blog Ammar's Mommy untuk baca kisah pasal penyakit yang Ammar hidapi. Sumpah sedih! Walaupun takda anak sendiri, tapi naluri keibuan saya memang tak dapat nak menolak rasa sedih bila tengok keadaan Ammar. Insan sekecil itu, diuji dengan dugaan yang maha hebat. Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup insan kecil itu, Amin...


Ammar's Mommy - Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)

Tanpa buang masa, saya terus klik m2u beri sedikit sumbangan setakat yang termampu bagi meringankan beban ibu dan ayah Ammar. Banyak tu nak guna RM12k untuk operation yang dijadualkan pada 22hb Feb nanti. Jadi, saya nak ajak kawan-kawan semua (ya anda yang sedang membaca), sudilah kiranya hulurkan sumbangan, berilah setakat yang termampu. Walaupun tak banyak yang pentingnya keikhlasan =). Mudah-mudahan apa yang kita beri dapat membantu, besar pahalanya tolong orang kan?

Saya sentiasa percaya, hidup kita neh macam putaran roda. Ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah. Semoga bila tiba masa kita berada di bawah tu nanti, akan ada insan lain yang sudi menghulurkan bantuan. Ammar, semoga selamat semuanya!

6 comments:

ijad said...

citer yang menarik...

eynda said...

Sama2 kita bantu k...kos perbelanjaan bukat setakat masa operation je...lepas operation pun sudah tentu perlukan duit utk rawatan lanjutan...

reena said...

Kesian kat Ammar kan?

Sayang.Ibu said...

mmg sedih dik, kesian sgt kan.. marilah kita sama2 membantu adik ammar... semoga dia dpt jalani operation tu dan sihat cepat

mimie said...

siannya nyah..........mudahan2 cepat sembuh dan ramai2la kita hulurkan bantuan...

CikChelsea said...

to all,
tu lahhh...harap2 Ammar slmt dlm operation n xde complication apa2 Aminnn...

kita sama2 tlg doakan dia =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...