25 Feb 2010

Saya di saat dan ketika ini...

...adalah menghidap batuk kung-kung.

Gejala tidak boleh tidur dengan lena dek kerana diganggu oleh batuk yang datang suka suki pada bila-bila masa. Natijahnya? Saya mengalami kengantukkan dan ketiadaan mood untuk menjalankan tanggungjawab kepada pelanggan.

Ini adalah dugaan. Di saat ke'bizi'an melanda, batuk pun datang. Selama setahun saya berkhidmat untuk pelanggan (ecehhh ;p) inilah kali pertama saya mengalami simptom ketidak-sihatan fizikal. Tidak dinafikan imunisasi badan saya aga kuat, saya sangat jarang demam, selesema mahupun tidak sihat. Tapi, bila sekali dah sakit, nak kebah pun lambat T_____T.

Mungkin batuk kung-kung (saya panggil batuk kering batuk kung-kung) yang saya hidapi sekarang berkait rapat dengan cuaca di Malaysia yang hot. Hot weh hot! Jom ramai-ramai kita beli hot pants sempena cuaca yang hot. *Panggggg, tetiba rasa kena tempeleng dengan kuali. Gurau saja :'). Mungkin juga bertembungan di antara cuaca panas dan makan limau, maka terhasilnya batuk. Dapat bayangkan persamaan tersebut? Heh.

Cuaca sangat panas, semalam mengukur suhu adalah 35 darjah celcius. Patutlah duduk di dalam rumah pun berpeluh-peluh seperti di dalam sauna =S. Julat suhu biasanya antara 32-33 darjah celcius saja. Apa kata kita ramai-ramai berpindah ke Cameron Highlands ataupun Bukit Tinggi ataupun Bukit Fraser? Sana sejuk :D.

Cuaca panas juga menambahkan tahap kebaranan saya semakin tinggi. Apa nak jadi laaaa tsskkk (-__-"). Saya rasa saya memerlukan cuti daripada kerja buat sementara waktu. Bercuti melapangkan fikiran dan menstabilkan emosi kembali hahahahaha. Owhhh tak sabar menanti hari Isnin!!!!!!!!

15 comments:

mrs.ecam said...

hahhahahaha...esok aku coti....
ko x coti ke???/ kui3
tp best ape koje sndri...leh manage ms sndri...bile la aku nk jd suriumh nie ek.....heeeeeeee

azrin said...

get well soon. minum byk2.

result ptd ke isnin nih?? pray harder. insyaAllah.

Sayang.Ibu said...

semoga cpt sihat dikkk...;)

monstorious wife said...

batul uollss... skrg cuaca panas.. Banyakkan minum air je lah..

AWAS! Jangan sebat air batu pulak ye uolllss..

CikChelsea said...

mrs.ecam,
ko coti aku bz. ko bz aku cotiiiii (tgk bpe bnyk 'i' aku...hahahahahahha)

elok la dh kje lg mau dok rmh..kang bosan, sapo nk tlg???


azrin,
TQ :)
owhh bkn result itu, yg tuh kne tgu lagi smpi 18hb depan. isnin nih daku mau pigi bcotiiiii ;p

CikChelsea said...

sayang.ibu,
mekasehhh ahkak :)


monstrorious wife,
yang 'awas' tuh la yg sy buat kak. mkn pedas2, panas2...tak tertelan air biasa, nk yg beraissss jugak. howww la nk baik kannn?

merasa kung18x batuk tak berhenti

cikjun said...

tp tgk lelaki kacak td mlm, agak2 terase "panas" tak?

kiva said...

rest ea dik...sian kamu...nnti g holiday rest puas2 k....

CikChelsea said...

cikjun,
tak smpt nk "panas" dh potong..howwww??? mencikkkk!


kiva,
tulahhh..mood pon dh swing2 je nih...asik nk mrh je..haihh la..BAD BAD T____T

Cik Mont said...

penah minum ubat batuk cap strepsils tak? kalau saya ubat tu mujarab maklumlah kalau batuk kung kung slalu berbulan2 baru baik.. hehe

CikChelsea said...

cik mont,
tak prnh try yg tuh T___T
yg i minum (tanpa konsisten =p) skrg chap kelapa laut, emak yg belikan :)

kat pharmacy ada jual x? kalau ada esok gak i pegi cari!

reena said...

Panas kan sekarang? I dah seminggu lebih dah tido half naked. Tu pun berpeluh peluh! Jom semua pi pindah Genting or Cameron. I agree! :p

CikChelsea said...

Tau xpeeeee...skrg nih i mandi 3x sehari. sama la i pon pakai seminimum yg mungkin time tdo..ahahahaaa! selimut dh blh simpan elok2 dlm gobok ;p

tmpt i akan ada catuan air, adoiiii T_____T

Cik Mont said...

ubat batuk tu mmg payah sikit nak nampak.. but cuba tanya kat farmasi.. dulu saya penah beli kat tesco (tp skarang dah takde plak).. pastu ada jual kat kedai runcit kat rumah saya ni (tp kamu jauh pulak).. nak pos takut pecah pulak.. isk.. semoga kamu cpt baik ya..

CikChelsea said...

cik mont,
eeeiii jgn susah2..nt i malu T____T. batuk pun dh kurang nih, mungkin sbb i degil..masih teguk ais wpun batuk. jd batuk tu mengalah. bolehhh? hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...