2 Feb 2010

Wanita sanggup menderita untuk cantik

Siapa setuju? Angkat tangan paras dada sahaja, jangan tinggi-tinggi nanti orang ingat anda sewel sebab angkat tangan tak pasal-pasal ;p

Percayalah, wanita memang sanggup menderita menahan sakit semata-mata untuk kelihatan cantik. Bukan sanggup tahan sakit je, sanggup berhabis duit pon iya jugak. Betul tak? Betul tak? Cuba bayangkan, sarung sepasang killer stilettos setinggi 5 inches selama beberapa jam, ingat tak mendatangkan kesan ke? Stilettos bukan sembarangan pulak tuh, Jimmy Choo (dalam mimpi pun tak pernah pakai, apatah lagi realiti kah kah kah), Nine West, Guess, etc. Harga bukan calang-calang punya mengkoyak-rabakkan poket kan?

Sudahlah poket kempis, bila dipakai kasut tersebut, kaki jadi sakit pula. Confirm peribahasa "Alah membeli menang memakai" tak boleh dipakai sama sekali! =P. Sakit kaki, kaki melecet, buku lali lenguh, macam-macam sakit boleh timbul kalau dah kasut tak 'mesra' kaki. Tapi, saya memang tabik spring ah kat wanita yang terel gila menggayakan peep toes atau stilettos yang tinggi melangit. Heels runcing pulak tuh. Sumpah mereka nampak hot gila! Tapi realitinya, menyakitkan bukan? Trust me, been there felt that T_______T.

Jadilah pengguna dan wanita (khususnya) yang bijak dengan mengempiskan poket untuk kasut yang selesa. Kasut kalau cantik je tak guna, tapi tak selesa dipakai. Kenalah cari kasut yang cantik dan selesa. Barulah berbaloi 'pelaburan' yang dibuat.


Crocs Havana in Bronze


Crocs Rio in bright red

I LOVE CROCS! Bukan sahaja designnya 'sempoi', keselesaan adalah menjadi faktor utama saya memilih Crocs =). Saya sangat sayang Crocs Rio warna merah yang saya miliki berbanding Havana. Sebab? Stripe pada Rio adalah adjustable, maka boleh di'kunci' mengikut ukuran tepat kaki saya. Havana tak boleh nak adjust, jadi bila pakai sebelah kiri adalah sedikit longgar. Kaki kiri saya adalah kecil sikit berbanding sebelah kanan T_________T. Kalau anda mempunyai masalah serupa, kalau nak beli kasut seelok-eloknya beli yang agjustable stripe, tak pun beli yang takda stripe langsung. (sebab tulah jarang pakai Havana, macam rugi je beli budus)

Crocs wedges adalah tak menyakitkan kaki dan sangatttttt selesa dipakai. Sebab? Sememangnya wedges dihasilkan sebagai kasut tinggi, tapi sangat stabil dengan tapak yang lebar. Jadi, ia mengurangkan 'bebanan' tubuh kepada kaki. Macam pakai kasut flats je bila pakai wedges neh. Tak caya sila cuba! Juga sangat sesuai untuk mereka yang baru nak belajar 'meninggikan' diri (bukan meninggi diri yerr).

Kenapa Crocs Malaysia takda jual model ini? Sierra. Kalau buat pergi shopping adalah sangat best! Kelihatan sangat kasual.

Mahu mendapatkan Crocs Hanalei in Natural/Navy shade sebagai penambahan koleksi peribadi, ngeh3. Boleh pakai dengan jeans, tak kisah la tops warna apa pun janji kasut match dengan jeans =p


TAPI,

Mengapakah Crocs Malaysia tak 'bawa' sub brand Crocs "YOU" masuk dalam pasaran Malaysia ehh?

Conse in Black Quilt

Valentine in Ivory

Suka gila 2 designs kat atas neh. Why oh why kat Malaysia takda. Adakah ini bermakna sesi kirim-mengirim kasut dari US dari adik ku perlu dilakukan? ;p (Dia tak minat shopping la, tak best! Eh kawan-kawan adik saya ada yang stalked blog neh huhu~)

"HI KAWAN-KAWAN YAH!"
*sambil lambai-lambai*

13 comments:

reena said...

Cessssssss. Perli i keee? Hahaha!

Baru beli a pair of edgy high heels sebab geram kasut yang dibbeli sebelum tu menyakitkan kaki.

Kasut ni (esp high heels) pelik kan? Bila try kat kedai, kemainnnn sedap. Beli dah sampai rumah, ya ampunnnn sakit gila.

Ok Reena, ikat perut sekarang.

Ealyie said...

huhuuh.. sbb nak murah beli Crocs le ahkak tertipu nyah... mencik.. tau beli je kat butik, mahal tapi pueh ati.. isk..isk..

p/s: nyesal dulu pendapatan.. nyesal kemuadian pun habis dah pendapatann... apa kess aku nie.. bebel dlm blog si cc nie.. ahahah..

KV said...

wah, akak suka semua weges tu. Nampak anggun je. Hehe

CikChelsea said...

reena,
babe i perli diri sendiri jugak..bahahahah!!!

eh tp btol laaa, pakai kt kedai best..bila dh pakai btol2 sakit...mengapakah? (sbb kt kedai pakai kejap je kn? hihi)

CikChelsea said...

ealyie,
ahkak beli kt mn leh ttipu?
huhuhuhuh...

haha xpe cni mmg tmpt melepaskan perasan kah3

CikChelsea said...

KV,
yg paling disayangi adalah kale merah itu =P

kiva said...

suke lina punye yg kaler merah..
tp..akak xberani nk pakai heels..selalu menyakitkan...
siyes best ek yg merah tu?..
suke crocs gak..besh..besh...

Sayang.Ibu said...

mmg cun wedges tu adik wehhhh... tapi akak x kompiden nak melenjan-sambil-dukung-anak dengan wedges... hahahaaa

CikChelsea said...

kiva,
kak dayah wedges tak sama mcm heels. pakai wedges neh rilek je..mcm pakai flats :)

sumpah best gila wedges crocs neh!!!


sayang.ibu,
ala xmcm pakai kasut tgi pon kak intan. vogue dgn cr yg tak menyakitkan..hihihhh

Cik Adek Manes said...

wow u.. !

i lurveee shoesss.. !

Cik Adek Manes said...

err.. tapak licin tak..?? keke.. ! i fobia klu tapak licin² nie..

CikChelsea said...

cik adek manes,
sy sokaaaaa kasut jugak ;p
gila kasut smpi emak mrh sbb kasut bnyk sgt kah3
crocs adalah tidak licin, sumpah best :D
kalau i beli kasut tapak licin, i pegi tukang kasut suruh dia tampal tapak getah..heheh

diana stories said...

ahhh,sukenyer kaler merah tuh!!...tapi nape tgk kat website die tade kaler merah..now, tinggal kaler kuning ngn natural

azam bulan neh- nak beli
1-hanalei (navy blue/violet)
2-rio (yellow)

hahhahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...