24 Mar 2010

Kejar artis (lagiiiiiii)

Edisi mengejar Akim lagi, sungguh tak sedar diri dah tua pergi mengejar artis ;p. Beberapa minggu lepas Suria.fm ada buat road show di Kluang Mall. Sekangkang kera saja Kluang, mudah saja nak pergi. Pergi pun sebab ada Akim, kalau takde haram...malas. Kah kah kahhh.

Barisan penyampai Suria.fm

Kakak yang 'agak' besar nih berdiri depan saya. Sudahlah dia tinggi, memenuhi ruang pulak tu maka saya tak nampak stage. Terpaksa la men'zirafah'kan leher untuk tengok stage T___T.
Lelaki 'tepung gomak' (sumpah bedak dia tebal gilaaaaa) itu pula salah seorang penyampai, maaflah saya memang jarang sangatttt dengar Suria.fm, maka tak kenal siapa dia. Masa show belum mula, saya sempat bertanya lelaki ini beberapa soalan. Elok saja suara dia, suara lelaki. Bila sesi memperkenalkan diri kat atas pentas tiba-tiba suara 'kepit' yang keluar, plus dia diperkenalkan as 'Kak Vee' ke Kak Bi? Menggelikan saja!

First performance by Sabhi (err lupa pulak 'surname' dia). Dia nih Boy Es-D-Co group Adam tu kan? Ke salah? Rasanya betul ;p. Boleh nyanyi live, suara not bad. Tapi minta maaf genre lagu yang dia bawak sangat-sangat bukan selera saya.

Next performance by Heliza. Ya ampun makcik sorang nih memang kepoh gila, sangat-sangat friendly :D.
Nampak tak yang tudung hitam tu? Kenal tak? Kenal tak? Mati la aku tempek gambar dia kat sini hahahahaha. PK, jangan meroyan. Merasa kau glemer sekejap nyahhh ;p. PK mempersembahkan tarian kinja-kinja ketika di atas pentas kah kah kahh!
Tapi apapun, fokus pada hari itu bukanlah pada PK mahupun Heliza. Sila perhatikan makcik lupa diri yang berbaju hijau lumut itu. Sumpah over T___T. Hadoi makcik, tak ingat kat suami (kalau ada) dan anak-anak ke time kat atas pentas tu? Kalau saya, malunya kalau emak saya macam tu T____T.


Lelaki yang dinanti-nantikan keh keh kehhh...

Akim nyanyi 2 lagu. Lagu baru dia (ampun tak tau tajuk) dan lagu Bengang - wajiblah ada kan? Lagu berhantu gitu!

Suka gambar nih @_@

Akim si gigi cantik. Saya suka sangat tengok gigi dia, tersusun je putih pulak tu ;p. Kualiti gambar sedikit hampeh la, al-maklumlah tak reti guna manual, apatah lagi ubah setting kepada speed shutter T____T.

Budak perempuan ini dapat kiss pipi Akim, mak jeles nyahhh. Kah kah kah. Bergurau saja dengan anda, motif sangat nak jeles? (-___-")

Habis je performance dari Akim, kami terus blah. Kami pulak yang buat performance di bilik karaoke =p. Entah siapa yang perform lepas Akim kami tak tahu. Tapi, ada Mila, Kumpulan Sofaz dan beberapa artis lain. Kami datang nak tengok Akim je, jadi lepas dapat tengok kami berambus la. Keji tak? Kah kah kahh.

6 comments:

fatenton said...

errr..
tak suke linda onn.. :D

suke heliza.. cantikkkk sgt die kan..

monstorious wife said...

uolls...semalam nozzzle uolls dah sampai... mmg hebat sekali post di tempat uolls sehari je dah sampai.. Akak iols post guna post laju dr JB pon 2 hari baru sampai.

Thanks!

KV said...

oh makcik itu sungguh tak tahan. Hahahaha

Sayang.Ibu said...

fuhhh... nasib baik xde gambo ko bergandingan ngan akim dek nonnn.. kalo x sure peminat fanatik si akim kat umah nih nanges guling2..kalo nak tau, anak ahkak si Aina tu fanatik giler dgn si Akim & Aril, berbulu btolll mak nokkkk... :P

CikChelsea said...

fatenton,
same here, tak suka LO

heliza mmg cantik sgt tp suara dia tak best =p


monstorious wife,
hehehe sama2. ampun la lmbt 1 minggu >.<

wahh sehari je dh smpi, kagum dgn pejabat pos yong peng kah3.

slmt bermain dgn nozzle baru ;)

CikChelsea said...

KV,
kalau tgk live lg laaaa...
mengucap panjang
huhuhuh


sayang.ibu,
wahhh kici2 sudah minat artis. curlass anak mu ahkak! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...