29 Mar 2010

Kerosakkan poket ketika di Bandung

That day Aida kata nak tengok hasil shopping-an saya kat Bandung. Disebabkan kemalasan tahap kritikal, baru hari nih saya kumpulkan semua barang lepas tu amik gambar =p. Ampun ya Buk Aida hehehehe.

Ini hasil rembatan di Pasar Baru. Kat sana semua benda ada. You name it, semua ada. Kain pasang, telekung, kain batik, tudung, kebaya siap, jubah, makanan, etc. Setiap tingkat berbeza barangan, kalau tingkat tu jual kain, memang banyakkkkk kain je. Ada 7 tingkat (if I'm not mistaken), saya tak 'tawaf' semua tingkat pun. Pergi beli @ survey barang yang memang nak dibeli je, tak larat nak tengok semua tingkat. Sangat besar bangunan tu =S




Sutera Bandung for myself, tamak okeh beli 2 pasang haha. Yang warna maroon tu siap ada selendang lagi. Ingat aku Tok ti ke nak pakai selendang nampak jambul? Kah kah
Tudung bawal material Paris cotton - kalau tak silap la heheh. Murah okeh! Bawal asli, 1 helai Rp50 ribu sahaja. Kat sini tak dapat harga nih.
Telekung from Toko Laris . Dapat diskaun baik punya sebab owner dia kawan owner tempat kami hire supir. Yang bersulam berbunga-bunga hitam tu saya plan nak bagi kat emak YB ;p (Motif mention? Muhahahahahhh)

.

Fridge magnets nih beli banyak time kat Tangkuban Parahu. Ada extra 3 pieces, tatau nak bagi kat siapa. Ada sesiapa nak? ;)



.

Acara shopping kat FO yang telah menyebabkan saya over budget kah kah kah. Penuh shopping bag ku ketika di bawa ke kaunter pembayaran T____T. Tapi tak apa, tak menyesal sebab takde sindrom termimpi-mimpi barang yang nak dibeli tapi tak beli haha *edisi menyedapkan hati sendiri





Semua kat atas adalah untuk diri sendiri juga ;p
Sling bag, 2 t-shirts and a pair of jeans

YB punya t-shirts tak sempat nak snap sebab dah bagi dia hari tu huhu.

.

Ada lagi few items macam tshirt, small bags, etc yang dah diberikan pada my nieces and nephews.


Puan As, berapa penambahan budget ko? Kah kah kah ;p

8 comments:

jetsetter said...

adik!
Nak gi lagi tak? :p

CikChelsea said...

nak nak!!!

tp kasi sy kumpul budget dulu, br senang hati nk memperhabiskan duhet kt sana muahahahahahhhh

Sayang.Ibu said...

ahkak nak! ahkak nak itu fridge magnet...ahkak x malu nihhh.. sok ahkak pi phuket akk belikan ko pulakkk... aci?? wakkaakaaaa

CikChelsea said...

boleehhhh. nt akak tinggalkan address okeh? sy try post before berangkat ke putrajaya (sob sob)

send alamat kat email harlina007@yahoo.com :D

~ As ~ said...

rachunnnn...rachunn...hahaha

miss mumun said...

ngeh2.. waahh..
bestnyer akak shupping..
telekung tu shantek..
sutera bandung pun shangat shantek..
haha.. nak jugak bley? haha..

eynda said...

Wah!! Shopping sakan :-)

CikChelsea said...

AS,
muahahahahahahhh ;p


miss mumun,
shopping mmg best, lps tuh pokai. terus jd tak best =P


eynda,
sekali sekala sis hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...