19 Mar 2010

Saya pilih kayu besbol berbanding ayat sadis

Surat daripada S.P.A sudah selamat sampai ke rumah beberapa hari lalu. Abang Posmen bunyikan honk ketika menghantar surat tersebut. Saya sedang bermalas-malasan di dalam bilik, maka pelik. Maka cakap dalam hati; "Eh takde beli apa-apa pun, mustahil ada parcel." Emak selitkan bawah pintu envelope putih bercop 'Utusan Seri Paduka Baginda', owhh surat tawaran dan panggilan melapor diri rupanya.

Mungkin ada segelintir yang dah tau, saya akan ke Putra.jaya 3hb April nanti untuk sesi lapor diri. Cepatnyaaaaa!!! Tahun lepas kawan saya lapor diri bulan Mei untuk position yang sama. Itu sebab saya dah set macm-macam untuk bulan April. Hajat nak bukak kelas kepada sesiapa yang berminat nak mem'baking untuk online business pun tidak kesampaian. Minta maaf kepada mereka yang dah menunjukkan minat untuk join, saya terpaksa cancel semua plan yang sudah pun dibuat, tuntutan dan komitmen terhadap negara (ecehhhhh ghftkgelihaku) lebih penting. Gila patriotik kah kah kah!

Sebenarnya memang banyak benda dah plan untuk bulan 4. Hajat nak buat surprise birthday celebration untuk YB pun tak kesampaian nampaknya. (Sorry bro, kita celebrate later la yerr? Eh awal pon boleh kan? Gua belanja lu makan, ok? :D). Itulah kita hanya mampu merancang, Tuhan yang tentukan.

Hari tu lepas interview saya tanya YB;

"Lu yakin berapa percent gua lulus interview?"

Lepas sesi soal jawab tentang interview saya, dia kata "80%." Tinggi jugaklahkan? Ada ISO, jadi tak boleh dapat 100% =p. Borak punya borak, dia bagitahu melalui pengalaman kawan-kawan dia (yang mana ada terlibat dengan p.t.d), ramai yang putus kasih dipertengahan jalan bila masing-masing dihantar ke kursus dan macam-macamlah. (Owh dalam tempoh kontrak 2 tahun nanti, kami tak akan jadi pegawai-tidur-duduk ya harap maklum, banyak kursus dan latihan yang kami perlu attend).

Yang bertunang boleh putus, yang dah kahwin boleh bercerai. Nauzubillah la, mintak dijauhkan dari kita semua. Boleh pulak lepas tu dia bagi ayat sadis;

"Nanti kalau lu dapat p.t.d tu, gua kat sini pasrah jelah. Kalau memang ada jodoh kita, Alhamdulillah. Kalau ditakdirkan takda jodoh, gua pasrah."

SEDIHHHH uolss! *kata ganti diri telah diubah untuk mengelakkan kemuntahan ditahap hijau di kalangan pembaca* Knowing him yang susah sangat nak cakap benda-benda sedih, mak jadi sebak uolss :'(. Saya belajar dar kesilapan lampau, paling penting adalah NAWAITU.

Kalau difikirkan secara logik, saya akan jadi makhluk paling kejam dalam dunia kalau membuat onar terhadap dia. Kira tahap kacang lupakan kulit la lebih kurang *gulp, telan liur*. Kalau ada di antara anda yang mengikuti perjalanan saya selama nak dapat kerja nih, yes from amik exam p.t.d sampailah ke final stage - interview hari tu, anda akan tahulah betapa besarnya peranan YB. Time pergi p.a.c je dia takde temankan sebab mengada-ngada sangatlah haku kan kalau nak pergi Kluang yang sekangkang kera tu pun nak suruh dia temankan (tapi ada jugak hari tu dia offer nak hantar saya pergi i.n.t.a.n Kluang, tapi saya tak bagi ;p). Haku boleh drive sendiri, saya kan wanita merdeka (kejadah translate independent sebagai merdeka? kah kah kah).

Jadi minggu lepas ketika dapat tahu keputusan interview, dia adalah orang ke-2 yang tahu berita gumbira itu. Orang first adalah emak saya yang cute tu (cute bak kata Kak Dayah keh keh kehhh =p. Omak den dikatanya macam Jopun hihi). Bila borak-borak dengan YB, dia bagi ayat;

"Kat sana jangan nak notty-notty, gua dapat tau lu buat hal gua hentak lu dengan kayu besbol."

Kayu besbol pon kayu besbol la YB, gua lebih rela dengar ayat ganas lu daripada lu bagi gua ayat sadis. Gua nampak je ganas, tapi dalam hati ada taman.


P/S: Nanti jumpa YB, nak bluetooth lagu "Jangan nakal" kat dia. Please please please, kamu jangan nakal =p

16 comments:

fatenton said...

chelsea..
TAHNIAH..
i'm happy for you..
eh dah dekatlah kita nt..
boleh jumpe kat putrajaya pekena roti john warisan.. heheheh

mamarempit said...

gulpp...kayu besbol tu yg tk tahan....ganazzz....hehehe

apa2 pun...moga sakses slalu....

p/s : Kejayaan seorang lelaki kerna ada isteri / kekasih yg setia....begitu jga ngn wanita....kita hidup saling memerlukan walopun ado perkataan independen itewwww..... hehehe

monstorious wife said...

uollss...nozzle hantar by hand je la alang uolls di putrajaya..

synn said...

tahniah cik chelsea...join ptd yer..

reena said...

U dapat Putrajaya eh? Dah ada umah? If tak dak, jom la dok umah sewa i. Hehe :p

AJ Nismihan said...

tahniah sekali lagi.
3hb kan?
tak silap aku, kena pi kursus dekat intan seminggu dulu baru tau posting mana. so mungkin3hb tuh briefing pasal kursus seminggu. dan maklumat ni hanya MUNGKIN ya; sebab kawan2aku yang dah jadi PTD sumer dah karat dah waktu nih. dah lupa.
anyway, all the best ya.

bab kursus panjang tuh sebenarnya batch baru hanya akan pergi tahun ke3. iaitu selepas depa nilai bagus ke tak bagus batch nih. kalau tak bagus, Dussssssh kena tendang lepas tamat kontrat tahun ke 3.

tapi bukan lah menidakkan kurus pendek seminggu dua minggu sepanjang 2 tahun nih
ah sudah, aku nih macam ptd punya pegawai pulak dah.
oklah, all the best new life.
baba putus tunang ke putus kasih tuh hal nafsu. hal jujur dan percaya atau tidak pada diri. kalau tak CUKUP KUAT, tak pi kursu pun boleh KANDAS!
huhu
ni p[esan untuk kita-kita semua :)

eddie dewanaga said...

baseball bat lambat terkujat... kalau ikut pengalaman gua la, memang lu puas sesah orang dgn swinging the bat, tapi result dia kurang effective, next time untuk protection or some people prefer the word 'safety precaution', lu bawak 'pisau lipat' yg banyak orang jual as a 'key-chain' atau utility knife macam swiss army gear, bila diperlukan, laraskan blade, just get closer to the subject, jam it to his / her 'babat', twist it so the wound will tear open... insyallah.



*senyum. ini kelas self-defence.

wawan said...

waaa hebak la! bukan senang nak dapat PTD

congratz ya cik c =)

kiva said...

hehehe....ade jodoh xkemane..InsyaAllah...

selamat berjuang utk diri sendiri...
nnti da kt putra(bukan nusa ye k.dayah..kekeke)jaya ingt2 la org2 kt johore ini...hehehe..cm jauh je..;)

all the best 4 u..n 4 ur relationship..=)..same2 kite doa yg terbaek...Amin....

CikChelsea said...

faten,
tq tq ;)
bolehhhh..tp u blanje..vley? kikikiii


mamarempit,
ahkak daku tkesima mbaca amay falsafahmu...hehehehe


monstorius wife,
isnin nih klo pos pon maseh smpt kn kn? amponnnn akak minggu nih patah kaki kaedahnya =S

CikChelsea said...

synn,
mekasihhh sis
br nk join..hehehehe


reena,
lps report duty br tau posting mn, mmg tgh cr rumah sewa nih...
malu ah nk dok dgn u >.< (tp nkkkkkk =p)


AJ,
mbr aku pulak kata nt ms report duty, dia akan panggil nama one by one (ala2 graduation) utk bg surat posting. tau posting br g intan 1 minggu. nih info mn yg harus dipercayai nih? =P

thnx bro, all the best to u too. kau ckp mmg dh mcm pegawai hahahahaha. ada gaya ;p

(eh kau tukar blog address ke? penat aku klik asik kua blog not found je =S)

AJ Nismihan said...

rasanyalah kan, maklumat pada 3hb April tuh yang paling betul nak percaya :)
hehe
dua-dua betul, tapi ada sedikit kekeliruan lah.
hua ha ha
tak pa la, tunggu je rnanti

tengok lah, mesti jumpa hang nanti.
cakap bagus2pun tak guna kalau keje tak jalan ye tak?
hehe

ha'a URL dah tukar, click jer nama dekat komen nih, mesti link ke blog baru. boleh tak?

CikChelsea said...

eddie,
b4 pergi lapor diri...gua nk soh YB tlg carikan gua penyembur cili anddddd pisau lipat yg mcm lu ckp tu. utk keselamatan.

gua dh bygkn scene yg lu cuba gmbrkn...gila ahhhh!

*senyum jugak


wawan,
mekasehh wawan...rezeki sy kot :)


kiva,
hek hek hekkkk mcm kenal je ayat bukan nusa yerrr tuh..kikikii =P

Amin...semoga makbul doamu kakak :)

akak nt kawen jgn lupa jemput sy tauuuuuuu

CikChelsea said...

AJ,
haha betul betul betulll (gaya ipin)

kau cr la aku, kalau blh cam muka sbb blog kau sgt misteri takdak tempek gmbr penulis blog ;p jd mustahil aku blh cari kau, kan? heheheheee

slmt "sy yg menurut perintah" diucapkan utk hang haha

ok dh boleh dah, thnx :)

Sayang.Ibu said...

wahhhh..lepas nih jadik cik PTD lah cik chelsea yer... congrats ye dik... plg x thn dgn statement dlm hati ada tmn tu...hahahaaa

CikChelsea said...

kak intan,
belum kawen cik la ahkak, nt dh kawen puan pulak keh keh kehhh ;p

pinjam ayat adnan semp-it lalala~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...