26 Mar 2010

Sememangnya gila kentang

Terbaik dari rumah la makcik tukang jahit kat kampung saya nih. Selasa (malam) lepas saya baru je hantar 7 pasang baju kat dia, tup-tup pagi tadi dia dah hantar balik. Dah siap weh. Iya, baju yang saya cerita dalam entry ini. 7 pasang dalam masa 2 hari. Tak ke gila kentang? *standing ovasion untuk makcik tukang jahit

Laju gila dia jahit baju, kualiti jahitan? Tip top. Sangat puas hati sebab kemas jahitannya. Saya cerewet bab tukang jahit. Pernah dulu hantar kat orang lain, upah jahit memang murah tapi jahitannya kurang memuaskan, saya paling pantang kalau baju kurung bahu jatuh. Terus tak hantar kat situ lagi, rela bayar lebih asalkan puas hati :D

Upah jahit Rm160. 1 baju rm23. Selalunya 1 baju RM25. Murah sikit la pulak. I wonder why? Hantar banyak dapat diskaun kah? Ke sebab regular customer? Ke sebab saya bawak sebekas cupcakes time hantar baju tu jadi dapat diskaun? Keh keh kehhh. Tapi saya bagi tu tanpa apa-apa niat. Saja nak bagi sebab ada cupcakes extra kat rumah. Itulah orang kata "Orang berbudi kita berbahasa" =p

Happy gila tengok baju banyakkkk. Kah kah kah. Dasar makcikkkk.

.

Petang nih nak keluar bersama Cikgu Ajun dan Perempuan Kesayangan. Akan jadi makcik-makcik lagi sebab nanti nak beli barangan elektrik =p.

Semoga mereka tak menggoda nafsu saya dengan fast food ataupun makanan yang boleh menghancuskan diet saya. Dah 3 hari tak sentuh nasi wooohh *tepok tepok tepok

Cehhh kecoh, macamlah 3 minggu t_______t

.

Owhh nanti pergi Carre.four nak beli chicken breast. Nak buat chicken grilled untuk lunch esok. Dah 2 hari lunch menghadap salad, dah bosan. Kena rajin + kreatif sikitlah kalau nak diet *gila gigih ;p, once jemu habislah memang confirm akan hadap nasi balik. Cannot, cannot. Sia-sia dan akan hancur leburlah dikau wahai DIET.

(image source: http://littleindiachicago.com)

Ingat nak buat chicken grilled with carrot and broccoli, tapi bila tengok gambar mcam best pulak kalau ada asparagus. Nanti nak carilah!

7 comments:

miss mumun said...

wah.. giler kentang hebat tukang jahit kt tmpt akak.. pheww.. 7 baju dlm 2 hari.. terer giloss..

mrs.ecam said...

weh murah giler la kt pat ko ek...kt umh aku area rawang nun pong bj kurung bese plg murah 28hinggit tau...klu kt KL jgn ckp la...kompom dkat 40hinggit nyer...huuuuu...tp mmg gile kentang grng la ek makcik 2 jait baju...mmg patot ko bg standing ovasion...kah3

CikChelsea said...

miss mumun,
tau xpeeeee, tak sangka. ingtkn dia nk bg next week. sekali tup2 2 hari sajork dh siap. gila kagum (dh bnyk kali kagum nih haha)


mrs.ecam,
tulh nt klo nk buat baju aku mmg nk buat kt kg je. hehe.

akak aku ada gak tukang jahit, tp dia siapkan lmbt, mementangkah adik beradik kn. aku anta bj kurung moden je kt dia. sbb makcik gila kentang nih boleh buat baju kurung tradisional sajork :D

reena said...

Perghhh gila kentang ahh. Tabik tol kat mak cik tu.

Azryn said...

tabik spring laa kat mak cik tu!!!

Sayang.Ibu said...

bile nk buat tu?? blh ahkak dtg sibuk2 kat ayer itam.. muahahahaa

CikChelsea said...

reena,
tau xpe kannnn, mmg pakai turbo ah dia menjahit :D


azryn,
toing toing toing ;p


sayang.ibu,
ahkak ahad nih free x? jom dtg mkn2 kt rmh sy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...