2 Apr 2010

Alaaa tak banyak, nak lagiii

Proses mengemas masih dilakukan, tugasan malam ini mengemas barang makan, toiletries dan kasut. Perlu siapkan semuanya malam ini kerana pagi esok saya perlu ke Batu Pahat untuk menyelesaikan sesuatu. Perlu ke mahkamah untuk mendapatkan chop dan sign dari pesuruhjaya sumpah. Whatttt? Petang nak bertolak, pagi baru mahu settlekan?

Err...errr, errrkkkk...

Saya confident kat sini ada pesuruhjaya sumpah, jadi sengaja berlengah-lengah dan berlenggang kankung (kenapa kangkung yang dipilih dan tidak sayuran lain? Ada sedikit kepelikkan di situ) membuat urusan itu pada hari semalam. Sekali tuuuuu, di Pejabat Pendaftaran Negara cawangan Yong Peng tiada pesuruhjaya sumpah okehhh (dulu ada tu yang confident je). Why oh why sekarang tiada pula T___T

Jadi esok hari terpaksalah drift ke BP sekejap untuk dapatkan chop dan signature. Bagus juga last minute, tak adalah saya duduk di rumah melayan perasan. Baik sibuk daripada tak sibuk :'). Oh ho, emak akan masakkan NASI LEMAK SAMBAL SOTONG esok yahuuuuu.com!!! Gambar bukti wajib ambil untuk menjeleskan adik saya yang nun jauh di Nashville, Tennessee (keji gila niat kah kah).

Akan makan nasi selepas 10 hari talak 1 dengan nasi haha =p. Lepas esok talak balik (wah suka suki haku je nak main-main talak =S)

Tadi kemas kasut, alaaaaaaaaaaaaaaa...sikit rupanya kasut yang saya ada. (Yang saya ada bermaksud yang masih mahu digunakan haha). Banyak yang telah direject semasa sesi mengemas dijalankan sebentar tadi. Sedih tengok kasut dah sikit, dulu time study siap boleh buat jambatan kasut :') ada alasan beli kasut lagi muahahaha *gelak syaiton

Kasihan si flats merah tiada kawan yang sama taraf dengannya =p. Baru perasan koleksi kasut saya adalah sangat membosankan sebab banyak sling back je T___T.

Tiada killer heels dalam koleksi saya, mana boleh nak lawan Wani punya koleksi high heels. Nak nangis tengok kasut dia semua tinggi-tinggi :') (Owh nak nangis sebab bayangkan diri sendiri jatuh terkelempap kalau pakai heels tinggi camtu. Walaweehh maluuuuu mano den nak sorokkan muko)

Sila abaikan background, itu bukti tengah mengemas thehehhh~

Kasut kesayangan yang sungguh selesa dipakai. Highly recommended! :D

Tidak lain dan tidak bukan si kasut bosan (kesiannya kasut ini saya namakan begitu huhu, nasib engkaulah ;p). Etika berkasut semasa melapor diri sangat banyak pantang larangnya. Mesti hitam. Bertutup. Tumit tidak lebih dari 2 inci dan tidak kurang dari 1 inci (tulis situ 1.5 inci kan lebih mudah T_T). Court shoes. Ikut sajalah arahan yang telah diberikan saya yang menurut perintah


Nak tambah kasut, nak tambah kasut T______T. Haih macam mana nak tambah wang kalau macam nih punya niat? Aiyayaiiiii...

4 comments:

reena said...

I think, your shoes lagi banyak daripada i ok!

Mine banyak yang dah tak boleh pakai. Dah hari-hari pun lenjan pi keja. Tak pa, mai sini beli kasut banyak2 (bawak la i bawak la i :p). I suka Vincci kat The Curve tu. Banyak choices.

mrs.ecam said...

weh kasut manyok gitu ko ckp x ckp lg...siap ko leh wat kdai jual kasut lg taw....gilos kentang goreng lah ko nih...eheks

Sayang.Ibu said...

segala mala heels akk dah ku simpan dlm lemari kasut.. skang nih suka pakai peep-toe scholl jer pi skolah, pakai sampai ranap baru berbaloi..hahahaa...
btw dik, ko talak sampai 3 kali kang tak blh rujuk blk tawww... :P

CikChelsea said...

reena,
12 psg bnyk kah? hihi ;p

jgn kata bwk g beli kasut, beli beg, beli make up, sume2 la i ajak u nt..hahahaa hbs la kepenatan ;p


mrs.ecam,
nafsu gajah 12 psg mn cukup kah3


sayang.ibu,
scholl selesa okehhhh. best dipakai :D

ok lps nih dh tak guna talak, guna 'berpisah sementara' je hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...