30 Apr 2010

"Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit"

Macam dah biasa dengar ayat kat atas tu kan? Setuju? Tidak?

Al-kisah berkaitan dengan duit dan jodoh. Tazkirah hari Jumaat hahah.

Kita nih siapa nak tentukan jodoh - pertemuan, ajal - maut? Semua tu kerja Yang Maha Esa. Kita boleh merancang je. Even though kita rasa kita dah merancang sebaik mungkin, takdir dan ketentuan tu terletak di tangan-Nya. Itu yang dipanggil qada' dan qadar kannnn?

Ada seorang hamba Allah nih, mungkin niat dia 'baik' tapi tak tahulah kan sebab niat dia betul-betul ikhlas nak bagi peringatan kat kawan saya or just nak menambahkan business yang dia tengah buat. Macam nih, teman saya tu tak bekerja kiranya takda pendapatan tetaplah. Yang hamba Allah nih pulak Alhamdulillah rezeki dia mencurah-curah sejak join 1 business nih (malas la nak sebut, pandai-pandailah anda teka). Income 5 figures every months, pakai luxury car, selalu pergi holiday overseas and of course branded item saja yang melekat kat badan.

So, dia macam sibuklah cakap kat teman saya tu, orang perempuan nih kena ada duit sendiri sebab kalau tiba-tiba hubby buat hal kita dah ada back up plan. Takdalah jadi mangsa keadaan bila ditinggalkan terkontang-kanting oleh suami tu. Itu maksud tersurat ayat hamba Allah tu. Maksud tersirat? Sebenarnya nak suruh join business yang dia buat tu laaaaaa. Hamba Allah nih pun bagi la contoh seorang kawan dia - seorang SURI RUMAH yang bercerai dengan husband dia sebab husband dia ada skandal dengan perempuan lain.

Apa perasaan anda kalau hamba Allah tu cuba letakkan suami anda kat tempat ex-husband kawan dia yang ada masalah skandal tu? Kira macam dia nak cakap one day suami anda pun boleh buat benda yang sama kat anda. What if, hamba Allah tu kawan anda sendiri?

Hamba Allah tu rasa bangga dengan pencapaian diri dia. Dia ada income puluh-puluh ribu. Suami dia LUCKY sebab dia as a wife pandai cari duit. Minta maaf cakaplah, tak kiralah you ada banyak duit ke takda duit ke, lelaki kalau nak buat hal dia tak kira tu semua. If you're financially secured pun, bukan tiket kepastian suami tak akan buat hal. What if kalau you busy sangat cari business, husband you boring...tu pun boleh jadi sebab kalau dia nak ada skandal. Betul tak?

Banyak pulak WHAT IF hari nih...

So, macam tak payahlah nak kata orang lebih-lebih sebab diri sendiri belum tentu betul. Kalau hari nih you mewah, tak semestinya selama-lamanya you mewah. Kalau DIA nak tarik nikmat tu, bila-bila masa aje boleh. Just ingat, takdir bukan kita yang tentukan. Kadang-kadang saya terfikir, hamba Allah nih dah takda benda lain ke dia ingat dalam kepala. Duit. Duit. Duit. Sampaikan orang lain pun dia nak brainwash "DUIT ITU SEGALA-GALANYA". Kalau personally kenal hamba Allah nih, anda memang akan nampak la dia nih materialistic. Sumpah, bukan nak menambah sedap cerita nih, tapi itulah kenyataannya.

---

Itu yang buat saya paling MELUAT dengan orang 'business tingkat-tingkat' - tak cukup guna cara show off kemewahan, manipulate life orang lain pulak.

Sekian tazkirah dari 'ostajah' takda tauliah.

14 comments:

mrs.ecam said...

hohohoho cam tau jek bisnes pe 2...hihihi kwna ku de gak buat...dr dl smpi skang duk pujuk aku msk...tp ermm biarla aku idop sederhana sbb nk buat bisnes 2 kne bnyk korban ms ngan fmily...tkot 2 la kang klu aku dh bz ngan bizz ank2 n laki ntah ke mne...sbb aku bkn superwoman leh buat 2 kje dlm 1 ms kn...tp de kwn aku yg len ms tnjk kunun2 die berjaya pki kete beso wat bizz 2 tipu jek...die amik gambo ngan kete spe ntah die ngaku kete die,,hai dunia2 org snggup nipu tuk dpt kesenangan....ontah la....

kiva said...

duet bukan segala-galanya...rezki tu Allah yg bg...mmg btol..duet tu penting...tp..xmenjamin bahagia pon..

zaman mak2 kite dulu..sederhana..tp..aman je..anak2 pon Alhamdulillah menjadi...

tp..zmn skg?..hamba duet..tp..cube tgk remaja skg...form 2 da pandai merogol..cmne tu?..huhu

yg ptg rezki kene la dgn jln yg halal..kalo rezki byk..jgn lupe zakat n sedekah...baru la rezki tu bersih..baru la hati tenang..

nk pakai brg brended..kete mhl..xslh pon..tp..kalo semate2 niat nk tunjuk kt sume org awak berjaya..alahai..jumudnye pemikiran..

blk dlm tnh jugak...hehe

CikChelsea said...

mrs.ecam,
yg kes amik gmbr dgn luxury car tu dh bnyk dh aku dgr..hihi. kelakar kn...desperate sgt nk org lain tau yg dia bjaya...padahal tidak pun.

aku bosan dgr dorg sibuk ckp psl marketing plan la ape la...padahal mlm je, business plan org lain yg buat..cakap mcm terer je haha

CikChelsea said...

kiva,
yup2...betol3.

tp kn org dl keadaan sekeliling tak mcm skrg. mmg duit jd slh 1 faktor. tp tgk la beza dl dgn skrg.

dl rs slmt hidup kt negara sndr, skrg? tidakkkkkk. manusia pon dh makin ganas, takot la T____T

monstorious wife said...

Dear Cik C : Akak pon sgt meluat utk membaca satu blog nih menngenai business dia yang dah puluh2 ribu tuh... Opppsss!

CikChelsea said...

eh ahkak, entah2 kita sedang bercakap tentang org yg sama...opssss!

*matik la bg clue sangatsss! haha

MarlissaMusa said...

cik c,
macam kenal je org yang disebut ni..buat bizz tu mmg bagus tapi tak payah nak brain wash org dgn mengaibkan kisah kawan..tak ke ting tong di situ..

act about life..we dont have an idea wut our/or any others life will be..so, baik take it easy dan tak payah pulun2 bagai nak rak..

gud entry uolss!

Sayang.Ibu said...

hahhh... kalo ko dah kaya, x yah laaa sibuk nak promote bisnes ko tu mcm laaa bagus sgt. akk pun x suka org buat marketing yg sampai buatkan org lain rasa annoyed. dan please laaa... jgn laa dok cerita kesah umahtangga org lain semata nk bagi sedap ko punye cerita psl bisnes, sbb Tuhan nak uji ko bebila je boleh hokeh... br ko tau langit tu tinggi rendah

Liyana said...

Hidup ini bagaikan roda, ada masa kita di atas, ada masa di bawah. Tapi kalau diberi pilihan, naklah roda 'rim BMW' tak nak roda basikal buruk (errr, ada kaitan ke 'ostajah'?..hehe.

Have been observing this issue for quite some time ;)

CikChelsea said...

cik marlissa,
mekasehh sbb bg sokongan kat iloss ceh ceh cehhh ngada ;p

mudah2an kita tak tgolong dlm golongan tu uloss...isskkk mtk dijauhkan =S

CikChelsea said...

sayang.ibu,
dia guna konsep matlamat menghalalkan cara la ahkak..tu yg sume dia bedal asal bisness jalan..uhuk2

kesian kwn dia yg ada mslh tu, habis kisah dia dijaja kpd org lain. kalau tak mention nama takpe, ini mention...elok2 org org lain tak tau, jd tau. tak baik la cmtu kn

CikChelsea said...

liyana,
rim BMW kalau rosak maintanence tinggi...tak mau la...heheheeh (ada kaitan jugak ke?)

mungkin org tu tak sedar yg 1 hr nt diri dia akan dibwh jugak. yelah dh sedap naik BMW, mesti fikir 'roda' takkan rosak punya kan ;)

reena said...

Lalalala! :p Nak tulis, tapi tak palah, i simpan dalam hati je lah. But i guess u can read my mind :p sabo je lah kan? Heh.

CikChelsea said...

i ada 6th sense ;p

mula2 bole la sabo...lama2 mana bley tahan T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...