18 Apr 2010

Masa kecik-kecik dulu kan...

...saya selalu main 'opis-opis' dengan adik kat rumah.

Saya jadi bos dia jadi secretary =p. Saya punya meja besar sikit dari dia sebab saya bos hehe. Lepas tu kita orang amik telefon yang dah rosak letak kat atas meja masing-masing. Even telefon yang tak rosak pun kita orang rembat, cabut wayar telefon lepas tu tanpa rasa bersalah letak kat 'opis'. Bisinglah Hajjjah Mon bila dia tengok telefon tak ada muehehehehhhh.

Kalau nak panggil 'setiausaha' saya datang bilik, saya angkat telefon tu lepas tu buat bunyi guna mulut "kring, kringgggg". Yelah telefon takda wayar mana boleh keluar bunyi sendiri kah kah. 'Setiausaha' saya akan datang kat meja sambil bawak buku nota. Lepas tu kita orang pun berlakon konon-konon cakap pasal 'kerja', dia pun berlakon konon-kononnya catat apa yang saya cakap dalam buku nota. Hihi.

Itu kenangan 15 tahun dulu.

Kenangan main 'opis-opis' ketika kami sama-sama masih kat kampung a.k.a di bawah piawaian jagaan emak.

Hari ini?

Adik saya si 'setiausaha' itu ada nun jauh kat Tennessee tengah study dengan harapan bila balik nanti boleh dapat kerja best. Jadi boss perhaps? Kan adinda ku Hidompot eh salah Hidayah =p

.


Kekosongan jawatan m.41 di bahagian di mana saya ditempatkan telah lama kosong. Hampir 2 tahun. Selepas 2-3 hari mendesak E.O kat office tu, minta tolong dia bersihkan bilik akhirnya hari Khamis lepas cleaner dah datang mengemas dan mengelap segala habuk dalam bilik tu. Bukannya saya tak boleh nak bersihkan sendiri, tapi dalam office tu banyak file-file yang ditinggalkan oleh penghuni sebelumnya (dulu tu bilik engineer, tapi engineer tu berhenti sebab dapat job offer dari pihak swasta. Haruslah pendapatan lumayan kan, kalau tidak takkan dia berhenti dari gomen ;p) jadi tak berani nak 'usik'. Buatnya ada file penting, saya silap letak tak ke saya yang naya dikemudian hari tssskkk T_____T


Bilik saya memang selesa la sebab luas hehehehehee. Kat bahagian pembangunan tak ramai officer, jadi saya bernasib baiklah boleh dapat bilik sendiri theheeeee~. Kalau kat HR staff ramai, jadi ada 1 bilik je untuk boss gred m.52 (soon to be m.54 sebab dapat promotion :D). Officer yang senior sikit tu 'bilik' dia guna partition je. Member p.t.d yang lagi sorang tu kat bahagian perolehan pun bilik partition sajork, sana pun ramai staff juga. Kira saya beruntung sangat-sangat boleh dapat bilik sendiri. 1 office dalam 15 orang je.

'WP3' & 'TIADA' tu sila abaikan sebab belum diganti. Sepatutnya 'WP2' sebab saya masuk kerja pukul 8 pagi.


Untuk gred m.41 Penolong Pengarah tu jawatan standardlah. Ada ke bakal-bakal p.t.d yang baca blog nih? Merujuk kepada mereka yang ada amik exam 10hb lepas.

Last week ada 2 hari kursus pasal 'tatacara pengalihan aset', mesyuarat puspanita and mesyuarat bahagian. Setiap program tu makan provided. Meeting 2-3 jam pun ada makan. Haiyohhhhhh kalau macam nih habislah haku T____T

Makan + makan + makan = __________
(jangan isi tempat kosong kah kah kah)


Esok sampai Selasa ada bengkel kat J.P.M. Eh seronoklah kerja saya nih, kejap kursus, kejap meeting, kejap bengkel... lepas tu kursus balik. Best woo busy ;p

13 comments:

Sayang.Ibu said...

keje gomen mmg bestttt... hahahaaa

Sayang.Ibu said...

eh cop, kat bhg korang xde kena cut bajet kah? kitorg kt skolah nih asik kena cut bajet je. nk wat kursus tu,kursus ni semua cut bajet, nak adakan aktiviti pun sama... the worst part bila nak buat apa2 aktiviti kena collect duit cikgu-cikgi.. apakahhh?? jgn ler kata cikgu2 byk duit, sama jer..duit hasil penat lelah apakah perlu dipotong sana sini sbb nak fill yg dah di cut bajet tu??? mcm not fair lah kannn...

CikChelsea said...

sayang.ibu,
tau xpeeeee...hehehehe

cut utk peruntukkan ada la. mcm sy kt pbangunan, thn nih peruntukkan bnyk dh cut bbanding thn lps.

ktog apa je aktiviti? department mmg takde la. kalau puspanita ke apa, tiap2 aktiviti nt kne collect duit. sekolah lain ahkak, kat sekolah mmg aktiviti menimbun...cikgu cikgi kne la pasrah..huhu

~ As ~ said...

aku ingat aku sorang je suka main 'opis-opis' ni...hahahaha... lucu sangat kalau igt dulu main opis-opis ni...

cikjun said...

sungguh mantap...dlm usia 24 thn...keje dah ade bilik sndiri....terharunyerrr...

Nad Nazira said...

ko jangan tatau..kalau keje gomen nih..asal mesyuarat je tak bayang mende len dah..MAKANNNNN..hehe..tapi dulu takde bajet cut, makan mewah, sedap2..kalau suruh gi kursus bleh siap berebut sebab buat kat hotel 5start pun pernah..sekarang bajet cut..xbesttttttt..huhu

tiefazatie said...

wah..besh nye kak...
gewd luck ye...
keje elok2..=)

dots said...

ni emel ak... dotss33@gmail.com

Dr.Senbe said...

haha ade ke dulu kite main cmtu?
x ingat ah. yg yah ingat time gaduh je =p

fatenton said...

hye chelsea..
so hows ur new job?nampak mcm u happy je tu..
happy for u..
tapi mmg betul, keje gomen mmg best.. :D

azrinna said...

Biasa la gomen. makan agenda utama. perjumpaan bulanan yg cuma 2 jam pun ada makan. makan berat lagi.

CikChelsea said...

AS,
tau xpeeeee...mmg kelakar tp kenangan tu yg best kan? :')


cikjun,
rezeki je tuh..hehe.

errrr, terharu jugak laaa T____T

(vleyyyy? ;p)


nad nazira,
mmg sgt betullllll. kalau meeting dgn pengarah lg la, kuih2 je...dia xde mkn berat2 haha. tp bagus gak kalau tidak asyik menyental je...habis laaaaa T___T

CikChelsea said...

tiefazatie,
thnx dik :)

nway, bila ur result keluar? :)


dr.senbe,
ada laaaaa...sbb ko jd kuli sbb tu kau tak ingat =P


fantenton,
so far bestttttt :D


azrinna,
kalau meeting department mmg mkn e\berat. kalau dgn bahagian mkn kuih2 je sbb ramai yg attend. bajet tarak so mkn kuih je...kah kah kahhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...