11 Apr 2010

Selamat tinggal Putrajaya, seminggu sudah dan good luck...

Selamat tinggal Putrajaya

Jangan suspense, saya bukan resign kerja ke apa. Masih bekerja dia bawah jay.pi.em cuma saya ditugaskan ke salah satu agency yang terletak di KL. So, sekarang ini telah berpindah dari Putrajaya dan menetap di KL. Hanya sempat merasai kehiupan bekerja di Putrajaya selama 3 hari haha ;p

Terima kasih daun keladi to Reena sebab sudi tumpangkan saya kat rumah dia selama 4 hari. Sempatlah kita bergosip kan, babe? Banyak rahsia negara eh bukan, rahsia bloggers kita share muahahahahh *evil laugh. Duduk 4 hari dengan you, macam-macam boleh cerita hehehehe.

.

Seminggu sudah

Rasa macam dah lama gila, padahal baru seminggu saya di sini. It's been a long week T_____T. Baru seminggu YB hantar saya ke sini tapi rasa macam dah lama gila. Baru seminggu dah rindu YB (cehhh ngada-ngada!). Rindu emak dan rumah apatah lagi uhuhuh.

Terasa lama mungkin sebab terpaksa ke sana-sini. Dari Johor ke Putrajaya, kemudian ke KL pula. Memang semput! Itu pun hari Khamis lepas saya hampir-hampir dihantar balik ke Putrajaya kerana berlaku lebihan pegawai di peringkat agensi. Tapi, nasib baik jugaklah boss cepat bertindak, adjust itu ini maka saya tak jadi pindah. Suspense gila time dia kata kena hantar balik ke jay.pi.em T____T. Saya dah plan memang nak duduk di KL saja sebab boleh tinggal di rumah abang theheeeeee~.

Macam lagi seronoklah duduk di rumah yang ber'family' daripada rumah sewa sebab semua dah ada tak payah beli apa-apa kah kah kej gila boleh main dengan anak saudara tiap-tiap hari. Rumah abang dekat gila dengan office saya. Keluar rumah time jalan belum jammed, 5 minit dah sampai. Balik naik komuter. Wah cepat haku boleh simpan duhet beli kereta. Kalau agak-agak tak sabar sangat pakai kereta, buat je 'loan' dari Haji Shukur. Mintak dia bayarkan down payment, bila lagi nak 'pow' dia kan? Kah kah!!!!! Kemungkinan besar tak akan beli kereta idaman sebab monthly fees agak mahal T___T. Bila buat kira-kira, macam sayang nak habiskan 1/3 daripada gaji untuk bayar kereta je. Tak apalah, kereta idaman boleh beli kemudian. Saya nak dahulukan apa yang wajib; bayar hutang, simpan duit untuk kahwin dan sudah tentu bagi duit untuk Hajjah Mon dan Haji Shukur setiap bulan. Harap-harap berkat hendak-Nya kehidupan saya di sini, Amin...

Kat office belum ada kerja lagi sebab boss belum keluarkan surat penempatan ke department yang berkenaan. Ikut kata boss (owh BTW nak bagitahu boss saya bahagian HR adalah sangattttt lawa. Kulit putih bersih walaupun dah agak berumur. Muka pulak jenis muka keibuaan, sejuk mata memandang. Tapi walaupun dia nampak lembut, dia tegas! Boss dah gred M52, I want to be like her...one day :))

Gomen punya rehat hari Jumaat lama gila ek? Kerja hari Jumaat macam kerja half day je. Patutlah ramai yang suka bila tiba hari Jumaat, huhu. Lagipun lepas Jumaat, esoknya cuti menambahkan lagi keseronokkan menyambut hari Jumaat =p

.

Good luck

Semalam (Sabtu) exam p.t.d sekali lagi berlansung. First exam untuk tahun 2010. Berapa orang (yang sedang membaca entry ini) amik exam? Sila gerakkan hidung macam Samantha dalam cerita Bewitch haha okay takda kaitan.

Mari saya kongsi sedikit maklumat dalaman dengan anda (jangan report nanti saya kena buang kerja kah kah). Statistik pengambilan p.t.d bagi batch 2009 (batch saya). 3 kali exam dilangsungkan iaitu pada bulan April, Ogos dan buat pertama kalinya repeat exam di adakan bagi calon yang tidak menghadirkan diri pada peperiksaan April Dan Ogos, iaitu pada bulan Oktober. Seramai 25,000 (25 ribu) orang calon menduduki peperiksaan. Hanya 5000 orang yang berjaya melepasi tapisan untuk ke peringkat ke-2 iaitu pre-p.a.c yang diadakan di i.n.t.a.n seluruh negara. Fuhhhh, tengok dia cut 20,000 calon! Kemudian, calon yang lulus pre-p.a.c dipanggil menghadiri temuduga. Berapa orang yang berjaya dipanggil interview tak diketahui pula jumlahnya (sebab masa SUB bagi briefing dia terlupa nak mention hehehe). Daripada jumlah yang tidak diketahui itu, akhirnya sebanyak 471 surat tawaran dikeluarkan oleh j.p.a kepada pegawai-pegawai baru :D. Tapi, masa lapor diri hari tuh, 440 je yang datang.

Lepas tahu statistik baru rasa macam diri ini agak terer sebab terpilih kah kah! ;p

Seriously, kalau ada yang berminat nak join p.t.d, sila cuba bersungguh-sungguh. Jangan hanya melepaskan batuk di tangga. Pemilihan sangat tough, tanpa preparation dan bergantung pada 'luck' saja, anda silap besarlah. Cuba tanya diri sendiri, kenapa nak join p.t.d? Gaji kami (yang mula dengan gred M41) tidaklah besar mana. Cukup makan. Kalau nak mewah dan gaji besar, kerja gomen memang bukan jawapannyalah. Kalau fikir long term lainlah sebab ada pencen, kan? Lepas pencen duduk rumah goyang kaki je duit masuk tiap-tiap bulan hehehehe.

Kenapa saya join p.t.d? Sejujurnya saya bagitahu okay? Skim kenaikan pangkat p.t.d cepat, tak macam gred lain. Dalam masa 3 @ 4 tahun dah boleh naik M44. Tapi kena lulus exam la, bukan senang-senang boleh naik macam tu je. Yang tu pun perlu usaha jugak. Saya bukan kejar gaji besar, tapi suka cabaran. Bidang tugas p.t.d nih luas, banyak benda bole belajar. Lain jabatan dan kementerian, lain tugasnya. Seriously kena ada minat untuk join p.t.d. Bukan semua pegawai kontrak diserapkan ke jawatan tetap. Ada yang tersungkur di akhir kontrak tanpa ditawarkan tetap. Jadi sepanjang 2 tahun kontrak, memang kena perform betul-betul dalam kerja. Walaupun saya baru seminggu dan takda pengalaman lagi pasal kerja nih, kami dah diberitahu awal-awal cabaran yang perlu kami tempuh sepanjan tempoh kontrak. Kiranya, dah boleh bayangkan serba-sedikit untuk masa akan datang.

Pengorbanan masa dan tenaga memang banyak tuntutannya once you join p.t.d. Yang bujang macam saya nih mungkin kurang sikit bebannya sebab komitmen belum banyak macam orang yang dah kahwin. Bila bujang fikir diri sendiri je, kalau dah kahwin nak kena fikir keluarga. Sanggup ke tinggalkan suami @ isteri @ anak-anak selama berbulan-bulan? Kalau sanggup hadapi dugaan tu semua, teruskan cita-cita anda! InsyaAllah dipermudahkan-Nya :)

So, good luck untuk mereka yang dah amik exam semalam! Kalau lulus Alhamdulillah. Boleh sedia untuk pre-p.a.c pulak. Ohhhh FYI, untuk lulus pre-p.a.c, anda tak boleh over weight @ under weight. Normal weight saja yang diterima ;). Jadi, siap-siapkanlah diri dengan BMI yang normal, okay?

14 comments:

Sayang.Ibu said...

apapun dik.. good luck di mana jua ko berada...;)
selamat menurut perintah...ahakssss

reena said...

Memang betul. Duduk dengan family lagi senang gila. Sep duit banyakkk. *Ok tetiba rindu kampung*

Liyana said...

Yang tak tahan tu, lunch break jumaat panjang, tapi ada gak yg masuk lambat lagi (huhu.. ni pengalaman dgn staff sendiri)

Teringat pengalaman my friend, dia tumpang rumah abang/kakak ipar, belum apa2 lagi dah kena sound " Duduk rumah org tu, ringan-ringan lah tulang ye"...hehehe, mcm drama pulak. Ye lah, visiting & duduk is different thing kan. Tapi tak lama pun coz it's far from her office. Dia cari rumah sewa dekat sikit.I'm sure your bro & sis-in-law cool aje.

Liyana said...

Yang kerja kat Malaysian embassies abroad, semua PTD kan? Diorg from wisma putra. I think mmg kalau these PTD mmg cool & baik2 hati. Ada chance ke kerja abroad? angkut YB sekali :)

saza azuin said...

1.bestnya dpt duk ngan family.mmg best..duk bujang,xbest..
2.dpt tau dr reena u dpt jabatan mana,terus gelak sorang2..hehe..gud luck!!

mrs.ecam said...

gud luck beb....moga2 tercapai nk smpi gred M52....walopong aku x phm gred2 dlm gomen nih...eheks

CikChelsea said...

sayang.ibu,
heheheheheee...baeeekkkk!
terima kaseh ahkak :D


reena,
tau xpe ;p
pastu blh pakai gym n swimming pool secara free...keh3

CikChelsea said...

liyana,
owwhh yg tuh mmg...even kt sini pon ada staff masuk lmbt...tp tak ramai la, ramai yg segan dgn pegawai. tp pegawai takleh buat...nt kena kata dek staff..hehe.

abg + kakak ipar saya siap dh seadiakan bilik kot2 sy kne posting kt KL. skali tu betul..tinggal angkut brg je ;p

yesss semua PTD, tu yg jeles dgn kwn2 yg dpt kerja under wisma putra. sbb ada yg br masuk terus kne posting oversea..uwaaaaa nak jugak! tp pegawai baru takkan dia hntr kt negara2 besar. negara pelik2 dia hntr..uzbek la, tajikistan la..hihi

CikChelsea said...

saza azuin,
tmbh lg sorg gelakkan i..tssskkk T____T
tp kje kt agency tak pressure mcm kat kementerian..tu advantage la..hehe

TQ


mrs.ecam,
ehh ko bukan kje gomen kah? i thought ko pun "sy yg menurut perintah' jugak..kah3

Saira Azura said...

chel.lame tak ty kabo..ko dapat ptd kat mane?

CikChelsea said...

saira,
tulahhh mengapakah ko dh sekian lama tak update blog?
perut cmne? dh besar? hihi

aku kje kat KL :D

Saira Azura said...

dah besar dowh...huhuu..aku atu kl..ko jpm ek?jpm bahagian ape?

Mommy Delta said...

Salam,
Untuk makluman, kenaikan pangkat peeteedee selepas ini tidak semudah dan secepat yang disangka. Harap maklum.

Peeteedee senior di JayPieMm

CikChelsea said...

mommy delta,
yeahh i know that esp. for those (like me) yg bstatus kontrak. tp, tak apalah...itu kira cabaran lebih, bila susah nak dpt baru lah put extra effort, no? :)

nway, thnx for dropping by!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...