26 May 2010

Anak dulu vs anak sekarang

Minggu lepas ada kursus pengenalan dengan jabatan. Salah satu slot daripada Bahagian Pelajaran. Ustaz yang bagi ceramah tu best gila! Walaupun 'terover-time' masa, terlebih-lebih sampai 2 jam tapi memang tak mengantuk langsung. Ustaz tu kelakar dan pengetahuan beliau sangat luas.

Ustaz tu syorkan suruh baca buku 'Men are from Mars, Women are from Venus'. Beliau kata kalau belum kahwin memang elok sangat baca buku tu sebagai persediaan berumah-tangga (lepas nih nak pergi pinjam kat library la ;p). Kalau yang dah berumah-tangga memang lagi digalakkan baca supaya lebih memahami pasangan masing-masing.

So, masa talk tu dia ada cerita pasal perbezaan anak zaman dulu dengan anak zaman sekarang;

Emak: Mat kena tidur bilik sendiri sebab dah besar!

Anak zaman dulu:
(Tak cakap apa-apa. Terus lari masuk dalam bilik. Takut kena marah kalau melawan)

Anak zaman sekarang:
"Ayah lagi besar, kenapa boleh tidur dengan mak?"

Emak: Tugas Malaikat Jibrail adalah menurunkan wahyu

Anak zaman dulu:
"Ooooooooo..."

Anak zaman sekarang:
"Wahyu kan dah habis turun. Habis sekarang Malaikat Jibrail buat apa? Dia dah pencen ke?"


Apa nak jawab kalau jadi emak budak tu?

Pingsannnnn!

9 comments:

~ As ~ said...

ustaz tu tak bgtau ke mcm mana nak jawab??? ehehehe, matiklah kalau kena tanya begini bah..

mrs.ecam said...

wehh btol la...ank aku skang ni tnya mcm2 soklan yg x tercapai dek akal...pening aku nk jwb weh...BTW buku yg ustaz tu syorkn amatla bgs....bek ko bli n bce....kwn aku bli n bce siap translatekn kt aku lg....hihihihihihi

CikChelsea said...

AS,
ustaz tu kata kalau kita jwb kurang tepat, anak akan tny lg bnyk..huhuhuh. aku blm ada anak. jd lmbt lg nk pikir. ko kne pk mulai skrg ;p


mrs.ecam,
hahahahahaa...merasa ko pening2 nk jwb kn?

mmg btol2 best ek? nt dpt gaji aku nak g beli la =D

kiva said...

woah....mau berpeluh2 nk jwb nih...ekekeke....

CikChelsea said...

kiva,
tau xpe, budak skrg cerdik2
hehehehe

wawan said...

LOL betui jugak soalan anak tersebut =P

CikChelsea said...

wawan,
soalan mmg betui...tp nk bg jwpn tu hah, apo nak jwb? poning la omak eh dpt anak terlebih cerdik..hihi

Sayang.Ibu said...

fuhhhh... part kena tanya ngan anak sendirik satu hal dik, ko byg akk nih yg kena ngadap ngan anak2 murid.. lg mcm2 soklan bombastik yg kuor... sabo jek laaa

CikChelsea said...

hahaha
tu lg 1 hal, budak2 skrg nih dh la 'terlebih' cerdik, degil pulak tu. dugaan la kak jd cikgu =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...