5 May 2010

Berani kerana bengang

Ko ado berani ubah peribahaso sesuko hati macam den? Kah kah.

Biasa; Berani kerana benar

Luar biasa; Berani kerana bengang

.

Kau pernah tak marah sampai rasa nak menangis? Ejejejejeee jangan tipu, mesti sometimes ada kan? Aku macam itu jugaklah. Bila marah sangat + bengang lepas tu tak dapat nak luahkan, tu yang rasa nak menangis. Rahang mulut dah rasa pedih-pedih je, sebab tahan nangis. Heh. Bengang sebab semalam banyak sangat jumpa orang bangang kot?

Semalam KL mendung. 'Baik' punya nak dekat pukul 5, daripada mendung jadi hujan. Lebat. Abang aku malas nak amik aku kat tempat kerja. Tengah bandar weh, kau ingat tak 'jem'? Aku pun staylah kat office sampai hujan reda. Dekat pukul 5.45 baru aku keluar daripada office. Menapaklah dari office ke stesen komuter yang berhampiran (hampir tak hampir sangat, merasalah tiap-tiap hari 'exercise' secara tak langsung haha). Bagus jugak, aku kan malas sangattttt nak pergi gym. Walhal sekangkang gorilla je gym tu, FREE pulak tu tapi tak mau guna. Tak ke bodoh rugi?

Sampai tepi jalan, aku tekan benda besi bulat yang ada lambang pejalan kaki kat tiang traffic light kat jalan besar tu. Tak lama lepas tu tanda hijau keluar untuk pejalan kaki, tapi aku tak jalan. Kenapa? Sebab ADA PEMANDU KERETA DAN MOTOR YANG BANGANG TAHAP NAK MAMPOS TAK RETI NAK BERHENTI BILA NAMPAK LAMPU ISYARAT MERAH. Sumpah aku rasa macam nak menjerit BODOH kuat-kuat dekat motor yang tak nak berhenti tu. Kau bayangkan aku kena tempuh 2 jalan utama, maknanya setiap hari pun aku akan jumpa manusia-manusia spesies bangang! Next time aku nak bawak batu kerikil banyak-banyak dalam handbag. Sampai je kat jalan besar standby batu kat tangan. Kalau ada manusia bangang lalu depan aku, aku baling terus. Lantak la dia nak tergolek ke kepala berdarah ke, siapa suruh bodoh sangat kan? Kalau ada antara sedara mara anda yang mengadu ada orang baling batu time dia bawak motor lepas balik kerja, aku la yang baling tu. Muahahahahhhh. Jangan marah aku ye?

Sampai stesen komuter, aku jumpa lagi spesies manusia bangang. Errr...bangang macam kasar sangat untuk menggambarkan spesies yang aku nak cerita nih. Anggap jelah spesies kurang alert. Kan komuter baru perkenalkan 'Ladies Coach' (boleh baca kat sini kalau tak tahu) untuk train dari Pelabuhan Klang ke KL Sentral. Gerabak train yang tengah-tengah ber'sticker' pink dikhaskan untuk perempuan sahaja. TAPIIIII, ada jugak tapir lelaki yang terhegeh-hegeh nak naik kat situ. Tak malu ke weh? Tapi yang bestnya, ada sorang akak nih sound pakcik (yes dah tahap pakcik) yang sebok beratur kat gerabak tengah tu. Barulah terpisat-pisat blah pergi gerabak belakang. Tapi, ada jugak lelaki yang buat muka tak malu masuk dalam ladies coach. Aku rasa kalau semua orang ringan mulut pergi tegur kaum lelaki yang kurang alert nih, mesti lepas-lpas nih takda dah lelaki yang nak menyebok beratur kat situ. Yelah, kalau dah hari-hari kena tegur mestilah malu kan? Some more, ramai orang yang nampak kalau kena sound...kan malu hihi.

Aku tunggu train dari pukul 5.45 sampailah pukul 7.45 baru dapat naik. YES 2 jam tunggu train. Semua train ke Rawang penuh gila vavis. Train ke Sg. Buloh 2 kali dibatalkan. Kepala aku dah berasap je menahan bengang. Sistem apa KTM guna pun aku tak tahulah. Train yang datang tak pernahnya sharp. Dah tau waktu kemuncak (lepas office hour) orang ramai gila-gila punya ramai, tambahlah train. Ini tidak. Semalam hujan pulak tu, lagilah ramai orang. Memanjang cancel train. Operator kat KTM pulak semedang buat announcement; "Ketibaan train dari bla bla blaa dijangka tiba dalam masa bla bla blaaaaa...", tapi haram sangatlah ikut masa yang dia sebut tuh. Information dah la tak betul, baik tak payah announced.

Kan orang kata penantian itu suatu penyiksaan, memang terseksalah aku menunggu train semalam. 2 train ke laluan Rawang sampai, aku tak dapat nak naik. Manusia dalam tu macam lidi sate dah aku tengok. Berhimpit macam apa. Jadi semalam disebabkan bengang dengan pemandu bodoh dan lelaki-lelaki kurang alert, aku jadi terlebih 'ringan mulut' men'sound' manusia-manusia yang kurang sivik.

Kejadian 1: Depan pintu train


"Bagilah orang keluar duluuuuuuu"

Terus tak jadi orang depan aku tu nak masuk dalam train wakakakakakaa. Tapi patut tak aku sound? Patut kan kan? Orang kat dalam train tak sempat lagi nak keluar, yang kat luar dah sebok merempuh nak masuk.

Kejadian 2: Ketika sedang menunggu train


Ada segerombolan cleaner warga In.don kat sebelah aku. Makan gula-gula. Isi dan masuk mulut, plastiknya dia 'lepaskan' macam tu je. Aik?

"Kakkkkk, tong sampah kan ada. Kenapa sampahnya dibuang kat situ?"

Yesssss, aku sound direct. Kawan-kawan dia yang lain semua toleh tengok aku. Akak yang buang sampah tu kutip balik sampah dia. Memang sepatutnya kan? Kawan-kawan dia nak pandang, pandanglah. Ada aku kesah? Anda boleh bawak orang keluar dari kampung, tapi anda tak boleh keluarkan kekampungan dalam diri orang itu. *mati la pandai-pandai translate peribahasa omputeh kah kah kah*. Same goes with those Indo.nesian, nama je kat Malaysia tapi perangai tetaplah seberang. Eh aku bukan cakap orang kampung perangai cetek otak okay? Itu peribahasa je. Orang kurang sivik nih tak kiralah asal mana, kampung ke bandar ke. Aku pun asal dari kampung, tapi otak aku tak cetek kan? You see, sedikit bukti di situ bahawa aku tak mengata orang kampung ;p. AKU ORANG KAMPUNG. Ambik.

Alaaaaa tapi macam kes kat atas tu, bukan semua In.don macam tu kan? Even Malaysian sendiri pun ramai lagi yang berotak cetek. Suka buang sampah merata-rata tanpa rasa bersalah.

.

Pelik betullah, benda basic macam;
  • Bagi orang keluar dulu baru masuk dalam train
  • Jangan buang sampah merata-rata

Benda yang semua orang dah tau tapi still nak kena orang lain tegur dulu barulah nak buat. Tabiat rakyat Malaysia? Oh tak lupa juga rakyat asing T________T.

10 comments:

mamarempit said...

hehehe...hati2 dek....jgn smpi darah tinggi plak dok bando neh....

Tapi memang patut pon ko sound direct centu....even si afiq pun salu sound akak....(kes buang sampah mase lalu dlm kebun getah)

kiva said...

xsuke dgn org yg suke buang samph dr tingkap kerete...

bodo bangang thp dewa kepale 8...weekkk....

reena said...

Biadap.

Sayang.Ibu said...

masalahnya dik, org2 berfikiran sempit dan mementingkan diri sendiri.. mmg susah berhadapan dgn org macam ni..

Sayang.Ibu said...

masalahnya dik, org2 berfikiran sempit dan mementingkan diri sendiri.. mmg susah berhadapan dgn org macam ni..

azrin said...

ktm memang adalah sangat lembaps. i pernah mengalami nasib yang sama. dok improve celah bedah mana pun taktau.

yang pasal kat jalan besar tu, mmg patut pun org2 bodo bgang tu kena ajar. tak paham bahasa sungguh. dah terang lagi bersuluh kena stop sebab org nak lintas. tapi tetap buat hti kering nak jugak jalan.

*tumpang emo

mrs.ecam said...

hahahhahaha...maknenyer btol la org yg aku nmpk 2 engko ek...aku naik kt KL SENTRAL trn kt KUANG....dl aku nk naik kt KTM KL tp aku tau dh kompom aku x dpt msk...tpakse sabo g nek LRT ke KL senTRAL pas 2 br nek ke RAWANG....klu x mmg cam ko la 2 jam nunggu br dpt nek tren...ko bujang xpe...kang dh kawin dh de ank mmg tpakse la pth blk pong xpe janji leh naik komuter n smpi umh x lmbt sngt...heee ko trn mne ek????xpe beb tnggu la 15mei ni koc merah jambu ke rawang lak ek

c'sya said...

ciannye dier, dpt gj nnt smpan dt wat li kete eh...kite sokong...hehehe

CikChelsea said...

mamarempit:
malu tak kena sound dgn hero mu? hahahahaa =P


kiva:
sy tak suke sume org yg suka buang sampah merata2..mereka mmg takda sivik


reena,
memang!

CikChelsea said...

sayang.ibu:
denda apa yg patut bg kat depa nih kan? biaq sedaq sket jgn suka suki ikut kepala sndr. idop mcm takde peraturan. haihhh laaa


azrin:
ktm dh dpt new gerabak from jepun. bkilau bukan main. tp service to date adalah ditakuk lama


mrs.ecam:
len kali tegur la ;p
aku xkuasa la nk g kl sentral patah balik ke stesen KL...nak naik smpi stesen segambut je pun. nih tgu masa nk beli kete je, lps nih tak hengen aku naik komuter lg (eksyen jap kah3)


sya:
ko tak sokong pon mmg aku nak beli haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...