13 May 2010

Esok

...nak balik kampung.

Yeaaahhhhaaaa!

Tak sabar nak menghirup udara segar dari atas bukit rumahku.

Udara kat KL tercemar, dipenuhi dengan segala macam asap.

Sampai saya demam dan batuk-batuk.

Betapa tidak kuatnya sistem imunusasi tubuh badan saya, belum serasi dengan keadaan kota ini agaknya.

Pasrah.


Tak sabar nak menatap wajah bonda kesayangan.

Boleh mengadu tentang sakit yang kian kebah, sengaja nak manja.

Boleh minta emak masakkan asam pedas terbaik dari dapur.


Tak sabar nak jumpa YB juga.

Entah kenapa hidup berjauhan macam ni jadi makin rindu.

Belum biasa agaknya?


Tak sabar nak jadi remaja semula.

Jumpa teman 'sekepala'.

Hidup sini macam tak remaja.

Siapa nak diajak pergi melalak?

Siapa nak diajak pergi meronda?

Tiada.


Eh dah hampir sangat jam 2.30, ada meeting!

Gerak dulu.


3 comments:

azrin said...

chomelnya post penulis hari nih...

nanti dah balik kampung konfirm kebah la demam tu sbb jumpa semua yang tersayang....

*rindu kampung halaman juga!

mamarempit said...

ooo...mau balik umah atas bukit ya.....heehe...sian kena jadik warga kota....akak dulu dh duk kt KL 2 taun....naik atas genting 1 1/2 taun...peh tu balikkkkkkk kampongggggg..wooooooo..balik kampunggggggggg....yehaaaa....

CikChelsea said...

azrin,
tgh datang 'angin' menulis entry sebegitu rupa..hehe.

esok blk pun sbb kwn ajak, kalau naik bas...jgn harap..adalah malassss.


mamarempit,
eh kak, dia pulak yg lebih2 excited..kah2 =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...