14 May 2010

Macaroon seperti mana yang saya lihat

(gambar pinjam dari sini theheeee~)

...adalah tidak berpadanan sama sekali dengan apa yang saya rasa. Errrr, tekak kampung saya nih baru pertama kali merasa benda kecik ciput tapi ya Rabbi mahal macaroon nih. Tak ada apa pun yang menarik pasal rasa benda nih.

I wonder ada orang boleh kata macaroon nih sedap sangat??? Ada kepelikan di situ.

Hari tu abang saya bagi rasa 2 flavors; chocolate dengan apa entah (seperti dalam gambar di bawah). I must tell, yang kat dalam gambar ni lagi sedap berbanding yang chocolate tu. Akak, yang nih perisa apakah?

Macaroon chap Dalloyau, Paris
(kotak dia lawa gila, macam kotak jewelery hehehehe)

Kecik sangat, rasa celah gigi je LOL

Lain kali buat sendiri jelah. Resepi ada. Adalah membazir beli benda nih kecik-kecik 10 ketui bersamaan RM80. Tak berbaloi sungguh, bukan? Tapi, terima kasihlah untuk Encik Zaman kerana sudi menghantar macaroon tersebut. Lepas nih kalau ada orang dok cerita pasal macaroon dah takda heran sangat sebab dah dapat rasa. Keh keh.

Apam balik lagi sedap! :D

10 comments:

reena said...

Hahaha. I suka ayat last tu. Ouch di situ :p I masih jakun dengan macaroon ni. Tak pernah rasa. Semua org cakap mahal & sedap la apa la. I tunggu u buat la baru i rasa. Boleh?

mamarempit said...

akak lagi jakun....baru ni akak jumpe & dgr macaroon...igtkan macaroni...hehhee....kompem apam balik & apam jepun lagi sedap kan....

merahjamboo said...

sori tumpang kt sini dear..pja dah publickan blog;)

isz_3707 said...

yeke? aku baru gatal nak rasa binatang ni, dah ko cakap gitu aku pi beli apam balik je la petang ni heeeee. aku pun tekak kampung gak :P

monstorious wife said...

memang pon rasa dia biasa je.. cuma ada la sesetengah orang yang suka mengagungkan macaroon nih mcm la sedap sampai makan teringat-ingat sampai ke tido...

Buat sendiri je pon boleh..

CikChelsea said...

reena,
entah nanti i buat jd entah tak
kah kah
kena seru roh rajin datang dulu
barulah boleh buat
:D


mamarempir,
rasa dia biasa je
takde apa yg menarik
serius
alamak, nak mkn apam balik pulak rasa tekak nih!


merahjamboo,
ok pja, noted that ;)

CikChelsea said...

kak iszan,
hahahaha
btol tak tipu
mg rasa dia biasa je


kak ilot,
kannnnn?
tekak 'orang tu' tekak western kot akak, tu yg dia rasa sedap sgt mkn macaroon nih..huhu

Liyana said...

'Sedap' is relative. Masa I makan benda ni, takleh masa lapar sgt, lepas tu kena ada coffee (byk pulak syarat..hehe). Mahal giler kan? But I guess, it's quite difficult to make, walaupun ingredients simple aje.
Nanti, bila ada masa I korek gambar lama and buat review pasal ni. But Definitely, it's not something yg I nak bagi gift orang, utk perut sendiri tak apa. Kena kedekut bertempat..hehe.

kiva said...

xsedap ek?..tp..cm cumil2 je..pastu racangan masak2 omputih selalu tunjuk benda alah ni...mungking tekak melayu kot kite2 ni..hehe...

xmo try la..mhl pulak tu...hehe..

CikChelsea said...

liyana,
bnyk syarat so meaning tak sedap la kan if mkn mcm tu je? haha. siap kena ada coffee pulak =p

tp mmg mahal la. nk try buat sndr, if susah nak jd tu la sbb macaroon nih jd mahal kot


kiva,
kalau nak puas hati akak kena la try sendiri :D, mmg agak pricey...tp rasanya lps try sekali dh tak nak try kot...hihihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...