10 May 2010

Nak emak

Umur 24 tahun tapi bila demam masih merengek cari emak. Sumpah! Emak adalah ubat terpaling mujarab ketika saya demam. Kalau hulur YB depan mata pun, saya takda hairan. (Mungkin akan jeling sikit-sikit theheheee.)

Tuan blog adalah diserang demam dan batuk-batuk. Begitu teruk sekali, sampaikan empunya badan adalah tidak sanggup untuk melihat wajah sendiri di dalam cermin. T___T. Setahun lebih kau takda deman, sekali demam...hambekkkk! Badan semua sakit-sakit, lembik tak berdaya. Selera makan pun takda.

Nasib baik hari ini demam dah kebah, kalau tidak kena pergi klinik semula. Doktor suruh buat blood test, dikhuatiri terkena virus denggi. Saya pergi 2 klinik actually. Yang pertama klinik go.men, perkhidmatan adalah sangat mendukacitakan! Sejam lebih menunggu giliran untuk diperiksa, saya hanya diberi ubat batuk dan ubat kahak. Yang memeriksa = MA, bukan doktor. Kecewa 2 kali ganda! Klinik ke-2, klinik private. Doktor yang memeriksa adalah sangat bagus. Check temperature hampir 40 darjah celcius. Saya mengadu badan sengal-sengal dan bisa. Nahhh, dia terus bagi ubat thana sakit and of course ubat demam.

Kesimpulan: Saya lebih rela ke klinik private sebab queue tak hazab panjang dan service adalah cepat. Tak kisahlah walaupun kena bayar RM22, dapat MC dan ubat yang sepatutnya. Klinik go.men? Bayar RM1 tapi service........MC tak dapat, ubat demam tak dapat. Sumpah benci gila dengan MA yang check saya hari tu!!!

(Kakak saya doktor kat klinik kesihatan go.men. Harap-harap dia tak baca gagagagagaga~)

4 comments:

reena said...

Alololo..Sian dia.

Get well soon, babe!

Sayang.Ibu said...

alahaiii..syian, semoga cepat sembuh dik..

Azryn said...

alololololo...siannya dier! manja sungguh anak emak sorang nie. mesti mak yg slalu suapkan ubat nie...

CikChelsea said...

thank you for all the wishes. getting better cuma batuk kokol saja yg mengganggu ketenteraman tidur T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...