1 May 2010

Rumah.Manis.Rumah

Direct translation from home.sweet.home.

Aaaahhhhhh...macam dapat menghembus nafas kelegaan bila dapat berada di rumah sendiri. Berada di dalam bilik sendiri. Mengupdate menggunakan laptop sendiri. Sumpah teruja!

Tuuuu dia penangan sebulan tak balik rumah. Elehh baru sebulan! Suka over tau ;p

Sebenarnya last minute plan, tengah gundah-gulana fikir apa nak buat this weekend tiba-tiba dapat message from Keping (my friend) tanya nak balik Johor ke tak? Haku pun apa lagi, melompat lebih tinggilah sebelum jawab YESSSSS (of course! ;p). Hilang gundah memikirkan akan bosan duduk alone kat rumah abang.

Pagi tadi (Sabtu) baru gerak balik. Si Keping (nama panggilan dia keping sebab badan dia sekeping) sesat barat-utara-selatan time nak datang pick up kat rumah abang pagi tadi. Haiyohhh lama gila sesat sampai haku tersengguk-sengguk menahan ngantok. Sejam lebih sesat, tak ke power? Kesian ko Peng! Meh amik kursus memandu dengan aku dulu sebelum kau kahwin hujung bulan nanti haha. Nama je duduk Shah Alam, tapi jalan kat sini haram dia tak tau. Jalan pergi kerja, balik kerja yang dia hafal T___T. So, gerak lambat la sikit dari waktu yang sepatutnya.

Andddddd. Highway jammed gila pulak tu! After exit Seremban baru jalan clear balik (as usual). Why eeehh? Mesti situ tempat yang jadi punca kesesakan lalu lintas. Orang sebok nak g Port Dickson ke hapa ek???

Sampai je rumah mak takda pulakkkk. Alaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Taktau mana pergi. Masuk bilik letak-letak barang terus tuju dapur. Perut dah krok-krok, laparrrrrudin dari pagi perut belum terisi. Tak lama emak pun balik, terus je salam lepas tu emak cium banyak-banyak kali kat pipi. Rindu agaknya, terharu weh terharu :') (Adinda Hidayah sila jangan jelesssss!!! Lalala~)

Lepas tu tunggu lelaki kesayangan datang pulak. Kami nak pergi wedding kawan saya kat Skudai. YB drive from JB to YP, then ke JB semula. Then, malam hantar saya balik ke YP balik. Kesian dia drive sehari suntuk. Tapi happy gila! I had so much fun today. Then dapat jumpa some of his friends yang kepala memang gila-sengal-hadoi-naseb-baek-tak-pecah-terburai-isi-perut-sebab-ketawa-banyak-sangat.

Ahhh dah menyampah dah aku nak baca bila start cerita dating-dating nih (bisik hati pembaca blog). Kah kah kah. Gambar sebagai bahan bukti adalah tiada sebab penulis blog malas nak angkut kamera godang masuk dalam handbag. BERAT la T____T. So cerita hari ini adalah bosan (seperti biasa) sebab takda gambar sebagai penyeri. Nanti kalau ada gambar pengantin from his FB, saya cilok barang sekeping, dua keping dan tiga keping. Sekian.

7 comments:

reena said...

Hoih mana ada bisik camtu. Hahaha.

Dr.Senbe said...

xpe. ko brlgk la skrg. yah tinggal stahun je lagi =p

Azryn said...

xder pon akak bisik cam tu...rindu banget nak dgr celoteh dier...huhuhu

amrie abdullah said...

Cik OTD, thanks byk2 datang wedding aku... sori klo ade kekurangan.. al maklumlah kawan2 yg dtg bercabang2..tqvm.. kem salam YB ko.. aku doakan ko dgn yb pun cepat2 disatukan.. aminnn....

CikChelsea said...

reena,
ekkssss takde ke? i je yg perasan la ni? hahahaha

dr.senbe,
setahun tu lamaaaa weh lalalla~

CikChelsea said...

azryn,
rindu?
alamakkk blushing i...auuwwww ;p

amrie,
OTD kejadah ko nihhhh? hahahaa.

Aminnnnn...semoga makbul doa ko..kah2 (gataiiiii)

amrie abdullah said...

OTD Officer of Tadbir n Diplomatik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...