19 May 2010

Tak puas la

...balik kampung 2 hari je!

Seriyes! Rasa macam alahaiiii kejapnya dah Ahad, dah kena balik KL semula T___T. Hari Jumaat hari tu balik kampung lepas office hour. Keping amik kat office, terus kitorang berdesup menuju ke Selatan Tanah Air. Agak 'jem' dari KL nak ke tol Sg. Besi, tapi lepas tu dah okey. 2 jam drive dah sampai exit Yong Peng. Jangan tanya si Keping tu tekan minyak berapa T___T.

Nama je balik kampung, tapi bukan 'melekat' kat rumah pun ehehehh. Hari Sabtu keluar pergi makan plus beli baju pasang (boring dowh baju kerja sikit, rasa macam balik-balik pakai baju yang sama) and beli tudung jugak. Restock tudung sebab ada yang dah di tahap kronik. Tie Rack banyak tapi macam tak berapa practical untuk dipakai ke office. Tie Rack kan agak kecik plus kain satin adalah agak panas. So, kembali kepada bawal untuk dipakai ke pejabat. Shawl ke hapa memang tak masuk dalam senarai. Muka haku boolat mana sesuai nak pakai shawl. Nak suruh muka haku kelihatan seperti apam??? Mak tak rela!

hasil 'retail therapy' pada hari Sabtu ;p

'retail therapy' ala makcik-makcik kah kah

Entah apasal pergi beli kain yang tone kale oren je banyak. Errrr...nanti kena cari warna lain macam biru and purple. Sebab macam takde koleksi warna itu huhu. Kena cari baju corak batik lagi sebab hari Khamis kena sarung baju bermotifkan batik. Yang sedia ada dah bosan nak pakai. Nilah masalah kalau cepat bosan. Heh.


Keping nak ajak pergi Jalan TAR weekend nih. Haruslah terkinja-kinja nak ikut, pantang pelawa laju je angguk. Kah kah. Macam la duhet ada. Kah kah lagi sekali. (Ohh bercakap mengenai gaji, insyaAllah minggu depan gaji masuk tralalala~.) Belum-belum dah kena pow PSP T____T. Naseb baik la birthday setahun sekali. Kalau 2-3 kali, matik la. Nanti pergi Jalan TAR nak cari tudung lagi, especially warna biru dengan pink. Haiyoh susah ada baju tapi takda tudung T___T.

.

Bila fikir-fikir balik, mahu beli kereta di Johor saja sebab nak pakai nombor plat Johor ;p. Nombor plat kereta kat Wilayah nih laju sangat dah bertukar. Orang beli kereta macam beli nasik. Orang Malaysia kan kaya! Kan? Hehe. Jadi lepas dapat slip gaji nanti, akan try contact car dealer kat Johor.

On the other hand, ada ke abang saya tak kasi beli kereta. Dia cakap kalau nak beli kereta, beli yang harga RM2k, bayar cash. Kereta apa harga RM2k??? Sendiri mau ingat laaa...mestilah kereta lama. Dia cakap rumah dekat je dengan office, pakai kereta buruk lama pun boleh. Haiyohhhhh. Dia tatau ke haku kerja sini setahun je? Tahun ke-2 nanti Jay Pee Em akan transfer pergi tempat lain? (Boleh stay dengan syarat Timbalan Pengarah buat surat ke Jay Pee Em, minta supaya saya dikekalkan.) Wajiblah saya nak beli kereta jugak, nak mengharapkan abang saya itu untuk ke sana ke mari ahalaiiii kirim salam. Nanti dah ada kereta senang nak gerak, tak payah nak mengharapkan orang lain. Hidup tak menyusahkan orang lain kan bagus, betul tak?

.

Hari Ahad pergi tengok cerita Iron Man 2 bersama YB dan PK. Terpaksa tengok sebab takde movie lain. Saya nak tengok Robin Hood tapi YB tak nak, dia tak suka sebab dia kata movie tu versi lain. Baiklah sayang, baiklah T___T. Best jugak cerita Iron Man rupanya hahah. Saya memang tak minat cerita super hero. Seronoknya kalau dapat sepasang sut Iron Man, tak payah drive boleh terbang je untuk pergi kerja, balik kerja. Best wehhhh!

Apa kau merepek nih syaiton T____T

14 comments:

mamarempit said...

nanti dh ada keta sendiri...bleh arr merayap2.....kan.... T__T (tk biase guna T___T)..

Akak pun dh lame tk beli baju ni..asek jait baju orang ajer...hehehe....

kiva said...

xsbr nk tgk kete baru...hehe...beli plate J..suke..suke...bukan sbb J=johor..tp..suke J..kekekeke..giler namenye ni...hahaha

cikjun said...

J negeri tanah tumpah darahku
J keturunan ku
J bakal no plat keteku
J namaku juga.

motipp..xde kaitan langsung

mrs.ecam said...

pnjg r langkah ko klu dh de kete nnti ek...kui3 weh kt masjid jamek lg bnyk pilihan lah...ko x nk try ke tdng ala2 ariani tu?? muke aku pong bolat tp aku jek...slmbe...yg pntg pki tdng kn...hekhek...peace

wahidakhairy said...

beli lina, jgn x beli...ade keta, baru best dok kl...nk g mane2 snang...xpyh nk mengharapkan org, nk tumpang org...:)

CikChelsea said...

mamarempit,
wajiblah sy merayau bila dah ada kereta sendiri, confirm! =p

sy buat baju sejak2 kerja nih je akak...selalu buat bila nak raya je. kalau tak, tak pakai baju kurung..huhu


kiva,
johor tanah tumpah airku. wpun kje kat KL...J tetap di hati..kah2.

pssttt...ada apa2 yg special ke about 'j'??? jepan hamdi...opppssss ;p

CikChelsea said...

cikjun,
bakal plat kereta?
adakah ituuuu hint? ;p
ngeh3


mrs.ecam,
aku tak sesuai la weh nak pakai tudung patern2 ariani tuh T___T
kat masjid jamek apa best? tak pernah merayau sampai sana uhuhuhu kesiann kan aku =S

CikChelsea said...

wahidakhairy,
mmg tepat sekali dan berkali-kali..hehe ;)

yus said...

cikChelsea kalo nak plat J beli kat KL pon bole..mintak dia daftarkan. tp adala bayarannya

CikChelsea said...

yus,
owh boleh ek? hehe tatau. tp xpelah next week nk blk jhr lg, so blh contact terys dgn car dealer tu :)

nway thnx for the info! ;)

fatenton said...

seronok tau ada keta sendiri..nak pergi mana tak yah harap org dah..sorang2 pun jadik je :D

reena said...

Teringin nak pi shopping kat Jln TAR.

Filem Robin Hood tu sebenarnya versi kisah SEBELUM dia jadi Robin Hood. Tapi too long ceritanya. Dragging gitu.

Liyana said...

Alamak, teringat pulak bila kena report hujung tahun ni. Kembali berbaju kurung gi office. Dalam closet stok lama, ada kebaya yg dah tak muat pun. Ada reason kena shopping nanti :p

CikChelsea said...

fatenton,
kannnnn?
ohohoh tak sabar nak ada my own car =D


reena,
babe nt i dh ada kete kita ronda 1 KL...jgn kata jln TAR, semua jln kita pegi ekekekeke =P

tak best la ek robin hood? naseb tak g tgk..heheh


liyana,
ahahahhaa...betul2.
sy mmg kena buat baju kurung bnyk2 sbb under jay pee em mmg baju kurung digalakkan. apatah lg ditmpt kerja saya tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...