10 Jun 2010

7 hari di sana

Lokasi: Kemaman
Jangka masa: 7 hari
Aktiviti: Indoor and outdoor
Waktu tidur: Antara 3 atau 4 jam sehari
Kesan: 1) Mata lebam macam mata katak T__T, 2) Sun burn meliputi kawasan muka dan lengan 3) Sedikit fit berbanding dahulu

Seminggu yang saya rasa sangat panjangggg dalam hidup. Bukan tidak enjoy sepanjang berkursus, tapi badan rasa letih macam dah tak mampu nak teruskan (over haha :p). Keletihan yang teramat sangat dirasai ketika aktiviti outdoor berjalan. Baru kena 'seksa' sikit dah tak larat, nanti bila kena pergi d.p.a selama 6 bulan tu macam manalah agaknya T___T.

2 malam kena tidur dalam khemah ketika aktiviti outdoor. Aktiviti memang tersangat pack, kaki sakit, badan sakit pun tetap kena teruskan. Jangan risau, fasilitator kami tak kejam mereka bagi pelepasan kepada pelatih yang tak sihat. Cuma, kalau kita jadi pelatih rasa malu 'rugi'lah kalau tak buat aktiviti (ehem, you know what I mean?)

Ini Inchek Jo. Ada iras muka laki Tok Ti tak? Ahak ahak. Kita orang dok menyakat dia je pasal muka dia macam DK. Tersipu-sipu malu dia. Tapi, lawaklah dia...mengaku Tok Ti tu dulu ex-tunang dia. Wakakak. Apa-apalah wahai Inchek Jo :p

Tapi dia BEST GILA! Tak macam fasi lain yang asyik buat muka garang T__T. Dengan Inchek Jo nilah kami belajar aerobic caca marba. Haha. Dia main taram saja buat pergerakan entah apa-apa. Langsung tak macam aerobic yang normal. Siapa nak belajar aerobic ajaran sesat, sila menuntut dari inchek ini.

Ini pulak waktu group 'brainstorming' session. Kena cipta logo, motto, etika dan lagu kumpulan. 'Berkampung'lah kami atas tennis court tu untuk menyelesaikan tugas yang diberi. Ini malam ke-2 (merangkap malam terakhir) kami tidur di khemah. Muka masing-masing dah berkilat, mata lebam. Time nih memang bedak pun tak pakai, takda makna nak melawa-lawa atas padang. Haha.

Sampai budak-budak lelaki nih buat kesimpulan; Kalau nak tengok samada perempuan tu lawa ataupun tidak, tengok time outdoor nih sebab masing-masing tak pakai make-up. Gila keji buat statement camtu! (Which is true :p Kah kah). Nasib baiklah dah ada steady kat luar, takde la pasang niat nak melaram apatah lagi cari jodoh *ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak...* so, tidak perlu heran nak bermake-up bagai miahahah.

Eh apa aku merepek nih? *HI SAYANG - waving sambil buat muka innocent kat YB*

2 gambar kat atas nih before kena kerah masuk hutan time aktiviti Kembara. Masing-masing muka cargas lagi. Kalau amik gambar selepas keluar hutan, muka masing-masing macam...errr, tak payah cakaplah T__T.

Penat gila time buat aktiviti Kembara. Kena masuk hutan, naik cerun, turun cerun. Sumpah letih! Termengah-mengah macam tak cukup nafas je rasa. Dahlah matahari tegak atas kepala. Nasib baik tak dihydrated. Tapi seronok sekali-sekala masuk hutan, buat aktiviti lasak. Badan rasa segar je bila berpeluh. Buang toksin-toksin dalam badan yang dah lama terkumpul kah kah.

'Abang hensem' yang kiri sekali *batuk batuk*, eh tak...maksud saya ketua kumpulan kami yang nombor 3 dari kiri tu :p. Dalam gambar atas tu, lelaki yang tengah tonggeng tu nama dia Az.zam, kelakar gila okeh! Kalau sembang dengan dia memang tak sah la kalau tak gelak. Saya 'kecek' je bila sembang dengan dia, lantak pi la walaupun 'nahu' tak betul. Haha.

Yang nih pulak malam terakhir dalam classroom. Kami punya group besar (1 batch) kena divide into 2 sub groups sebab kami terlalu ramai untuk buat semua aktiviti serentak. So, group kami buat aktiviti outdoor dulu then baru indoor which was dengar ceramah sahaja.

Time dalam classroom nih budak-budak lelaki group outdoor siot je boleh kata "Eh kitorang tak cam la muka korang (merujuk kepada ahli kumpulan perempuan), lain la bila make-up!"

Tak ke siot...??? *PASRAH sambil lap air mata* Nampak sangat masing-masing huduh
buruk kurang menarik (tak nak mengaku tak lawa tu wakakakakaka *matik la!*) time outdoor.

Tuan 'sayed' yang paling kiri tu memang membuat pengorbanan terbesarlah dalam hidup dia. Wife dia bersalin time dia kat kursus. Dah la first baby. Cuba bayangkan perasaan dia? Perasaan wife dia? Nak mengadu sakit kat husband, husband pulak takde. Tsskkk, tak ke sadis? Semua ucap congrats, tapi bila kitorang tanya personally dia jawab "Hati menangis siapa yang tahu" Huhuhuhh T____T. Dia dapat baby girl, secara automatiknya baby dia jadi anak angkat p.t.d batch kitorang. Dapat mak ayah angkat secara berjemaah seramai 449 orang =D

Ada jugak yang baru lepas wedding hari Ahad, Isnin pagi dah melapor diri kat tempat kursus. Budak-budak lelaki jahat, pergi tanya kat yang kahwin tu (perempuan) "Sempat ke tak?". Buat sexual harrasment sungguh la depa! Merah padam kawan tu kena usik camtu muahahahh.

Eh tergelak pulak.

Lepas nih ada kursus lagi. Kena FIT sebab jika tidak fit, nescaya terseksalah haku nak menghabiskan kursus tersebut. Hari-hari kena lari paling kurang pon 1.1 km woh. Ujian kecergasan tak payah cakaplah, jogging 2.4 km itu adalah wajib.

Kasut sukan dah hancus, kena beli kasut baru. Eh ini bukan alasan untuk shopping okay, nih keperluan sebab takde sport shoes macam mana nak pergi gym kan?Tak pergi gym macam mana nak fit kannn? :p

3 comments:

mrs.ecam said...

kui3 cian kt kwn yg br kawin tu ek...heeee

reena said...

Kat INTIM ekk?

I pernah kena bawah Encik Jo dulu masa kursus kat IKHWAS. Hehe.

Jadual pack gila tu memang amat memahami. Nak bernafas pun tak sempat. Tapi memang best kursus macam ni. Time ni la nak kenal kawan baru dari jabatan/kementerian lain. Dah balik ofis, asyik dok hadap muka tuuuuuuuu je la. Pfft.

Eh, emo plak. Hihi.

CikChelsea said...

mrs.ecam,
pengorbanan nyahhh :p


reena,
agreed to all ur statements in second paragraph! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...