7 Jun 2010

Back to office

Setelah seminggu kursus di Terengganu. Omak ai ponek gilo badan. Sesi qada' tidur masih belum tamat. Kaki membengkak akibat daripada, errr...tidak dapat dikenalpasti. Mungkin sebab banyak sangat buat aktiviti luar, mungkin juga sebab pakai kasut terlalu lama. Possible ke jadi penyebab untuk kaki bengkak? Huhu~

Office shoes saya rasa (bukan rasa, memang!) ketat akibat kebengkakkan ini T___T.

Muka tak payah cakaplah memang 'ireng' @ sun burn habis. Pakai compact powder rasa pakai bedak orang lain sebab tone bedak tak sama langsung dengan tone kulit tssskkkk. Tengok cermin, rasa macam nampak orang lain. Sadis gila. (Heh over, pada hal sebelum nih pernah jugak sun burn). Tak tunggu lama, habis je kursus semalam terus pergi cari Fair & Lovely untuk acara me'neutral'kan kulit wajah.

Mata sembap sebab tak cukup tidur sepanjang kursus. 1 hari dapat tidur antara 3 hingga 4 jam sahaja. Bayangkan apa jadi kepada mata bila tak cukup tidur? Plinkkkk eye bag pun muncul. Mata dah jadi macam mata katak, bengkak je atas bawah. Tinggal nak keluar bunyi "ong ong ong" confirm macam katak betul!

Bila balik office, semua orang tanya kisah tentang pelatih ptd yang menginggal dunia minggu lalu. Ada yang ingat saya satu program dengan arwah. Bukan dan tidak. Yang meninggal dunia itu senior, sedang menjalani modul d.p.a selama 6 bulan (which dia dah habiskan half of the module) untuk pengesahan jawatan. Mandatori ok modul itu.

Dalam paper tulis macam-macam pasal modul tu, macam-macam cerita kurang benar yang telah disebarkan kepada masyarakat. Habislah lepas nih ramai ibu bapa yang tak kasi anak mereka jadi ptd disebabkan kisah ini. Ini kes pertama yang melibatkan kematian sejak modul d.p.a diwujudkan sejak tahun 1973. Kesian j.p.a macam-macam orang kat luar cakap, kawan-kawan 1 batch yang bertugas di sana pun dapat tempias.

Orang surat khabar nih kadang-kadang OVER, benda yang tak ada, diada-adakan. Siap tulis pelatih kena minum air stokin semasa latihan. Itu adalah tidak benar sama sekali. TIPU BELAKA. Yang saya tahu, arwah memang dah tak sihat ketika mula menjalani latihan, mungkin dia tak mahu beritahu pihak urusetia sebab tak mahu ketinggalan melakukan semua latihan mandatori.

Macam inilah, kita anggap ini semua sebagai takdir. Memang sudah ditakdirkan ajal beliau di situ. Latihan komander tersebut hanyalah sebagai penyebab. Harap-harap keluarga arwah tabah dengan dugaan ini. Harap-harap juga nasib arwah terbela, j.p.a buatlah apa-apa yang patut...Kesian kat anak beliau yang baru berusia 2 tahun tu.

Nanti sambung kisah kat kursus, kena gerak sekarang sebab ada meeting dengan Pak Men.te.ri di Tingkat 11.

14 comments:

mrs.ecam said...

wow meting ngan pak menteri...
okeh pasni apdate ek nk tau gak kursus ko camne...hihihihii

monstorious wife said...

uollsss... akak baca pasal kisah PTD tuh kat sini:

http://sabsabby.blogspot.com/

mana satu info yg benarrrr????

CikChelsea said...

mrs.ecam,
penat weh tp best. kursus lepas nih lg tough, kena 100% kalau tidak......... (isi tmpt kosong haha)


kak ilot,
wa'aahualam la akak. ms dlm kursus dgr sendiri cerita drpd pihak jpa, lain sket drpd yg cousin arwah tu tulis...cuma harapannya nasib arwah terbela itu je.

Sayang.Ibu said...

dik.. kes tu x sama ngan tpt kursus ko kan?

AJ Nismihan said...

ala sun burn sikit jer tuh. elok jer tengok hari tuh :)

kalau nak hilangkan lenguh2kaki tuh, excercise kena berterusan. esok lusa tak adalah rasa lenguh dah, sebab dah biasa.

anyway, pasal casualty tuh, orang besar2kan sangat. yup, it happen and Allah know the best for her. mungkin ada suara2yang tak puas hati dekat luar, tapi kalau suara2tuh channelkan pada doa untuk si allahyarhamah kan lebih bagus.

satu jer; Allah Maha Mengetahui semuanya.
dan Allah itu sendiri Maha Adil lagi Saksama.

fatenton said...

best tak kursus?
chelsea kursus induksi ye??

CikChelsea said...

sayang.ibu,
takkkkk :)


aj,
aku kena beli sport shoes baru sbb yg sedia ada dah hancus. mesti sbb masuk hutan hr tu!

bro, aku dgr batch yg tgh buat dpa nih 1st batch yg buat comando training...iya ke?

raidah kata kau nih kelakar nak mampus, dia sampai senak perut gelak punya psl. nasib baik perut tak cramp :p


faten,
kursus asas pengenalan. tak sama dgn induksi (rasanya) hehe

AJ Nismihan said...

tanya benda2specific dan detail boleh, cuma kena channel yang lebih proper. so, i will not answer your so-called-sensitive questions here.
annoying kan?
hua ha ha
teamate aku sorang pun kasut habis terkopak masa kembara. aku, alhamdulillah ok saja. sumernya bereh.
emtah2hang punya kasut dah ala-ala jer masa PT10, tu bila naik bukit tentu saja kiok la.
anyway, raidah tuh teammate aku masa dalam kuliah.aku budak nerd jer.dalam kuliah bukan boleh besembang apa sangat. entah bila la dia gelak sampai macam tuh. budak lain kot?
hehe.
hmm, tengok la, ada rejeki boleh satu kumpulan besar dengan hang pulak next course kan :)

CikChelsea said...

oppssssss..!! akta keselamatan :p

raidah cerita psl ko present task kembara tu. aku tak blh bayang gaya ko hahahah..sbb dgr dia cerita je dh kelakar. time tercalon tu pon ko melawak kn?

encik exco keh keh keh. habis la kalau 1 group dgn hang, tentu cramp perut aku nanti :p

AJ Nismihan said...

tu dia tak citer yang aku terketak-ketak pegang sajak nak baca. kambing tul.
to be honest, aku memang ada fobia stage. cumanya, kalau aku berjaya revert fobia tu jadi energy, aku perform la. kalau tak, jadi budak sengal.
he he
lagi satu, i am 100% sure tak nak post tuh, tu sebab aku tak buka portfolio diri langsung. tapi nak buat macamana, kena jugak.
tak apalah, sure Allah will help rite :)

p/s:aku cari hang dari first day report kemaman lagi. cuba main teka-teka. tapi mana lah nak sama gambar close-up-ala-ala-cute-jari-tepi-pipi-kembung-kembung dengan gaya pegawai kan. hua ha ha

CikChelsea said...

asal ramai2 org dlm group, ko yg kne present? tp aku mmg tak bley lupa raidah cite 1 lawak ko psl nak cari calon lg tu :p, senak perut aku weh!

xpe la, exco kena ada org mcm ko..tak kan sume nak serius...tak best..hehehe

same here! dok tanya2 kat group aku ada tak kenal sape2 from tmpt ko kje tu. tapi hampa, camne nak jumpa kan..dh ko group lain. huhu.

siot perli aku. pegawaiii la sgttttt, cehhh

AJ Nismihan said...

sajak tu aku yang 'tune', jadi kalau orang lain baca lain la 'qolaqolah'-nya. aku la naik.
lagi pun, aku kan ketua kumpulan. nak tak nak kena la memperjuangkan panji-panji kebenaran.
tak apalah. benda tuh platform nak kumpul kawan. paling2tidak, budak2batch dah tak segan nak tegur aku lepas tuh. kan best banyak kawan macam tuh :)
tak pun. paling tidak, depa kenal aku melalui 'kekurangan' aku. and to be honest, i care nothing about it! life nih kena enjoy saja. stress ni tak guna :)
lawak pasal cari calon? hmm raidah nih mandai2jer nih. lawak mana pulak nih?
pasal nak cari tuh, aku dah agak dah hang group 2. ye lah, aku kan ada advantage sebab tau full name hang.
ingat suka-suki jer ker nak bertenggek dekat balkoni hari balik tuh. dok harap gak ternampak raidah dan hang; and it worth it :)
ye lah, dulu hang yang bising kata tak pernah kenal aku kan; so aku kenalkan lah diri. ala hang kan pegawai, aku segan la skit
hua ha ha
kura-kura-gembira betul lah

CikChelsea said...

haha patut la dorg gelak macam nak mampus time ko present. mujur takde yg dikejarkan ke spital atas alasan perut cramp. raidah tu bila start cite psl ko je, terus gelak..kadang aku tak paham apa..sbb dia ckp sambil gelak.

eh tp kn, time ko tak bukak portfolio tu aku mcm dh agak ko org yg aku cari, sbb ada mention ko dr 'situ'. kira mcm instinct la..hehehehe

weh sengal, habis tu ko bkn pegawai ke? bagi saya kura2 gembira 30 kali + PT 20 kali, sekarangggggg :p

AJ Nismihan said...

nama eksesais tuh PT 10 lah. Physical Training no 10. Maknanyanya kena sebut
"PT10 dalam kiraan 3 sebanyak 20. Eksesais, mula"
baru betul.

lagi satu, kura-kura-gembira kena senyum, kalau tak, tak cukup gembira. jadi arahan tak boleh marah2. hua ha ha

aku bukan pegawai besar macam hang; aku pencacai jer.

hehe, saja jer aku taks pecific opis aku, takut hang perasan. rupanya, GAGAL. cet. ingatkan kot hang tengah dok buat bising dekat belakang sambil dok pikir apa nak makan tengah amlam tuh dari pikir pasal sapa calon dekat depan tuh.
instint yer? mandai la...

tapi, apapun aku frust gak. tak dapek nak pi manjis meluah perasaan lepas tengok video sedih tuh, yelah budak2exco kena masuk meeting. bagi aku, tu tempat paling best nak bergebang. huhu. idea dah bersusun jer, tapi rupanya "hujan itu lebih kuat dari guruh di hati".
cayalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...