17 Jun 2010

Hari meremajakan diri

Eh chop, saya memang remaja! :D

Keh keh kehhh nak jugak tittle remaja. Single but not available lagi, masih boleh feeling remaja lebih beb! Kalau dah hado suami, takkan nak keluar beronggeng dengan kawan-kawan sampai pukul 1-2 pagi, kan? Kalau dah ada anak lagilah...tak sadar diri namo eh, kalau masih keluar pagi-pagi buta tak tentu pasal. Kang ada pulak yang cakap "Macam nih jadi omak...anak sapolah nih." Sesia mak bapak den dapat 'saham' samo :p

Walaupun kadang-kadang jelesss kat kawan-kawan yang dah berfamily, bila fikir-fikir balik dorang dah ada 'restrictions' (note the 'S' ;p), me on the other hand belum lagi. So tak jeles sudaa muahahah.

Huiii seronok gila balik Johor last week. Memang dah plan nak pergi beronggeng sepuas-puas hati sebab dok KL mana ada 'kaki' nak diajak beronok-ronok dengan sohabat-sohabat di Johor nun. Maka, berangkatlah saya bersama 3 orang rakan ke JB menaiki 'maibi' (ejaan si AJ - aku buat hyperlink kat nama ko bulih dak? Keh keh keh) hitam kepunyaan PK. Mekaseh PK sebab jadi supir kami pada hari tersebut. We love you very strong! ;p

Misi ke JB adalah shopping mencari beberapa keperluan penting! Jam tangan dan kasut sukan penting owh. Beli jam sebab kang takda jam terlewat masuk meeting (alasan nih boleh pakai tak? Thehee~) dan sport shoes kan nak pakai untuk pergi gym kaedahnya. Nak dapat 2 benda nih pun, kena pergi 2-3 shopping malls. Puas la haku angkut ahli mesyuarat tingkap PK, dan cikgu-cikgi (Sya + Ajun) itu ke Jusco Tebrau, lepas tu pergi City Square, lepas tu pergi Angsana. Jam tangan dah dapat kat CS. Sport shoes je tak dapat-dapat.

Makan dulu, perut dah laparruddinnnnn. Off we go to Stulang. Makan kat Restoren Sayam. Elok je keluar dari kereta lepas parking, Korea Selatan score first goal! Wohhh...terpegun kejap kami kat tepi kedai makan tu. Berdiri kat tepi tumpang tengok bola kejap, sebab makan kat kedai lain keh keh keh. Keji!

Single I

Single II

Single III

Single IV
(panggg tetiba dapat lempangan dari YB)

Nota gambar:
1. Khas untuk tatapan Awe yang tak dapat ikut :p. Gigih nih aku tempek gambar banyak-banyak untuk ko!
2. Single I-III masih mencari. Sila hantarkan permohonan anda melalui email kepada penulis, nescaya akan dibalas dengan kadar segera (pang pang pang tetiba rasa kena lempang bertubi-tubi dari PK + cikgu-cikgi)

.

Foods at Sayam was so-so. Quite disappointed with their 'Sotong Goreng Tepung' and 'Siakap Tiga Rasa' that night sebab sebelum nih lagi sedap!

Sotong Goreng Tepung
Sotong goreng ni jadi tak sedap sebab goreng pakai minyak lama, macam minyak dah ala-ala nak jadi minyak jelantah. Yuksss!

Siakap Tiga Rasa
I'm not satisfied with the sauce. Terlebih rasa masam.

Tom Yum Campur
Sedap boleh tahan

Nasi Goreng Paprik

After sesi membuncitkan perut :p, patah balik ke Jusco Tebrau konon nak tengok movie sekali tu semua hall FULL sajork! Time nih kami berempat je, kira macam 'girls day out' sebab YB kat PER.SA.DA, attend wedding kawan dia. Member kawen dengan anak Tokey Kicap Ja.len, hantaran Rm30k. Hambekkkk...!!! Haha.

Dah alang-alang kat Jusco plus mood nak membeli-beli-beli-tak-blah-blah (kah kah) sudah mari... misi mencari sport shoes sampai dapat diteruskan lagi! Agaknya menyirap-mengoren je PK + cikgu-cikgi tu, dah malam-malam barulah haku terhegeh-hegeh nak beli sport shoes segala. Jangan marah (~.^)


Keluar dari Jusco pukul 10 lebih, lepas tu pergi Bazaar JB. First time lepak situ. Macam-macam ado, toksah kata LV...Chanel pun ada! Yang takda kat butik pun ada jual kat situ LOL. Sampai pukul 12 kot kitorang merayap kat bazaar. Habis pusing semua kedai baru balik. Bukannya beli apa pun, cuci mata je lebih :p

12 comments:

hawa said...

pergh....sedih gler x dpt ikot korang..saja la tu tempek gambar bagi jeles kat aku..smp ati =(

CikChelsea said...

lorrr..kata nak tgk gmbar. aku dh gigih letak kata nak bg jeles plak..tsskkkk

miss mumun said...

wahahaha.. pasan single eh.. eh eh lom kawen still single la kan? cume xavailable.. =)

mimie said...

i sudah bepunya hokay..motip sangat suh isi borang segala...choyyyy T__T

nanti 26 ni pun mau memerajakan diri gak...hungga2....takpe enjoy je sebelum diikat dengan ikatan suci:$

go argentinaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!(tetibe muhahahahaha)

mamarempit said...

lidah ko kan....sume leh rase ek...kureng itu kureng ini....hahaha...ni kalo jd mak mentua nanti...parah le menantu... :P

CikChelsea said...

mumun,
kannnnn? tau xpe :p
wah kejap lg YB ketuk dgn kayu besbol!


mimie,
weh 26 ko mau g mana bah?
aku mau ikutttttt


mamarempit,
dunt worry, sy akan jd omak yg sporting ;p
tp harus la tegas, petua turun temurun jaga laki dari perutnya akak..hehehee

Rina (◕‿◕)✿ said...

sy single gak. tolong promote kan pls. hahahahah =p

mama zharfan said...

yum yum...sedapnya tgk pic mknan ni..
salam ziarah..me jln2 cni :)

fatenton said...

faten klu pegi JB mesti pegi singgah selalu..
situ makan bestlah..

CikChelsea said...

rina,
bolehhh..meh bg biodata peribadi :p
keh keh keh


mama zharfan,
nampak je mcm sedap, tp hmmm...boleh la.
thanx for dropping by!!! ;)


fatenton,
singgah selalu best environment je, foods biasa2 je. bnyk lg tmpt lain yg best. as for me la...hehehehe

wahidakhairy said...

hai dear..i love ur tudung so much....nice....

CikChelsea said...

thank you..hehehee
it's from tie rack :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...