21 Jun 2010

Hari tidak produktif

Hari Ahad yang 'mandom'. Stuck dalam rumah tanpa keluar langsung menjejak tanah. Hanya memandang langit dari balkoni. Cehhh, ayat macam nak tulis novel T___T.

Semalam adalah Ahad yang tidak produktif!

Bosan sampai rasa nak nangis. Kau ado bosan sampai macam tuh sekali?
Nak pergi gym malas. Nak keluar malas. Malas nak bersiap! Nak tidur pun malas. Tak tidur, mati kutu tak tau nak buat apa. Bukak tv takda cerita yang menambat hati. Apahal ntah haku nih?

.

Pukul 7.30 malam baru rasa Ahad 'hidup' sikit. Ada game, Paraguay vs Slovakia. Kelakar tengok Santa Cruz main, dah tua sikit nih dah kurang laju dia lari. Hihi. Dulu time muda bukan main lagi. Ngata orang, padahal diri sendiri lagi teruk. Muda lagi (nak jugak :p) tapi baru kena lari 2.4 km dah hancus, tak fit langsung. Tsskkk. Paraguay menang 2-0. Dah last minute score lagi sebiji.
Habislah Italy, confirm main under pressure!

Ramalanku benar belaka! Minit ke-7 New Zealand dah score. Gol mudah akibat ketidak-cekapan kapten pasukan Itali - Fabio Cannavaro, menghalang bola di depan pintu gol. Final score, draw 1-1. Itu pun Itali dapat penalty. Haiyoh, macam manalah? Lawan dengan New Zealand pun tak boleh nak titik. Perbezaan yang sangat ketara pasukan Itali sekarang dengan squad 4 tahun dulu adalah (nih pandangan haku la, macam terer sangat kah kah) ketiadaan 'master mind' untuk 'baca' game. Kalau dulu ada Totti, dialah jadi tukang supply bola untuk striker. Key players lain macam Gattuso dengan Pirlo pun main peranan penting 4 tahun dulu. Tapi bawah Marcello Lippi (new team's manager), dorang hanya duduk kat bangku simpanan. Dah la action lagi kerek bila ramai yang condemn prestasi Itali sangat teruk masa main friendly before World Cup start. Dia kata tak kisah apa orang nak kata. Sekali hambek, memang betul tak perform!

Hoi Marcello Lippi...next game lawan Slovakia sila turunkan Andre Pirlo! Sakit hati aku tengok players baru nih main. Malas aku nak support Itali lagi *emo habis nih kah kah

.

Pagi tadi...
Bangun pukul 4.15 am nak tengok ending game Brazil vs Ivory Coast, sesambil tu iron baju kerja. Kaka kena kad merah! Siol betul player Ivory Coast (entah siapa nama) boleh pulak kau berlakon kena siku kat muka, pada hal Kaka tak buat body contact pun. Sudahlah kalah, menipu pulak tuh. Cisss, memang selayaknya team kau kalah.

.

Tengah fikir nak support team apa yang best nih? Kalau ikut current performance, Brazil (as usual) best. Argentina best. Eh eh tak lupa jugak, US yang kurang terkenal tu pun ok. Dah la players stok-stok muka pelakon Hollywood. Sambil menyelam minum air. Keh keh keh...

7 comments:

reena said...

Oit, mana boleh tukaq-tukaq team. Kalau support satu team, team tu je walaupun kalah ke, tak best ke.

Hihi *Larikkkkkkkk*

CikChelsea said...

reena,
dah lama sgt dh support italy, its time to support new one yg lebih best..keh keh keh.

sbb players italy skrg sengal2, tak mcm dulu. haihhh

fatenton said...

argentina babeh...argentina :D

wahidakhairy said...

lina, aku mau argentina....:)..tapi brazil cam menyengat je...

CikChelsea said...

fatenton,
tgh fikir lg nih...muehehehee ;p


wahida,
weh sokong 1 team je, mana bley sokong bnyk2. heppppp =p

Sayang.Ibu said...

player mana yg plg hensem?? muahahhaaaa... akk x lyn bola dah psl cik abg pun x bp lyn..world cup last akk lyn ms kat U, ms tu kan tergedik2 tengok player turki.. psl hensem.. wakakkaaaa

CikChelsea said...

ramai okeh yang HOT ;p

player turki masa world cup korea-japan tuh ke? samalahhhh! sy dok drooling tgk Ilhan Manzis, gila hottttttt! Rambut toncet belakang ala2 David Beckham! tak miss tgk okeh! muahahah (dasar mata keranjang kah3)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...