29 Jul 2010

Ada udang di sebalik batu

Zaman sekarang ramai orang dah tukar peribahasa 'ada udang di sebalik batu' kepada ada udang di sebalik mee. Mengapa udang saja yang asyik mendapat nama? Tak bolehkah peribahasa diberikan kepada haiwan laut yang lain? Contohnya macam ada kerang di sebalik kuew teow?

Cisss, perempuan ini pagi-pagi lagi sudah mengusutkan kepala orang -___-

Ingat lagi cerita anak jiran saya? Saya pernah tulis tentang paksaan dia dalam entry ini. Paksaan yang membuat saya berasa sangat annoyed dengan jayanya.

Bulan lepas sudah keluar bersama dia sebenarnya. Keluar 1 kali. Macam tak baik pulak kan tak jumpa langsung? Kawan sekampung, jiran depan rumah plus she is one of my bestie waktu kecik-kecik dulu. Dululah...
Sebelum usia mematangkan dan mengubah diri manusia.

Finally, I know apa intention dia beriya-iya ajak saya keluar tempoh hari (bulan lepas I guess). Kan sampai siap dia paksa saya pergi tengok movie semua. Masa jumpa hari tu, mula-mula ok until dia ajak pergi 'office' tunang dia untuk letak barang and nak amik kereta untuk hantar saya balik. Yes, that time takda kereta sendiri lagi huhu.

I thought pergi 'office' tunang dia untuk letak barang lepas tu chiow terus. Ohh rupanya tidakkkkk. Silap BESAR di situ. Tunang dia call ajak naik office pulak. Saya macam pelik;
'Ehh, business apa nih sampai hari Sabtu pun bukak sampai petang?'

Bila masuk building tu ramai gila orang. Ramai tengah duduk bincang apa entah kat satu kawasan nih. Yang jiran saya tu pulak dok bawak saya pergi tengok spa (kat dalam business card tunang dia tulis nama spa tu - saya lupa pulak! Then nama tunang dia. Position? Business Partner). Wahh, saya impress kejap tengok post dia hahahaha. Spa? Lelaki? Hurmmm...
Ohh lepas tengok spa, dia bawak saya pergi tengok award yang 'company' tunang dia dah achieved, sijil-sijil penghargaan, etc. Saya tak tahu apa motif dia but apa-apa yang dia tunjuk pasal 'company' dia tu takda mendatangkan kesan sikit pun.

So kami naiklah ke tingkat 2 ke 'office' tunang dia tu. Ramai sangatttt orang. Ada 1 'event' tengah berlangsung dalam dewan kat situ. Kat bahagian luar pulak banyak table and penuh dengan orang. Semua tengah sibuk bincang apa entah. Tunang dia pun tengah duduk kat one of the tables kat situ. Takda pun office? So saya joinlah tunang dia and dia duduk situ. Ohhhhhhhhhhhhh...barulah tahu, tunang dia nih 'business' MLM rupanya. Hahahahahahaha. Gelak guling-guling dalam hati. Dalam hati jelah ;p

Ini rupanya his so called BUSINESS tu. Yang income 10k every month tu. Adoiiii, kalau haku tau MLM dari awal memang aku tahan teksi je, baik balik sendiri. Tak payah nak ikut dia pergi letak barang ke apa. Rasa buang masa nak mampos ikut dia pergi bangunan DCHL hari tu.

So time duduk tu, ada la seorang wanita yang tetiba duduk join sekali dengan kitorang. Pakai blazer, make up tebal. Nampak macam 'lebih' dari orang lain yang ada kat situ. Dia nih PENYEBOK gila! Tanya haku banyak benda, macam-macam dia tanya.
Kerja apa, kat mana, etc.
Aku jawab kerja gomen biasa. Dia kata 'I pun kerja gomen jugak'.
Bila dia tanya post? Aku jawab peeteedee, dia diam kejap pastu buang sikit muka kerek. Nak sangat tahu!
Saya kalau boleh memang malas nak mention, tapi bila jumpa orang perasan bagus nih kena 'ajar' sikitlah. Sorry, bukan niat nak berlagak.

Perempuan nih cerita macam-macamlah from duit gaji from gomen tak cukup untuk tampung kehidupan harian sampailah pasal macam mana dia boleh join MLM. Berdedar-dedar perempuan nih cakap and explain macam-macam. Saya just be polite, dengar saja. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Lama-lama saya tak tahannnn, terbuat jugaklah muka menyampah, tak lama lepas tu dia diam. Hahahahahaha.

Pasal duit tak cukup? Hello kak, kau dah tau kerja dengan gomen nih cukup makan je lagi mau complaint? Kalau nak mewah kerja private atau buat business sendiri. Sengal tak? Kata je kerja gomen dah 10 tahun tapi tang gaji tak boleh pikir cukup ke tak?
Kalau gaji kau A, berbelanja and hiduplah seperti kau bergaji A. Takkan kau nak hidup macam si B yang bergaji 2 atau 3 kali ganda. Kau nak ikut gaya B memang kaulah yang mati.
Gaji cukup atau tidak, kita yang adjust. Kita yang belanja, bila tak cukup salahkan gomen sebab bagi gaji sikit? Meh aku sekeh kepala kau sekali! Salahkan la diri sendiri.

Saya tak tahulah eh kenapa orang MLM kalau cakap berdedar-dedar. Dorang nih memang dilatih untuk cakap macam tu ke? Macam tunang jiran saya tuh, bila saya kata;
'SORILAH AKU MEMANG TAK MINAT MLM. KO CAKAP APA PUN TAK GUNA. CARILAH ORANG LAIN KALAU KO NAK AJAK JOIN KE APA.'
Yes I've said it right in front of his face. Dia jawab;
"Kita nih siapa nak kata tak minat? Orang yang boleh kata tak minat tu orang macam PM ke, CEO bank ke. Kita nih yang gaji sikit tak boleh kata tak minat."

Lagi sekali isu gaji sikit. Saya fade-up gila. Tolonglah jangan bagi saya jumpa dengan orang MLM lagi. Tak tahu nak describe perasaan menyampah tu macam mana. Setakat CAKAP TANPA BUKTI, mat indon dengan bangla pon boleh. Cuba time duduk bincang tu, kalau betul duit dalam akaun bank kau ada 20k tunjuk buku bank kau. Kalau kau drive BMW yang memang kau punya, tunjuk dokumen dari JPJ and bukti pembelian kereta. Setakat kau drive and park kereta besar nak bagi orang lain tengok, cerita income puluh-puluh ribu tapi bukti YILEK, kau tak ubah macam tin kosong.
Kalau BMW tu 'company' kau punya, still itu bukan kau punya. Kau cuma drive harta 'company' saja. Faham situ ada beza.

Ohh, bila cerita pasal nih darah tetiba mendidih!

So lepas keluar sekali tuh, anak jiran saya dah takda call atau sms lagi. You see? Dia bukan ikhlas cari saya kat KL nih sebab mengenangkan kawan lama sekampung ke apa. Tapi sebab nak TRY ajak saya join business MLM dia tu. Piraahhhh!

17 comments:

fatenton said...

ohh plss chelsea..nasib baik u tak terbabit..
bukan itu caranya nak jadi cepat kaya..
menipu je semua itu..
saya pun sgt pantang kalau org paksa suruh join MLM.. sungguh menyampah!

mrs.ecam said...

eii btol lah aku pong x ske ngan org MLM ni...kwn aku de sowang...siap bergado ngan aku btol2 sbb aku x nk msk bisnes die...siap ckp jgn nk hasut kwn2 ktorg yg len suh jgn joing bisnes die...ehhh aku ckp bnde yg btol la...x nk terime knyataan plak...ape2 ntah...huh aku lak naik angin nih...huuuuuuuuuu

reena said...

OMG babeeeeee!

I dulu terkena sejibik macam u kena ni. Dari awal i baca, i dah tau ni trick DCHL (dan maybe MLM lain gak).

Dulu, my friend ni ajak pi minum. Bawak i pi minum nunnnn jauh dari rumah. Rupanya ada sebab. Dia bawak pi minum dekat dengan office DCHL. Pastu bawak i pi office, brainwashed otak i kat sana. Situation dalam office, sibijik macam u cakap. Ada ramai orang dok 'discuss'. Macam sial btol. I maki kawan i dalam hati.

Tu malam terakhir i jumpa kawan i tu. And that was around 5 years ago. See? Sampai putus kawan ok.

kiva said...

tgk paper arini...berite hairan..keke..

"skim cepat kaya tipu anak mude tumpas"

ni yg kt fesbuk org sibuk2 tu..
one team@friends club, Star Club, Family club and 8282 club...

da masuk paper pon xcaye lg..huhuhu

FAM said...

itu namanya SOP dik. biasalah, teknik dan taktik mmg dilatih sebegitu rupa. redha je laa

CikChelsea said...

fatenton,
sy menyampah dgn cara dorang approach kita. ckp lebih, mmg menjadi kepantangan sy tuh!


mrs.ecam,
heppp klo mana blh marah2..tak elok, nt anak ko ikot jd garang hehehehe ;p


reena,
sakit hati kannnnnn?
eeiii i geram gila kalau ingat2 blk...cissss

CikChelsea said...

kiva,
orang muda otak senteng. mujur kita tak termasuk dlm golongan itu


FAM,
tak nak redha sbb SOP tu tipu org. arrgghhh geram lg nih

LOL ;p

Puteri Ogy said...

seriously annoy gile dgn pe'MLM' ni.. mak x suke okeh! HAHAHHA

Zety Zin said...

memang nyampah MLM yang kerjanya dok mencari downline aje. produk yang ada tu takmo jual pulak.

kot nak join silalah join direct selling yg barangnya memang berkualiti dan kita pakai. avon ke, tupperware ke.

CikChelsea said...

puteri ogy,
kita buat sign board "no MLM-er please?" nakkkk?
hehehe


zety zin,
yeszaaaa...i love tupperware! berkualiti dan menarik. (tetiba)

R.S.A.L. said...

ohhh betul lah telahan aku selama ini..dia mmg ade agenda tersembunyi..tu sal die carik ko balik...hehehe...

seb baik ko bijak...ko mmg insan terpilih babe...kekekekek~

mimie said...

itu namanya pekerja goverment yang tak bersyukur apa yang ada...untung ada keje kalau takde baru tau langit tu tinggi atau rendah. kalau da kaye sangat berenti je keje goverment bagi orang lain yang masih terkapai-kapai mencari kerja.

budak sekampung u tu pun vangga2la tu tunang kayo. tgk majlis kawin nanti pelamin sampai langit ketujuh ke? tu namanya kawan yang vangang....nak jumpa kawan ada maksod tersendiri dan maksudnya adalah MLM-melayu lahar melayu. choi sangat....silela letak nama kawan baik sekampung u tu..mau juga berkenalan.......motip haku yang emo? wakakakakakakaka.....harus sbb saya sentiasa bersyukur apa yang ada:)

belia benci MLM...wakakakakaka......

B I L A said...

hehe..sy pernah kene jugak..dchl lah..pergi dkt bangunan die dkt belakang klcc tu..lpastu siap lah kata bapak dia yang sedia kala kaya tu pon join juga *kira bapak dia ni someone lah*..choiii..sekarang senyap sepi je tak de berita kawan saya yg ajak masuk tu..cehh

belom lagi cerita ajak join hi-o dan sebagainya..kadangkala rasa nak salahkan muka yang inesen ini jek sbb selalu kene ajak join mlm..ngeengeh

Ita Shadila said...

ditipu n terpaksa attend "event" MLM tu leh terima lagi.. sbb kalau dia x trick harusla kita tanak gi kan? aku bengang kalau kene tag kat gambar duit berkepuk atas meja kat FB, ko wat bisnes beriya ko x reti simpan duit berkepok dlm bank ke? kene sorok dalam umah bawah bantal jugak eh?

CikChelsea said...

RSAL,
aku mmg insan terpilih dan terbukti menakutkan. sebabnya dia takde cr aku blk pun after g 'company' tunang dia hr tu..mesti dia takut nak approach aku lg...muakakak


mimie,
sapa2 pun blh ckp. ckp tnp bukti kita pon blh. klo org tny gaji sebulan berapa, kita jwb 10k, ok x? kah3.
tulah komplen2 kje gomen tp nan hado nak berenti. mmg tak tau bsyukur..geram!

CikChelsea said...

BILA,
saket ht kn bila rs mcm kne tipu..huhuh.
mari letak sticket "MLM-er not allowed" ;p


ita,
ohh kalau kes tag gmbr duit tu, sy sound dl..kalau still buat lg remove terus dr fren list..ngahahah

Rafhan said...

Selamatkan diri dan rakan2 daripada ditipu oleh bisnes MLM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...