28 Jul 2010

"...I'm hotter than you"

Jacob memang hot. Hot tempered pun iya jugak.
On the other hand, Edward adalah cool. Saya hot tempered, jadi kena pilih Edward yang cool. *ehh, tetiba?

Oleh kerana saya memilih Edward yang cool, maka Cool Blog adalah minuman kegemaran saya. Ehh, takde kaitan. Dasar perempuan sewel!
-__-

:: Chocolate Blog ::

Kerana 'benda' inilah saya sanggup drive ke Tesco yang baru bukak kat Bandar Manjalara tu. Tapi best order Cool Blog kat sini tak payah tunggu 10-15 minit sebab takde orang. Haha. Serius orang sini tak minum benda nih ke apa? Orang sini minum Chocolate Iced Blended kat Coffee Bean or Starbucks je kot? *ohh statement berani matik nih haha

Kalau kat Johor, kena queue panjangggg gila. Setiap masa ada orang. Kalau weekends lagilah, sampai sesak kat depan booth Cool Blog nih. Tapi orang still queue jugak, tak ke gigih namanya? (termasuklah yang bercakap nih hehehehe).

Hari tu kali ke-2 pergi Tesco Manjalara (on weekends), pun booth Cool Blog takda orang. Orang yang lalu just passing by. Takda yang stop untuk order ke apa.
Kakak office yang ikut saya pergi Tesco last week tu pun kata benda nih sedap. Dia first timer hehehehe. Ohh benda best kita kena share kat semua orang, barulah semua happy ;p. Ngahahah.

:: Yang hitam-hitam tu pearl ::

Chocolate blog is Cool Blog's best selling item. Tapi kalau beli, WAJIB mintak 'pearl' sekali sebab takda 'benda' hitam-hitam tu memanglah kurang sedap. Saya suka gigit benda tu sebab dia kenyal.
Kalau minum time tengah panas...ohhhh sorgaaaa! ;p *telan saliva

Yang tak pernah try, pergilah try *wah tetiba promote dan-dan suruh orang try. Percayalah ini bukan kompeni bapak haku saya takda share pun, iklan tak berbayar kaedahnya.

Chocolate blog with pearl RM3.10
Chocolate blog with double pearl RM3.70

Harga memang dah hafal dalam kepala. Satu 'cedok' pearl tuh harga limaploh sen. Chocolate blog kosong dua hengget setengah.
Tapi takde pearl tak sedap. Ohh, dah mention tadi >.<

"Miss, chocolate blog satu...with pearl, please?"

10 comments:

Sayang.Ibu said...

ko membuatkan ahkak balik nak nyinggah tesco jugakkkk... sekarang kena beli dua, pasal satu kasik anak.. anak2 sila share berdua, mak kedekut nak minum sorangg...muahahhahaaaaa

reena said...

Ohhh i memang gila bubble milk tea (Kira bubble milk tea la kan? Nama brand je lain2. Hehe). Btol2. Kenyal kenyal, bila minum masa cuaca panas, perghhhh!

CikChelsea said...

sayang.ibu,
g beli kak..g g g...wah batu api...hahahaa.
eh untung kne beli 2 je, anak2 akak baik tak bgaduh klo kongsi. anak2 sedara sy? kem slm la nk share!


reena,
ha'ah brand je lain tp lebih kurang je. i kurang minat milk tea biasa sbb klo sedut cpt sgt habis..hehe

kiva said...

sedap...nyum..nyum..
tp kite suke abc blog+pearl..=)

synn said...

amboi cik chelsea...promote bukan main...tgk,,,saya dh terpengaruh..harus saya melawat tesco yg awak sebut tu minggu ni..anyway..rumah awak area situ ka?hehe

CikChelsea said...

synn,
sy mmg suka pengaruh org wahahahaah *evil laugh

rumah sy kat sri putramas, jln kuching. takde la jauh sgt dgn tesco tu, tp kalau nak banding dgn tesco selayang, lg dekat yg selayang tu..hehehehe

CikChelsea said...

kiva,
kita suka yg cendol! sedap jugak. tp hr tu beli kat CS tak sedap, org tu tak pandai buat =(
masa beli kat tesco seri alam sedap gila

Anonymous said...

tau x bnde bubble tea pearl ni kt sini cwn kcik $3.50, cwn bsr $4.25 x ke mahal
-yah

CikChelsea said...

yah,
mahal mahal mahal...
thn dpn kau blk, aku belanja cool blog!
minum sampai perut kembung
hahahahahaa

Zety Zin said...

dulu2 suka la chocolate blog tu. now mak minum green tea green apple. sedap, kelat dan masam. ekekeke. mari hijaukan bumi *tetiba*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...