28 Jul 2010

Juadah Aidilfitri

...di pertengahan bulan Syaaban. Pehal perempuan nih puasa pun belum, tetiba juadah Aidilfitri kan? Hehehehee...

Meriah weh rumah malam tadi sebab masak lauk raya. Bau macam esoknya nak raya je ;p hahahahaha. Mana tidak, bau kuah kacang bagai. Tetiba mood nak berhari raya datang.
Dasar tak sedar diri, padahal puasa ganti ada lagi sehari belum habis bayar tsskkk.

Ohh takpe, Isnin depan akan puasa sampilah dekat Ramadhan. Sebab starting 1st August, kantin kat office dah tutup. Kontrak peniaga tamat sudah. Daripada menahan lapar sebab tak tahu nak lunch kat mana, baik puasa kan?
Konsep puasa dan jimat. 2 dalam 1. Kah kah.

:: Nasi impit ::

Lebihan nasi impit dari entry ini. Masih elok sebab simpan dalam fridge.

:: Kuah kacang @ sambal kacang ::

Kat rumah panggil sambal kacang, but I think most people from other state panggil kuah kacang. No? Tak kisahlah, nama lain tapi bendanya sama. Terlebih minyak atau pecah minyak ke apa entah orang panggil. Abaikan minyak yang terlebih tu, rasa maintain lazat ;p. Gila perasan sendiri masak sendiri cakap sedap kah kah kah. Sedap kat tekak sendiri kira ok la kan?

:: Ayam masak merah ::

Saja letak daun sup banyak sebab nak kasi habis. Kesian daun tu dah layu duduk dalam fridge. Plus bau daun sup kan wangi hehehee.

Tak ke macam raya? Kuah lodeh je takde, kalau ada memang lengkap juadah 'Aidilfitri' ku malam tadi.

4 comments:

aZr|n said...

ya ALLAH, kuah kacang itu sangat menggoda kolbu.

CikChelsea said...

hehehehe...sy sbg tukang masak kata sodap, jd sila percaya. keh keh keh.

weekend nt blh buat ye uols, sempena nak puasa ;p

Sayang.Ibu said...

slmt hari raya dik.. mahap zahir batin... :))

CikChelsea said...

sayang.ibu,
overrr kak intan wehhh, pose pon blm ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...