26 Jul 2010

Mengasapkan dapur di hari minggu

Sudah seminggu menahan keinginan tekak untuk memakan Soto Ayam. Kat KL amat jarang sekali dapat bertemu dengan Cik Soto. Balik-balik Puan Nasi Ayam je yang banyak. Apatah lagi setelah melihat nasi impit di blog Kak Iszan, terus keinginan tidak dapat dibendung lagi!

Apa nak jadi, jadilah! Aku mesti kena buat Soto Ayam untuk membelai tekak! - monolog kepada diri sendiri (ceh over betul perempuan nih ;p)

Berbekalkan semangat dan keazaman yang jitu, sekonyong-konyong itu saya ke Tesco membeli barang-barang yang diperlukan untuk menghasilkan Soto Ayam. Ohh, weekend lepas adalah seronok sebab saya ditemani Dot di rumah (Dot ialah ex-housemate zaman study).

Siaplah Soto Ayam setelah sejam bersilat di dapur. Lengkap bersama accessories yang berkenaan kecuali 'Bergedil' dan kacang tanah (I hate kacang tanah, so tak payah goreng. 'Bergedil' saya tak reti makan dengan soto, so tak payah buat :p)

Mari tengok laporan bergambar sebagai bukti kukuh saya telah masak...
Macamlah ada orang kisah? -____-

:: Nasi impit segera chap Adabi ::

I preferred this brand compared to Nona. Adabi punya ada bau harum, bau macam ketupat =)

:: Accessories pelengkap hidangan ::

Ayam goreng yang sudah disiat-siat, sambal kicap, taugeh dan daun sup. Tidak lupa juga bawang goreng. Kalau takde sambal kicap yang pedas tu tak bermaknalah makan Soto Ayam. Umpama gerimis tanpa pelangi. Ehh, tetiba?

:: Mangkuk saya sebelum di sirami kuah sup ::

Mangkuk saya yerr, bukan saya mangkuk! Awak mangkuk? Mungkin.
Mengapa perempuan ini banyak merepek? Bisik hati pembaca.

:: Mangkuk saya setelah disirami kuah sup ::

Lazat sehingga menjilat dasar mangkuk! Eh tak percaya?

6 comments:

isz_3707 said...

sambal kicap kene selambak, baru meleleh air hidung muaaaaaaaahahahaha. aku plak meleleh ayaq lioq chaiss

mrs.ecam said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nk la wehhhhh...aku pose nih...huuuuuuu

CikChelsea said...

kak iszan,
sambal kicap tu baru 1st batch yg masuk dlm mangkuk, lepas dah gaul rata...tak ckp pedas..bubuh lg selambak..sampai hitam kuah sup tu..haha. sodappp (matik la perasan sedap!)

nasi impit bnyk lebih, nak buat kuah kacang plak la ;p

CikChelsea said...

mrs.ecam,
sapa soh hang dok tgk gmbaq makanan time posa? sendiri tanggung la keh keh keh

fyna said...

da lama xmkn soto ni..tggu time raye je..=.=

CikChelsea said...

ala senang je buat dia, kuah sup ayam mcm biasa. try lah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...