21 Jul 2010

Ohh apa sudah jadi?

...kepada diriku?

Semakin lama semakin berperangai seperti 'acik-acik'. Haha. Eh, serius! Hari tu beli Tupperware, sejak-dua-menjak-tiga-menjak nih bernafsu berminat dengan pinggan mangkuk la pulak. Haiyohhh.

Apasal ramai orang kata Corelle nih mahal? Sebab bila tengok kat website Corelle nih takde la mahal mana. Tengok harga kat website US, macam tak berapa mahal hehe. Contoh macam a set of 16 pieces, ada yang around USD40 je. Kalau convert kepada ringgit (x 3.2) baru RM128.

Mungkin kat Malaysia lah kot yang mahal. Saya mana pernah tengok harga Corelle dekat shopping mall. Tapi tau jugaklah orang kata kalau nak Corelle murah beli dari duty free zone. Dulu pergi Langkawi kakak borong Corelle 2 set. Semua dia beli, dari sekecil-kecil mangkuk, sampailah ke sebesar-besar pinggan! Time tuh macam sangat hairan "Apahal la perempuan dewasa suka sangat pinggan mangkuk?"
Sekarang baru faham perasaan 'perempuan dewasa' itu kah kah.

Tadi tengok yang set paling 'meriah' (76 pieces per set) harga adalah USD170. After convert jadi RM544. Murah weh murah. Macam nak suruh adik beli sekarang jugak, simpan sampai tahun depan bila dia ship barang-barang balik. Hehehehehee.
Astagrifullah, nafsu...nafsu!

The best part guna Corelle (in my personal opinion) nih ialah sebab dia ringan. Ringan boleh main lambung-lambung. Haha. Taklah, I mean kalau bawak banyak-banyak pergi sinki tu takdelah terasa beban. Cuba amik pinggan IKEA tuh, pastu bandingkan dengan berat pinggan Corelle. Pinggan IKEA adalah berat gila. Yang seramik yerr, bukan pinggan plastik. Jangan buat lawak budus, lempang nak?

Eh tetiba emo. Kah kah kah.

:: Happy Days ::

Penuh bunga-bungaan. Nih kalau letak dessert ke buah-buahan ke sesuai la kan? Kalau nak buat makan macam meriah sangat la pulak >.<

:: Textured Leaves ::

Macam daun pokok getah. Kalau makan pasti teringat kampung halaman :p

:: Floral Serenity ::

Tak tahu corak bunga apa nih tapi bila tengok terbayang bunga Sakura. Ke memang betul bunga Sakura? Hehe.

Macam ada unsur-unsur ke-Chinese-an sikit. Ke takde? Ke saya sorang je yang rasa begitu? Bowl hitam tu menambah feel macam set pinggan nih datang dari Dinasti Ming. LOL

:: Hoola Hoops ::

Yang nih simple je tapi warna hijau dia 'naik'. Tetiba rasa macam warna hijau nih cantik. Eh, dah ter-ber-jangkit Chika ke suka warna hijau? ;p

Warna hijau memang menarik, cuma kalau kereta warna hijau agak errrrr....... (sila sambung sendiri ayat tersebut)

:: Chocolate Mint ::

This would be my favorite. Suka gila design kotak-kotak macam nih. Lawa kan? Lawa kan? Sila cakap lawa sebab nanti mak sentap nok!

Seriously harga Corelle kat Malaysia berapa eh? Untuk set macam yang atas nih? Serius nak kirim adik bila dia balik next year. Nak 2 set, boleh? Tamak haloba gila. Kah kah. Habis nak beli Wedgwood (Vera Wang design untuk depa seh! Baru hari nih gua tahu kes kes kes), Royal Doulton or Noritake mana mampu tssskkkk
T__________T


:: Royal Albert Old Country Roses ::

Emak pasti akan suka sangat nih kalau dapat. Beliau memang suka English style macam nih. Baca from RD website, this is their best selling dinnerware pattern since 1962. Hoh, cuba bayangkan berapa puluh tahun?

Ia sedang sale. 20 pieces for GBP176.25
Masih masuk akal, bukan?

Baiklah, cuba tengok teacup dari Wedgwood pulak...

:: Ulander Powder Blue ::

ONE piece for GBP98
GILALAH!!!

Ada ke orang nak beli seketul teacup nih harga almost 100 pound sterling???
Ada kot, orang gila. Kah kah!!

Ok, lupakan Wedgwood. Kita lihat dining set from Noritake pulak...

:: Birchwood ::

:: Golden Wave ::

Elegant gila yang nih, kan? Kan? Plus it's gold color!
Rasa macam orang kaya bila pakai nih kah kah!

Hoh, tu pasal kakak saya beli masa tengah sale. I mean kalau RD buat sale, up to 80%. Tak ke menggelupur terus rasa nak beli? Hehehehe.
Kalau tak sale, rasa "Gilalah pinggan seketul harga macam nihhhhh???". Dah la harga yang dipaparkan (for Wedgwood) adalah dalam Pound Sterling. Cerr convert?

Ok sesi mencuci mata sudah tamat. So, what's or which one is your favorite? ;)

14 comments:

reena said...

Hi MAKCIKKKKKKKKKKK!

:p

P/S: I suka Choc Mint tu :p

aZr|n said...

Golden Wave satuuuuuu...

Ealyie said...

Dek,
laki hakak penah keje kat warehouse utk tampal sticker pattern2 Corelle tu kat PG ni hah.. tapiii selama dia keje situ bole hakak tatau tu le kilang wat sticker utk Corelle!!! MMg ketat gila katanya kat situ sbb tau kalo jual mmg laku. Ramai staff kantoi mana2 yg cilok tanpa sebab-musabab..ehehehe..
Elok2 da tampal bagai semua tros export ke US semula. Kita2 yg beli semua dr US tu mmg bayo rege depa sana lah kan.. uhuk..uhuk..

dr hakak yang masih berangan jugak..;)

mamarempit said...

hai cik na....cik na dh redi la tu nk jd macik2...macik pada pacik ayep....ngeeee (tulung ampunkan daku)


itu dh terarah sebenonye....

monstorious wife said...

Royal doulton tuh berat, pastu dia ada lining emas or silver tepi dia which is tak boleh masuk microwave dan juga dishwasher and hati2 bila beli yang guna fine bone china tuh. Takut guna tulang babi lak..

Beli correle je lah uollss.. hempas pon x pecah.

fatenton said...

cuba try pegi survey harga set corelle kat sogo ke jusco ke..
makk aiiiii cekik darah macikkkk :D

fyna said...

omg cntik! i suke set warne putih+biru+black tu

mrs.ecam said...

hahahhah mmg makcik la sbb ske pinggan mangkuk nih....kui3

Zety Zin said...

oh suka yang floral serenity tu! rasa macam aman damai je.

CikChelsea said...

reena,
heh, dia pon sama maciiiikkkk jugak =p
kan yg tu lawa kn? hehehe


azrin,
yg tuh harga dia dekat 400 pound kot (kalau tak silap la)
sila draw duhet skrg kih kih kih ;p


ealyie,
wohoo bestnya cuci mata tgk pinggan hari2..kekeke
cilok lepas tuh kantoi? tak terer!! ;p
marilah kita verangans bersama2..huksss

CikChelsea said...

mamarempit,
masalahnya pacik ayep belum ready lg, macik kena la tunggu T____T
dushhh dikau sekali!!! haha


monstorious wife,
ha'ah royal doulton berat. tp design dia yg classic tuh cannot tahan la kak ilot...hehehehehe
ada gak baca artikel psl kalau fine china kilat lebih, ada guna tulang vavi...yuksss!


fatenton,
errkkk..mahal eks? sy tak prnh tgk pun harga..hihi.
lps nih g sogo nk g tgk la ;p

CikChelsea said...

fyna,
i panggil tuh set ala2 chinese ;p
tp mmg cantek kn? hehehee


mrs.ecam,
ko tak suke ke?
sila jawab!
klo suka ko pon macikkk gaks
klo tak suka ko adalah pelik
muahahahaha


zety zin,
kale biru tu yg buat nmpk damai, don't u think?
bahagianya kalau dpt btol2 ;p

CapT said...

adikku yang telah menjadi makcik makcik.. tapi makcik vogue laa.. kelassss ko dik..

Corelle? 3,4 kotak bleh hangkut dr Langkawi.. ahkakkk sukaaa

CikChelsea said...

capT,
kelesss auww~
;p

kat langkawi mmg murah sgt2 ke?
mana lg murah kalau suruh adik beli kat us vs beli sendiri kat langkawi? heh serius tatau harga corelle kt melesia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...