23 Jul 2010

Perasan 'terer' sekejap

Lunch hour tadi saya angkut kakak kat office nih ikut pergi jalan-jalan cari pasal. Kakak tu memang sporting, laju je dia jawab "Bolehhhh..." bila saya ajak. Ilebiu Kak Sal! Thehehehe~

Boringlah anda sebab kena hadap gambar peta sajork dari semalam. Minggu depan saya hidang gambar lain okeh? Janji ;p

:: Destinasi adalah Tesco at New Village Mall, Bandar Manjalara Kepong ::

Sebab utama nak sangat pergi sana ialah........??? Saya mengidam ketagih nak minum CHOCOLATE BLOG!!! Sanggup okeh drive dari office ke Tesco semata-mata nak cari benda tu je. Muahahaha...
Hari tu masa dapat pamphlet New Village nih punyalah nak melompat keriangan sebab bila check ada booth Cool Blog kat situ. Hehehehee...
Serius kat KL nih tak banyak tempat ada Cool Blog, tak macam kat Johor. Area Batu Pahat je ada 3 booth Cool Blog; Carrefour, BP Mall & Summit Parade.
Ohh tadi sudah dapat sedut Chocolate Blog yang sungguh menikmatkan (err..?)

:: Route details dari office ke destinasi::

Tengok peta saja mana boleh 'tangkap' jalan 100%. Kenalah rajin membaca direction yang Inchek Gugel Mep dah sediakan. Direction pergi pendek sikit sebab penulis ada kerek sikit sebab dah faham jalan. Keh keh keh...

Ohh tadi Kak Sal kata "Gangster jugak perempuan nih drive"
Ohh well, what to do...darah Haji Shukur mengalir dalam diriku (ciri-ciri anak derhaka nih, tak pasal-pasal bapak dibabitkan ngahahah!)

:: Gambarajah jalan pulang ::

Saja cari jalan pulang untuk meng'confirm'kan perjalanan supaya tidak sesat ;p
Tapi serius masa pergi tak sesat sebab sampai je kat area Jalan Lang Emas tu banyak bunting Tesco, penuh kat pokok-pokok tengah jalan. Ah tapi fedulik la, tatap mak nak ferahsan mak terer cari jalan! Kau hado? Kah kah kah.

:: Route details - jalan pulang ::

Berbekalkan ingatan fotografik yang dianugerahkan oleh Illahi, mencari jalan pulang ke office adalah kacang goreng saja ;p. Peh eskyen tak boleh blah la kau! *Lempang sedas!

Balik tadi jalan adalah sangat jem sebab hujan. Kat KL nih kalau hujan pagi @ lunch hour @ habis office hour memang best sangattttt la. Menghadap jem la gamaknya walaupun rumah sekangkang kera sajork dari office.

Ohh, tadi pergi Tesco dapat tapau Subway's sandwich. Yeayyy..!!! *jakun mode


P/S:
Waving at my staff (Si 3 Abdul - haha suka hati je bagi nama 3 Abdul) yang sedang membaca. If saya tahu ada selain daripada kamu bertiga yang baca, confirm saya kunci blog nih. Ada paham? ;p

10 comments:

reena said...

Babe, cool blog kat Sg, Wang pun ada!

reena said...

Pssttt..Semangat kereta baru ke?

Hihi :p

mrs.ecam said...

hahahhahah garang tol la bos nih...siap bg warning kt 3 abdul tuh...hihihihi

ella said...

beb.. u lalu my house la! haha!

CikChelsea said...

reena,
nk g sg.wang tak reti lg..hahahahaa
plus if g tghri time kje, mesti jem!

babe, bila kita nak kua sama? kan janji dpt kereta nak g ronda 1 KL..hihi

CikChelsea said...

mrs.ecam,
tu baru skettttt ;p

CikChelsea said...

ella,
hah kat area mana tu?
bole singgah lps nih, mtk kpi free..kekeke

Anonymous said...

alamak garangnyer..takotla mak...hehehe

R.S.A.L. said...

hahahhahaa..

MAcik! apasal ko tak cita pengalaman kite sesat akibat kedegilan ko yg tanak dgr cakap aku arituhh??

mauahakakak~

takpe...sesat memula je..nnti jalan kl dihujung jari anda sahaja....~

ella said...

kalo tgk map tu, rumah kita betul2 selekoh yg mcm V tu (yg ada tulis kg segambut melayu). the only apartment kat jln segambut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...