11 Aug 2010

1 Ramadhan

Sahur pagi tadi pukul 5.00 am. Tersedar sebab handphone dah memekak suruh bangun.

Kakak ipar + abang tak terjaga sebab alarm clock tak bunyi. Mereka kelewatan dong! Macam mana alarm tu nak memekak, ada ke tak ON button alarm tu. Saya gerak kakak (anak sulung abang) suruh dia ketuk pintu bilik emak-ayah dia. Hah baru kelam-kabut semua bangkit. Haihhh. Nasib baiklah saya pantas bertindak, dah panaskan nasi siap-siap. SIL terus panaskan lauk. Ohh, saya dah makan dulu time tu keh keh keh. Keji tak?

Bukan sengaja nak makan dulu maaaaa. Dalam mamai-mamai lepas terjaga, saya terfikir; Eh depa nih dah sahur dulu ke? Aku last ke? Sebab lepas bukak pintu bilik, kat luar masih gelap. Semua orang sudah sahurkah? Apa pasal takde dengar bunyi masak, bunyi orang cakap langsung? Tidur matikah aku? Tu yang terus laju je capai pinggan ambik nasi, panaskan kuali goreng telur. Nasi tak 'dan' panaskan, sejuk-sejuk pun hantam sajork tsskkk. Yelah ingatkan dah paling last bangun!

Tapi bila dah duduk makan, baru terfikir; Kalau depa dah sahur awat nasi dalam periuk banyak lagi? Lauk ada lagi? Ke depa belum sahur? Sambil makan kepala dok ligat fikir. Lepas confirm yang satu rumah belum sahur sebenarnya (buat hypothesis sendiri haha) barulah kejut orang lain bangun. Hahahahaha...Ampunlah pagi-pagi otak gua ada slow sikit.

Tak sabar nak balik kampung hari Jemahat nih. Nak berbuka + sahur dengan omak den!!!!! Omak, den rinduuuuuu omak~ (ceh mengada-ngada, tak sadar diri macam la kecik lagi). Serius lain gila feel puasa kat rumah and kat sini. Tsskkk. (mengada lagi?) *pangggggggg

Awal puasa bersamaan 1 Ramadhan Johor adalah cuti. Jelessssss! YB nih confirm membongkang lagi kat rumah. Entah pukul berapa bangunnya nanti tu tak tau la. Dia pantang cuti, tidur jelah kerja dia. Eh, puasa tak boleh ngata orang nanti pahala kena tolak hehehehehe. Apa kata kejap lagi kita eh salah, saya call dia? Saja kacau dia tidur keh keh keh. Kau tengok sikit punya busuk hati kerja nak dengki orang je! Bahahaha.

Pagi tadi keluar rumah pukul 7.00 am, satu fenomena luar biasa telah berlaku! Susur masuk ke Jalan Sultan Ismail daripada Jalan Kuching adalah tidak jem. Serius! Pelik gila. Ramai yang apply cutikah awal puasa? Kalau tidak, ya ampun susur masuk situlah yang jadi penyebab jalan jem nak ke office. Susur masuk nak ke Jalan Pahang, PWTC tu jem macam biasa.

Ehh dah macam skuad peronda traffic plak haku neh?

2 comments:

reena said...

I pun balik Jumaat nii. Weehhooo!

cc said...

wehuuu jugak
balik kg lalala balik kg ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...