12 Aug 2010

Aku meminta pada yang ada

...aku merindu pada yang kasih,
...aku merayu padamu yang sudi merinduku

(motif sangat memulakan entry dengan lirik lagu Purnama Merindu?)

Purnama Merindu lagend weh, lagi syiok didengar berbanding lagu Jika Kau Tak Datang duet Tok Ti dengan Kerisdoyot itew. Nak dengar pun tak lalu. Pantang betul haku dengar lagu tuh, terus tukar siaran.

Eh terbabas, niat asal nak cerita pasal iklan Nuffnang -___-"

Mengharapkan tabung hayam Nuffnang nih nak penuh entah bila. Sejak-sejak tukar URL blog nih lagilah, total visitors half je compared to link yang lama. Berjanggut la nak tunggu duit iklan banyak kalau camtu.

Plus, keywords dari search engine pun masuk kat link lama, link tuh kan dah tak wujud so kalau klik akan keluar "Blogger not found". Try la kalau tak percaya :p

Ala tapi bukannya mengharap sangat pun pada duit iklan. Blog saja suka-suka. Blog nih blog HINA (wah berani guna perkataan hina? Kang ada yang sentap? Kah kah), mana ada ramai readers *lap air mata

Ceh drama sangat kau! Nak jadi drama queen ke?

Ehh sorry eh, drama-drama tak main. I am what I am (eh dah macam lagu Jonas Brothers plak :p), I'M NOT FAKE. Tulennnn bangggg auwww~

:: tak payah besarkan pun takpe ::

Tapi serius kena gigih untuk jadi blogger tegar. Masalahnya layak ke mak bergelar blogger tegar uols?

Kalau perasan, within this week blog nih berupdate setiap hari. Mak buat draft banyak-banyak, lepas tu time datang roh nak menaip, mak taip secara pukal. Sekali harung boleh jalan 3-4 entries. Lepas tu, buat auto publish. Kalau ada masa barulah blogging live macam sekarang. Gigih tak mak, noksss? Gituh!

Atas kegigihan mak itew, dapatlah 4 buffered earnings from Nuffnang di blog mak yang hina nih. So far yang paling banyak mendatangkan hasil ialah Sanofi Lactacyd (dalam bulatan merah). Nak buat 3 entry untuk sehari pun dah terseksa, macam manalah nak jadi blogger diva (opsss!) kan? Tak kuasalah.

Pegangan saya; kualiti bukan kuantiti. Sekian.

12 comments:

mamarempit said...

akak tk kesah....tp yg akak pelik blog 1 lg tuh...pesal tk de sen langsung...sedih tauuu :(


heeheh....

pedulik sama itu iklan..yg ptg $$$$ tettapp masyukkkkk

MarlissaMusa said...

sokong! kualiti bukan kuantiti...masalahnya nyah, mak ni, blog ni kuantiti dah kurang, kualiti pun takde...* mak nangis sambil lap air mata!

haha, salam ramadhan cik c!

Sayang.Ibu said...

ahkak pon dah makin sangap meng'update' blog nih... walopun mmg byk entri rapikan jer,tp nk merapik pun ahkak dah kering idea noks...hahahahaa

mrs.ecam said...

hahhah btol3...kualiti bkn kuantiti...plg bnyk aku buat 3 n3 dlm shari tu pong dh kne tgur...xdek kje len ke...padahal aku buat autopublish....ouhh sentappp...huh

Rina (◕‿◕)✿ said...

okeyla tu! rina satu je..

makin rmai visitors makin sikit BE?
ape kejadahnye

hehe

Warning! Jangan Baca kalau lemah semangat!

reena said...

Gigihhhhh ok. Hehe. I ni main hentam je. Kadang sehari 1, kadang banyak. Hehe.

Mak Su said...

hai, salam ziarah, salam ramadhan

berusaha :)

cc said...

mamarempit,
tipu la takkan takde sen tokey blog nih. blog sampai ado 4 ke 5 =P


marlissa,
uolss bz, iols paham. slmt bpuasa jugak si cantek manis! ;)


sayang.ibu,
roh blogging larik kah?
terasa jugak blog mu agak sendu kebelakangan ini kak..tsskk

cc said...

mrs.ecam,
tah2 org yg tegur tu tatau apa itu auto publish kot? kah3


rina,
errr..i tak phm maksud ayat 'makin ramai visitor makin sikit BE' itew?
blog i makin sikit visitor since tukar url, tp sejak2 rajin update..BE b+
maksud i camnih la :)

cc said...

reena,
babe, u tak update hari2 pun takpe..u femes *larikkkkkkkkkk


maksu,
salam maksu.
selamat berpuasa :)

reena said...

Oitt sekeh kang. Bila masa plak i femes? Followers pun 100++ je. Kalau femes, dah lama benti keja jadi full time blogger. Hahahaa!

cc said...

reena,
yeahh blh dok rmh je. kawen lps tu tmbh zuriat. hari2 blog, pastu dpt duit. ting ting ting! uii bestnya =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...