18 Aug 2010

Ayam Tempura Sambal

Semalam masa nak masak lauk untuk bukak puasa, my SIL running out of idea nak masak apa. Dia siap panggil abang masuk dapur suruh bagi idea. Idea tarak mari sebab bahan mentah dah takda. Jadi otak dia jem tak dapat nak fikir nak masak apa :p

Saya pulak from first day puasa tak pernah masak hahahaha. Nasib baiklah SIL ku itu mulut tak lazer, tidak kaluuu confirm dah kena perli tau makan je. Saya adalah jugak plan nak masak bihun (mee hoon) sup, siap dah beli bahan. Tapi SIL dah siap-iap pasang idea nak masak apa so biar jelah dia masak. Alasan orang malas *panggggg

So, semalam ketika waktu-waktu kritikal saya pun menghulurkanlah bantuan. Segan weh tau makan je tak tolong langsung (tau pulak kau malu?). Kakak ipar saya tuh memang la takda nak perintah-perintah suruh buat itu-ini (ohh dia ada suruh buat cheese cake, tapi haku belum rajin ngahahah), kena faham-faham sendiri jelah.

Ikan kembung SIL dah siap-siap goreng untuk masak kicap. Bahan mentah yang tinggal cuma isi ayam je. Bahan lain memang yilekkk. Sayur memang dah takda langsung. Tinggal daun kari je. Apa lah haku boleh buat dengan daun kari nih? Pandang ceiling kejap cari idea, lepas tu tingggg dapat idea ;p

So, lepas basuh ayam tu. Pecahkan telur, pukul-pukul sikit then masukkan daun kari. Lepas tu campak ayam masuk dalam tu. Then, tabur tepung tempura (nasib baik tepung tempura ada lagi sikit huhu) and gaul sebati. Time nak goreng tu dah macam jemput-jemput jadinya ayam itu kah kah. Tapi belasahhhhh...

Siap goreng, tumis bawang dengan cili pulak untuk buat sambal. Masak sambal nih jangan tanyalah apa saya masukkan. Segala rempah ratus kat kabinet tu ku campak masuk :p. Ok tipu segala. Certain rempah je macam pepper (dah pedas letak pepper lagi, bengong tak? haha), serbuk kari and plum sauce sikit kasi dia rasa masam-masam, manis-manis.

So Ayam Tempura Sambal saya itu ada macam-macam rasa. Kan bak kata Chef Michael Smith, "My secret recipe? Cookng without a recipe" :p

:: Ayam Tempura Sambal ::

My niece cakap sedap okeh. So kira sedaplah kan? Nak jugak wakakakak. SIL saya panggil Ayam Tempura Sambal nih Jemput-jemput Ayam. Apa ada pada nama kan kan? Heheh.

4 comments:

FAM said...

bagus2. idea yg dtg tiba2 ni mmg slalu menjadi

mrs.ecam said...

salute kt ko...pndai msk..pndai buat kek sgala...aku??? nan hadoo...huuuuuuuu

Sayang.Ibu said...

lapooooo....uwaaaaa

cc said...

FAM,
eheheh..tp kena ikot logik jugak..btol x? ;)


mrs.ecam,
practice makes perfect weh :p


sayang.ibu,
lapo sila makan...kah kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...