23 Aug 2010

Belum khatam

Blog telah madukan dianak-tirikan kerana tuan blog lupa diri sedang gigih menggodek-godek 'maintan' baru. Sanggup tidur lewat semata-mata nak sync lagu dan ringtones dari dalam laptop ke 'mainan' baru.

Tapi walaupun tidur lewat, tuan blog adalah bersemangat pergi kerja. Siap dengan sangat cepat hari ini dan keluar awal memecah rekod peribadi sendiri *tepok tepok

Proses mengedit gambar-gambar iftaar di Tropicana Golf & Country Club pun terbengkalai kerana tuan blog asyik masyuk dan khusyuk belajar cara nak 'mengimport' dan 'mengeskport' lagu. Tapi seronok bila dah berjaya mengeskport lagu secara banyak ke dalam 'mainan' baru. Tapi (tapi lagi) percayalah leceh woooooo. Kena download iTunes, install dan macam-macam lagilah. Nak buat ringtones lagi laaaaaa, nasib baiklah tuan blog nih terang hati. Mudah belajar walaupun separa buta IT hahahahahaha :p.

Ku fikirkan boleh upload mp3 buta-buta macam tu sajork, ropanya tidak. Tuan blog agak kurang pengetahuan di situ T___T *tumpang lalu.

Motip lagi satu adalah kerana tuan blog cheapskate muahahahah. Koserrr mak nak beli lagu apatah lagi ringtones dari iTunes. Mahal cannot cannot. Plus lagu dalam laptop adalah banyak, buat apa nak beli? Jadi, google saja teknik membuat ringtones sendiri menggunakan application yang telah disediakan *hinss hinss vanggaaaaa. Tolong lempang tuan blog jap!

Ini yang kita namakan USAHA TANGGA KEJAYAAN :D

Lepas tu pagi tadi disebabkan bersiap awal, sempatlah on laptop and sync lagu dari laptop ke 'mainan'. Gigih nak masukkan satu lagu (sebab yang lain dah masuk). Lagu For The Rest of My Life by Maher Zain *ohh tangkap leleh dengar ini lagu. Select satu lagu tuh je makanya bila sync lagu lain semua hilang. Budus Bijak! Jadi merasalah kena tunggu balik nanti kena sync semula playlist :')

...kerana satu lagu, ratusan lagu hilang. Itu namanya belum khatam belajar T___________T.

Tapi takpe, tuan blog dah buat ringtones lagu raya. Kalau ada call masuk je akan berkumandanglah lagu raya. Semangat nih keh keh keh...

4 comments:

isz_3707 said...

sudah ber smartphone kah? takbley jadikkkkkkkkkkkkkk

cc said...

ahak ahakkkk :p

yah-senbest said...

ipong ke? kasi tunjuk skit..

cc said...

yah,
malu nak tunjuk eheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...