16 Aug 2010

Betul syaiton kena tambat

Semalam pergi Sogo. Melancarkan misi mencari "Barang2 Kirim2" untuk hari yang ke-2. Sebelum menawaf Sogo, aktiviti merembang di Jalan TAR telah dilakukan dengan jayanya. Aktiviti membeli tudung bawal murah-murah tapi berkualiti. Heheh. *Hi Kak Yatt :p

Lepas settle beli-belah tudung, mulakan operasi menawaf Sogo. Cari kasut raya untuk adinda tercinta (ceyyyy..!!). Banyak kasut cantik-cantik tapi malangnya semua size untuk kaki si gajah itu bersaiz gajah telah sold-out. Frustrated gila sebab pilihan yang awal tu memang 'curlast'! Penat haku dok telek-belek yang cantik-cantik, semua takda size. Tsskkk. Ehh, tapi ada hikmah jugak sebab bolehlah beli untuk diri sendiri instead of belikan adik. Keh keh keh...

Hina! Ehhhhhh. Keji!

Rasa tak percaya sekejap je dah siap cari barang. Complete semua sekali takda tertinggal satu barang pun. Aihhh, tak puas lagi menawaf Sogo, jadi merembang la entah ke mana-mana kat dalam tu. Tapi berjaya untuk tidak mengirai barang sesen pun ketika aktiviti merembang dilakukan. Bangga dengan diri sendiri. *tepuk tepuk

Lastly, sebab dah boring sangat terus decide untuk balik. Sekali terpandang MAC time turun escalator nak pergi ground floor. Plinnnkkkkk...! Tiba-tiba idea mariiiiii. Rasa nak membeli something kat MAC. Semangat berkobar-kobar and dalam otak dah fikir nak beli MAC Fluidline Eyeliner warna hitam. Ohh yeahhh, nak beli nak beli nak beli. Sumpah teruja gila secara tiba-tiba.

Touch down je ground floor, laju je kaki menuju ke Butik MAC. Sekali tuuuuuuuuuu...tiba-tiba kaki tukar arah, otak kata "Tak payah beli membazir." Hilang semua perasaan excited nak membeli eyeliner, kaki pulak laju je jalan cari pintu keluar. Semua tu secara tiba-tiba.

Memang sohih la bulan puasa nih syaiton kena tambat kan?

3 comments:

mamarempit said...

Kalo beli gak...maknenye..nepsuuu...kan

syukurrrr..

mrs.ecam said...

hahhahahah...nsb bek setan kne tambat ek nokk...klu x abesla wit ko terkirai2...ngeh3

cc said...

mamarempit,
hehehehee
nafsu kan benda paling susah nak kawal >.<


mrs.ecam,
setan dh kne tambat pun still kiraian duit aku boleh thn T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...