4 Aug 2010

Gigih adalah kata kunci untuk minggu ini

Kantin office dah tutup. Tender sudah tamat plus nak renovate kasi kantin lawa sikit banyak. So, bila kantin tutup, breakfast and lunch adalah tiada.

Isnin lepas ingat boleh steady tak makan tengahari. Rupanya ramalanku tersasar jauh. Kah kah! Baru pukul 10 lebih dah menggelupur lapar. Mana bisa tahan dong! Dengan air-cond sejuk-sejuk begini, perut pun minta diisi. Bila sejuk macam lapar jadi 2 kali ganda. Kan? ;p

So dah takde pilihan lain TERPAKSA (Ceh, banyak kau punya terpaksa kih kih, tak tahu nak makan apa sebenarnya) order Mc Donald's untuk lunch. Sedap weh new burger GCB tu. Daging ayam dia tebal gilos. Puas mak hentam burger tuh seorang diri! Nom nom nom, yummeh =p

Selasa, semalam. Bangun macam biasa sebab plan cuma nak masak nasi putih, sardin dan telur dadar sahaja. Misi tercapai. Bawak bekal pergi office. Kagum je staff tengok haku rajin. Kau ingat haku sentiasa rajin? Sila fikir balik ngahahah. Kak Sal (staff) kata sardin saya masak sedap, entah ya entah tidak. Kalau betul ya, terima kasih. Kalau tidak pun terima kasih jugak sebab puji nak ambik hati haha.

Tapi, tak syiok ah lunch seorang diri. Mereka nak mengepow makanan saya secara banyak adalah malu. Yelah, dah lah bos yang bawak makanan takkan nak makan lebih-lebih pulak kan? Tapi saya tak kisah sebenarnya sebab makan ramai-ramai lagi best! Semalam nasi putih yang saya bawak tak habis pun sebab depa malu nak 'ngendeng'.

Rabu, hari ini. Bangun pukul 3 pagi. *Apa pasal awal gila kau bangun? Masak beriyani kambing ke apa? Bangun awal sebab semalam lepas maghrib terus tumbang. Pingsan. Tak tahu kenapa macam letih sangat. Dinner pun tidak, tidur sampailah pukul 3. Lepas tu dah tak boleh tidur, mata terkelip-kelip tengok ceiling. Memang dah tak mengantuk langsung, paksa diri tidur balik pun tak boleh. Terus bangun tengok tv sambil surf internet. Tepat pukul 5, masuk dapur kelentang-kelentung rebus spaghetti sama buat bolognese sause. So, hari nih akan lunch Spaghetti Bolognese yang dimasak sendiri. Nom nom nom ;p (sejam lagi nak lunch, perut dah bunyi-bunyi pulak adehhh)

Esok dan Jumaat nak masak apa pulak? Anda ada idea best tak? Bagi idea yang senang dan mudah untuk disediakan, Beriyani Kambing tak mahu ok?

4 comments:

monstorious wife said...

Fuyohh.. beriani kambing la pulak..
Akak slalu bawak bekal masak malam uolls. Tak koser lah nak bangun pagi2 buta masak kaedahnya.

mrs.ecam said...

aku cadangkn ko buat pot luck ngan staff2 ko...hihi jimat n bleh rs bnyk2 juadah...alaa sowang bwk 1 menu jek...cth plg mls bwk nasik jek...sowang bwk tlo dadar...sowang bwk syur...sowang bwk smbl...sowang bwk ikan or ayam...terai la buat..smbil mkn leh eratkn silaturahim...btoll hikhik

Ita Shadila said...

wah!! gigih ok.. kalau aku tader makna nak bgn pagi masak.. dah kantin tutup, konfem aku klua gi mkn tempat lain.. or order pizza, mekdi or rakan2 sewaktu dengannya

cc said...

monstorious wife,
ala rajinnya sekejap je kak, malasnya memanjang. percayalah =p


mrs.ecam,
staff aku ramai lelaki. takde maknalah nak suruh bwk makanan ke apa. reti mkn je. jumat nih ada buat post luck, aku plak tu yg kne masak. dorang kata aku msk sedap, blehhh? sj nak nyusahkan aku kan? haha. tp potluck dgn yg spesies perempuan je. yg laki kang tak reti malu, dtg la mengendeng hahaha


ita,
nak keluar adalah malas. kalau keluar nt blk xdpt parking. wah kalau hari2 order fast food, sy pun akan gumuk secara fast Y___Y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...