24 Aug 2010

Iftar at Tropicana

Caution/Warning: Read at your own risk

Apakah ini? Apakah ini? Membuka entry dengan warning dan caution bagai. Tak mesra pembaca sungguh. Haha.

Ok. Ok. Ayuh ke perkara yang sebetulnya (mengapakah tetiba tone Indos?). Weekend lepas exco dan batchmates ada organized majlis iftar di Tropicana G&C Club. Sebagai seorang yang berjiwa setia kawan (nak jugak up diri sendiri kah kah kah), saya joinlah majlis itu. Majlis iftar dibawakan dengan cogan kata "Let's mingle-mingle" bahahah.

Ok, saya sajikan mata anda dengan gambar-gambar tak berapa penting terlebih dahulu haha...




Lampu nih cantik ah. Nanti kalau ada rumah sendiri nak beli satu lampu sebijik macam nih. Tak boleh blah punya berangan *lempang sedas

So sementara menunggu masuknya waktu berbuka di Wilayah Persekutuan dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya, saya angkut kamera godang pergi tawaf 1 ballroom. Ambik gambar makanan la apa lagi weheheh. Ada chef tanya "Nih amik gambar untuk majalah mana?" Ohh tak perlu perasan, he just trying to be nice :')

Ini kat section lauk pauk Melayu:





Satu benda pun saya tak rasa daripada this section haha. Makanan banyak gila weh, sumpah tak tahu nak makan apa. So fikir; lauk-lauk nih dah biasa, almost everyday punya lauk so saya decide untuk makan benda lain.

Soup and Yong Tau Fu section:



Ada pulak benda pepahat nih. First time tengok benda nih dalam blog Mommy CT few months ago. Tapi lupa nak rasa pepahat nih, bolehhh? Aiyohhh rugi betul.

Mee Bandung Section:


Ini kat sebelah Yong Tau Fu. I didn't eat this tho (habis apa je kau makan hah labu? semua kau kata tak makan? dushhh). Err...ambik sikit je nak rasa. Tapi ambik accessories and kuah je sikit sebab saya alah dengan mee kuning. Kalau makan nanti sakit perut. The taste? Kureng sedap.

Section bakar-bakar:


Suka hati je bagi nama macam tu muahaha. Kat sini semua makanan berkonsep dibakar :p. Ada satay, grilled beef with gravy, locan masak apa entah tapi pedas, sotong bakar, udang bakar, ikan bakar dan sambal asam. (wah telan air liur ketika menaip ini. apakah?). Satay adalah lazat! Daging bakar pun best. *telan air liur lagi

Dessert section:


Jelly pudding tu malas nak amik sebab tengok rupa macam tak menarik je. Wahaha jahat sungguh. Tapi rugi yerr puan-puan kalau berkelakuan seperti ini sebab sebelum rasa kita tak boleh judge rasa dia macam mana. Bak kata pepatah omputeh 'Never judge a book by it's cover'. Macam buku Men Are From Mars, Women Are From Venus tuh la. Bukan ke kulit dia tak menarik tapi isi kandungan dia best? Hah tengok...kan dah melalut T___T.


Saya makan marble cheese cake, fruit tart and cream puff (boleh rujuk gambar di atas). Semua sedap. Sumpah sedap especially cream puff tersebut. Adoihhh sampai sekarang dok terbayang rasa dia. Tak boleh jadi kena buat sendiri nih nanti!


Kempen mari makan buah-buahan tempatan. Bagus kan? Heheh.

Ini baru gambar general. Gambar benda-benda yang saya makan akan menyusul kemudian. Mueheheheh...

4 comments:

mrs.ecam said...

gilos la ko...br tnagri ni nokkk...gambo buat aku meleleh...hah cpt...aku nk tau pe yg ko mkn nih

R.S.A.L. said...

siotttttttttttt nyeeeee nyahh~~!

ko saje je kannN!

ciss~

reena said...

Nasib baik i bukak blog u ni time dah bukak posa (Ceh macam posa :p). Tapi nampak sedap makanan dia. Yg pepahat tu tak pernah tengok la. Btw kalau buffet2 gini i selalu ushar dessert dulu.

cc said...

mrsecam,
aku mmg sengaja tempek gmbr tgh-tgh hari. keji tak? =p


RSAL,
mmg aku sengaja bwahahahaha!!!


reena,
i pun br tau kewujudan binatang nama pepahat nih..huhu. tp tak prnh rs lg, tp my fren ckp mcm sotong. a bit geli lah sbb nmpk cm ulat hahahaha
ohhh yesss dessert dia sodap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...