30 Aug 2010

Kandungan kotak 'kontrolvesi'

'Terima kasih' kastam sebab telah mengepow duit raya dari saya ini tahun! (statement tak ikhlas). Hina Keji ah kena tax bagai. Time adik saya nak post dari US pun dah kena tax juga, almost USD100. Sampai sini pun kena tax lagi. Terima kasih sekali lagi, kastam! (Lagi sekali tak ikhlas kah kah)

Malas ah cerita banyak sebab gua punya mood sepoil habis gara-gara kotak ini............ (haha emo tak habis-habis dari hari tuh :p)


Barang dalam kotak sahaja yang terlibat. Benda-benda dalam beg uncang (?) Ralph Lauren tuh Haji Shuk dengan Abang No.4 punya.


Disebabkan Sephora takda kat Malaysia, jadi kena order daripada sana (read: US) - alasannnnnnn *pang sekali . Sephora make up palette saya punya, Benefit palette Cik Kak ini punya :p


Nine West yang agak jaki pado den. Sesuko hati dio menurun-naikkan harga barang. Ahh, den masih sontap laie!

Sontap sekejap yo, pasal lepas dapek try kasut baru terus sontap den hilang. Keh keh keh...

Yang nih tak ingat nama dia apa
Update: Dah ingat, nama dia Pontianak

Yang ini namanya Joni

Kedua-dua material kasut adalah leather. Sumpah selesa sangat bila pakai. Gila ke sekali beli Nine West 2 pasang? Gila - kalau beli kat Malaysia. Tidak - kalau beli dari US. Both shoes were on sale so harga 2 kasut nih sama dengan (or lebih sikit) dari harga sepasang kasut new arrival di Butik Nine West Malaysia. Faham di situ? Heheeeee...

'Ketinggian' masing-masing adalah 4 inci.

Selain daripada barang-barang yang dinyatakan di atas, Coach handbag dan wristlets dari entry ini juga berada di dalam kotak yang sama.

Selain daripada itu, tidak dilupakan juga benda ini yang semakin popular di kalangan 'kita'..........






(ah getiks betul nak suruh scroll down bagai!)





(tunjuk jelah oii!)





Err...baiklah. Baiklah...







'Alat' untuk merampingkan menyembunyikan lipid-lipid khas untuk dipakai ketika Aidilfitri. Muahahaha!!!

12 comments:

Ealyie said...

perghhhh..
sakan ko ye CC weh..
ilang tross hangen ngan kastam!

Spanx tu cem best jegh.. kuikuikui..

reena said...

Vavavavaa meletsssssssssss both Nine West shoes u ituuu! Nak pinjam! :p

Yeahhhh 'Kebaikan' ku sudah tiba. Yiihaaa! Thanks, cik chelsea & adik Cik Chelsea! :D

mrs.ecam said...

rugi ah klu ko pki ms rye nnti sbb x leh mkn bnyk...hahahahhahahah

cc said...

ealyie,
easy payment dgn adik ku kak...muahahahaa. syg adik lebihhhhh :p

cc said...

reena,
alo cik kak, kaki u Cinderella ok! kaki i ni size kakak tiri dia, besar gajah..haha. jeles okeh jeles :p

cc said...

mrs.ecam,
wajib pakai nok sbb mak tak nak tetiba gained weight mcm org lupa daratan ketika raya!

wah statement =p

ruru said...

cik chelsea saya nak tanya pasal kastam pow awak tu. dia kenakan tax dekat brg awk ke? adik awak hantar by flight ke by boat? dia caj mcm mana eh?
saya cuak gak ni sebb saya hantar corelle berkotak2 ke malaysia tp by boat.i tanya my fren yg keja kastam tax tu ikut budi bicara peg kastam. tp mcm sengal je kan sebb da kena tax masa nak pastu nak masuk malaysia pun kena tax juga.grr!

aS_c0mei said...

phewwwiiittt,i loike 9west iteeww...

kat sini pon 9west adalah murah gila babeng time sale sampai rasa nak borong satu kedai.over kan.hehehe...

keji sungguh kena wahai kastam yg menge'tax' bertubi2 tuuu.kitorg dulu,kat rantau panjang,kelantan tu pon kena tax.bayangkan,org malaysia,membeli belah dalam malaysia,kena tax?terima kasih pakcik kastam.mmg jasamu takkan ku lupaaaa!

selamat hari merdeka,Malaysia!hehe

cc said...

ruru,

adik i ship guna kapal kot (if tak silap la), seminggu lebih ship dr sana.

ada org bg tips kalau nak ship brg2 yg dikategorikan sbg 'barangan bercukai' kena ship asing2. means jgn letak semua dlm kotak yg sama.

hr tu i kena rm126 (tu pon tipu2 je anggaran harga brg yg adik i post muahaha, kalau jujur confirm tax lg tinggiiiii :p)

cc said...

as,
kat doha 9west murah jugak ehh? jelessss ;p
kat Msia nih semedang brg mahal, byr tax lebih pffttt!

ruru said...

eh, kejap pula sampai. btw, adik u shipping dari mana?
patutnya xkena tax. i da confirm dgn my fren's dad yg kerja kastam. derang yg buat tu keji la, maklumla nak raya ni. ish tak patut betul. so u amik dekat mana? port klang ke kalau shipping by boat?

cc said...

kalau cmtu by airplane la kot..hahahaa...boleh tak tau ship pakai apa, sengal kn? >.<

tau xpe. siot je kena tax padahal adik i dh prnh post few times, tak prnh kena plak.

mula2 pos mesia call, ckp kne thn kastam. dia bg 3 options; amik sndr, wakilkan org amik n lantik pos mesia jd wakil. i takde ms nk g KLIA, so wakilkan pos mesia je. kena tmbh handling charge depa rm50
so total yg i kena byr kt poslaju hr tu rm176

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...