2 Aug 2010

Kisah duka hari Sabtu

Hari Sabtu lepas 31 Julai 2010 adalah hari duka.
Kedukaan bermula seawal jam 8.30 pagi bila disaat dan ketika itu saya sedar gelang emas pemberian Haji Shuk sudah yilek dari pergelangan tangan.
Tersentap seketika!
Setiap hari bila pandang mesti ada. Tetiba hari tu takda pulak.
Malam semalamnya pergi dinner di Restoran Nelayan, Titiwangsa (makanan situ biasa-biasa je, gambar pun tak amik sebab malas haha) gelang tu masih ada lagi.

Saya dah call Hajah Mon, tak berani call Haji Shuk sebab takut kena marah. Nanti dia sound cakap haku careless la apa la. Ohh malas nak dengar. Ohh maunya Haji Shuk tak bising (kalau dia tahu!) harga emas semasa entah berapa sekarang nih? Waktu beli tahun lepas sikit lagi nak cecah 1k.
Sorry la abah, saya bukan sengaja nak hilangkan. Harap Haji Shuk (kalau dia tahu!) maafkan kecuaian saya nih. Sob sob sob.
Belum genap setahun pun usia gelang tu. Haji Shuk belikan tahun lepas akhir Ramadhan.
Masa call Hajah Mon, dia kata nak buat macam mana benda dah hilang. Kalau ada rezeki InsyaAllah jumpa balik. Kalau bukan rezeki, memang tak adalah...

Tiba-tiba teringat cerita masa duduk rumah sewa kat Shah Alam dulu. Kunci peti surat tiba-tiba hilang. Kalau kunci rumah yang hilang, masuk akallah jugak. Ini kunci peti surat...?? Ohh masa tu rumah tengah 'hot' dengan satu isu. Ada 'benda' tumpang tinggal dalam rumah tu. Heh, scary tak?
Lepas tu kitorang cerita kat sorang brader (brader nih ada ilmu @ diberi kelebihan untuk bercakap dengan 'benda' yang menumpang kat rumah tu) pasal kunci peti surat hilang. Brader nih cakap 'benda' tu pinjam je, tak buat apa-apa pun. Esoknya, pagi-pagi tengok kunci tu dah ada balik. 'Benda' tu bergurau dengan kitorang rupanya T___T.

*tetiba meremang bulu roma

Nanti sambung baliklah...

3 comments:

mrs.ecam said...

ayokkk...cane gelang ko leh ilang...misteri gak nih....jth time mandi ke??? jth dlm kete kot...hrp2 la jth dlm kete ke selit2 kt celah seat ke.....carik la beb....mne tau rezki ko ngan gelang tu de lg...huhhuhuhu

R.S.A.L. said...

aiseh..
da tak saspen cite ko..sbb ko da cite semua skali td time kite makan..ekkekek~

btw, sabarla eh..aku tau mende tu berharga..ade hikmah setiap ape yg jd..

eh..mtk la tlg brader tu tlg tgk2kan mane pi nye ko nye gelang..

ngehngehngeh..

nanti sambung balik??? ekkekeke~

cc said...

mrs.ecam,
tatau la, ntah2 putus..ke kancing dia terbukak ke. aku pun tak pasti bila hilangnya =S


RSAL,
ko nk dgr lg ke aku cite benda pelik2? kang ko takot kang. ko dh la penakot..muahahah ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...