28 Aug 2010

Misi mencari baju raya di Jalan TAR semalam adalah gagal

Baca tajuk dah boleh buat kesimpulan isi kandungan keseluruhan entry. Jadi untuk menjimatkan masa pembacaan anda, saya tak perlu lagi menulis entry sebab dah tulis isi pada tajuk. Apakah ini? Apakah ini? Adakah ini suatu gurauan di petang hari? -___-"

Semalam waktu rehat hari Jumaat, saya telah ke Jalan TAR dan juga Jalan Masjid India. Misi utama ingin mencari baju raya barang sepasang dua. Baju raya belum ada lagi agak sendu di situ :'). Semalam jalan punya jalan punya jalan, cari punya cari punya cari...tapi tak jumpa yang betul-betul berkenan di hati. Baju raya tidak dapat, PENAT adalah dapat!

Kalau kat Jalan TAR tu pun tak jumpa yang berkenan, kat mana lagi gua nak cari baju raya nih?

Payah-payah raya nanti sarung jelah jubah Jah Mon. Beli selendang hitam, pakai celak hitam tebal-tebal. Beraya ala-ala Ayu Raudhah dalam cerita Nur Kasih. Kah kah!!!

Sejam lagi nak bukak puasa, ketahuilah penulis tidak membuat persiapan untuk berbuka langsung. Tinggal seorang diri (abang sefamily balik kampung) maka jadi malas untuk masak dan makan. Bukak puasa dengan air Nescafe panas 1 mug sudah. Kesian tak? T___T

Cehhh ngada-ngada mintak simpati! Tak perlu kesian sebab sebenarnya saya dah plan nak ke Tesco Extra selepas maghrib nanti. Nak beli sedikit barang keperluan dan selepas itu tapau KFC. Keh keh kehhh...

Malam ini makan ayam goreng KFC Hot & Spicy. Thigh and rib pleaseeeee...Nom nom nom.


Mahu ke blog anda sekarang!

6 comments:

Fizlynn said...

Last night I pergi Jalan TAR jugak tau..sangat sesak walaupun dah pukul 1am..baju terlampau banyak dekat sana sampai nak tengok pun pening...apa lagi nak beli...gigih betul you pergi sana siang2 hari yer...

aNiS tHe BumbleBee said...

ahahaha!samalah kita,baju raya xde lagi.jomla kita beraya ala2 ayu raudhah secara berjemaah.kah3x.amek gambo memasing,tempek kt blog yek?kikikiki!

reena said...

Huishhh kalau pi Jalan TAR time2 camni memangla dapat penat je.

Dah try PKNS Shah Alam? Ramai cakap kat sana pun banayak choices. Tapi takut sekarang pun dah ramai serbu sana.

cc said...

fizlynn,
gigih dgn harapan dpt mbeli baju ry...tp apakan daya..xdapekkk :'(
jln 2 jam ry nk tcabut lutut + blk office rs mcm nk bukak pose je sbb letih sgt..haha

cc said...

anis,
kannn? verangans ala2 wanita arab gituhhh...haha. pastu pakai purdah skali, nmpk mata je ;p

cc said...

reena,
babe, semlm i dh beli bj ry kat pkns...pejam mata je time byr sbb bj situ quite pricey banding dgn jln TAR. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...