17 Aug 2010

Misi pencarian "barang2 kirim2" selesai

Ingat tak list barang-barang yang adik saya kirim dalam entry ini? Well, as a brilliant personal shopper (gila perasan bagi title kat diri sendiri kah kah kah) misi berjaya disempurnakan dalam masa 2 hari.

:: Hasil daripada misi selama dua hari ::

Baju raya adik dah beli, diri sendiri punya belum beli. Ohh tak apa, raya lambat lagi. Masih ada masa untuk merembang di Jalan TAR dan kawasan-kawasan yang sama 'fungsi' dengannya :p

:: Fair & Lovely, Heal Pharm pore pack, Safi olive oil and minyak urut panas ::

Sampai ke hari ini saya adalah masih tidak faham kenapa adik saya tulis 'Minyak urut panas angin' sebagai description. Tulis jelah 'minyak urut yang panas', tak pun 'minyak panas' atau 'minyak angin'. Macamlah haku tak tau, cehhhh.

:: Kasut raya ::

Nasib baiklah dia suka. Tapi kalau dia tak suka pun lantak ah koserr nak pergi cari lain. Dah la untuk kaki dia yang besar tu susah nak dapat saiz. Dah pilih yang lawa-lawa siap bling-bling nan hado size pulak. Tensi! So, nasib kau lah adik :p

NYC ajeeeee? Ah senyap la. Habis nak belikan kasut apa? Charles and Keith? Nine west? Guess? Koserr okehhh. KOSERRR. Kat US kasut-kasut tu lagi murah daripada kat Malaysia nih. Jadah apa nak beli kat sini. Plus, haku pun takda kasut-kasut brand itu inikan pulak nak belikan dia. Gila hina keji dapat kakak cam haku muahahahahaha!

:: Baju raya 1 ::

:: Baju raya 2 ::

Sengaja black and white kan heheh. Nanti kalau dah tunjuk exact color dah tak surprise la kan? Adik saya kan pembaca setia blog ini *muntah. Ohh hampagas tak, dia boleh cakap "Aiyoo dah black and white kan pun still nampak glam ala-ala mak datin. Habis aaaa..."

Sekali lagiiiiiiii, nasib kau lah!!! Kah kah kah. Saya sengaja pilih yang banyak beading, meriah weh. Meriah barulah raya. Kannnnn??

6 comments:

misSkiva said...

ala..black n white lak..nk tengok jugak..kekeke...

cc said...

hehe, kena tgu baju2 sampai kat tuan dia..br blh reveal kale :p

mrs.ecam said...

hihihi bj mak datin....tp btol la...kata rye...kne la yg bling2 br meriahhh...x gitu nokk...hekhek

Sayang.Ibu said...

fuhhh... mmg kakak yg baik laa ko nih dikkk... :)

Ita Shadila said...

aah weih.. knapa beli kasut kat mesia.. dia duk sana byk kasut murah2 tp branded - guess, nine west

cc said...

mrs.ecam,
tulah raya wajib la kena meriah2..weheheh


sayang.ibu,
mekaseh kak :p


ita,
dia ngada2 nak kasut free. kasut branded2 dia blh beli sendiri kat sana. mujur jugak la budak tu tak memilih :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...