9 Aug 2010

Of The Sorcerer's Apprentice, Salt & The Last Airbender

Sejak duduk KL, boleh kata every weekend pergi tengok movie. Macam minggu lepas time YB datang, kami tengok 2 movies; hari Sabtu tengok The Sorcerer’s Apprentice, hari ahad tengok Salt. Pakcik tu adalah peminat fanatik Puan Jolie, jadi kena tahan telinga sajalah dalam wayang ketika dia memuji-muji Puan Jolie secara berlebihan -___-“


The Sorcerer’s Apprentice
- biasa-biasa saja. Sebenarnya tak expect apa-apa from the movie sebab tengok pelakon Cuma Nicholas Cage saja yang boleh mendatangkan minat. He’s good in the movie by the way! Pelakon lain adalah tidak dikenali kecuali Monica Belluci. Apa, apalah yang diharapkan daripada pelakon berwajah jelita tapi suka berbogel di dalam filem nih? Haha keji punya statement! Dia biasa-biasa saja, pelakon tempelan sebab tak banyak scene melibatkan dia.

Overall? Not my taste at all



SaltWho is Salt? Begitulah ayat promo untuk filem ini. Tapi kalau anda dah biasa dengan Hollywood movie yang melibatkan cerita berkaitan degan secret agent, pada pertengahan movie anda dah boleh tahu siapa itu Evelyn Salt yang sebenarnya. Mula-mula yes anda akan tertanya-tanya who is Salt? Which side is she? CIA agent? Russian agent? Double agent?

Adalah beberapa twist dia, tapi cerita agent macam nih dah biasa sangat. Dah banyak Hoolywood movie berkisar tentang secret agent. In term of actions, almost 90% of the movie adalah actions. More actions and less drama, saya suka. Angelina Jolie as usual memang impressive bab-bab action, hero perempuan hehe. Walaupun nampak jelas dia kertu dalam filem nih. Siapa dah tengok, setuju tak?

Saya layan Salt versi 2D, tapi tak nampak apa beza pun dengan gambar biasa. Ke memang takda beza? Ke haku je yang tak nampak? Kah kah.

Overall? Quite good, I love the actions part the most :)



The Last Airbender – First time layan 3D movie, agak jakun di situ kah kah. Syiok la tengok 3D movie! Rasa macam pelakon tu ada betul-betul depan mata and of course lah scenery nampak real dan sangat-sangat cantik.

Tapi, I’m quite disappointed with the movie, it is not as good as I was expected! Seriuslah, bila tahu this film directed by M.Night Shyamalan kita macam expect something yang “wow” daripada dialah, kan? Tapi anda bermimpi di siang harilah kalau expect lebih-lebih macam saya T__T. Macam last time tengok The Happening, adoiii sakit hati dengan storyline dia. Slow nak mampos, tengok sambil mengantok tahap nak tertidur. Nasib baiklah hero Mark Wahlberg, ada jugak reason untuk stay awake =p

Movie nih memang ada part yang best, part yang memang membuat saya teruja! Tapi, tengah-tengah excited ,part best...tetiba next scene slow. Like really slowwwwww. Membunuh mood ok! Lepas tu tak tahu apa pasal sengaja letak slow motion scene banyak-banyak? Serius tak faham. Macam ada part yang tak perlu dislow-motionkan, tapi dibuat begitu.

Overall? Lepas nih blacklist M.Night Shyamalan la, sama macam Razak Mohaideen.


Next? The Expendables. Tapi nak tengok tengah bulan puasa pulak. Sebagai menghormati bulan Ramadhan, aktiviti memasuki panggung wayang dibekukan buat sementara waktu.

7 comments:

reena said...

I plak tak suka Salt. Rugi Rm13 aku. Hohh. For me, action dia kureng. I was like, macam ni ke action movie yg Angelina Jlie berlakon? I expect action yg meletop kebabom. Anyway, i memang anti Jolie. Haha.

Mimi Saidi said...

hohoho..sume pon x tgk lg. tggu org download jerk

cc said...

reena,
i blh layan sbb actions dlm salt more than the drama. so i suka..hehehee...


mimi,
kalau nak dpt yg clear picture kena tunggu lama lah, at least sampai DVD keluar :)

misSkiva said...

smlm tgk salt..best la..mate da bengkak pon still cun lg..hehe...

die kertu tp bole maintain cun..kalo kite da tue nnti?..huhu..

The Sorcerer’s Apprentice tu ok la..lagu die layan..tp..lebey kepade feeling romance kot..

avatar..eh airbender xmo tgk..sume org ckp xbest..hehe..

cc said...

misskiva,
ala dia kertu tapi cun sbb 'teknologi' sis! berapa bnyk dia berhabis sebulan utk suntikan dan treatment. it's not natural la, sila jgn tertipu ;)

the last airbender tu kalau bg director lain OK kot

misSkiva said...

tu la...diorg mmg menggunakan sepenuhnye teknologi..kite mmg xboleh la...haram...hehe..

tp..best kan kalo bole kekal mude..wakaka...

cc said...

misskiva,
hoiihh..nak melawan graviti manusia ke? ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...