3 Aug 2010

Sekadar bertanya tentang 'Cik Puan'

Kenapa ramai perempuan yang sudah kahwin suka letak 'Cik Puan' di hadapan nama mereka?
Suka letak di situ membawa maksud saya tengok ramai yang buat.

You single, you CIK.
You married, you PUAN lah.
Kan?

Mengapa mesti mahu cik dan puan?
Bila sudah kahwin you dapat 'puan', you say bye-bye lah pada 'cik'
To have some, you'll have to lose some.
Kan?

Bila kahwin kan dapat suami, okay apa! Tak payah la nak jadi cik lagi.
Nak cik ke nak laki?
Hah, pilih...pilih?
;p

Kalau mengikut pengetahuna saya yang tidak seberapa nih, 'Cik Puan' applied to those anak 'orang berpangkat tertentu' sahaja. Kan? Ke salah?
Gelaran 'Cik Puan' diberikan kepada anak 'orang berpangkat tertentu', dipanggil oleh orang gaji mereka - misalnya. Panggil 'Cik Puan' supaya nampak beza majikan dengan pekerja.

Kalau macam kes sekarang nih, tetiba semua orang jadi 'Cik Puan'
Bila masa pulak mereka nih jadi majikan?
Bila masa pulak kami (read: saya) jadi pekerja?

Hari tu saya ada tanya benda nih kat FB, ada seorang rakan saya kata;
"Depa letak cik puan sebab gila glamor..."
Wah, vadevasss sangats statement itew!
Cheq tak kata naa, kawan cheq yang kata.

Apa pula kata anda?

4 comments:

mamarempit said...

tk tau nk kata apa....panggil aje saya ahkak....hehehe...

mrs.ecam said...

hahhahahah,...btol3 bese org pnggl cik puan klu maid ngan majikan jek...x pong maid ckp "baikk mak encekkk" hekhek

cc said...

mamarempit,
baiklah ahkak ;p


mrs.ecam,
kannn?
itu jugak yg aku paham
hehehehe

Hafizah hafrizah said...

Akak tanya..sy tolobg jawabkan..jangan marah2.. Walaupun isu dh lama tapi sebab kalau search, blog and content ni masih wujud..takut org yg tak faham BM keliru..jadi sebenrnya tak salah pun guna vikpuan..ada dalam kamus pun kak. Dan mereka yg guna mungkin rasa diri mereka begitu berharga..ada 3 jwapan utk cikpuan ni. So kesimpulannya guna cikpuan tak berdosa pun utk wanita bukan anak raja.. Takde hal . Jgn marahh naaa

Surat: Perihal Panggilan Mulia ‘Cik’, ‘Puan’ dan ‘Cikpuan’

Assalamualaikum Warahmatullah. Semoga Puan dirahmati Allah.

Puan, saya ingin bertanya satu soalan. Saya sering menulis emel dan berkomunikasi dengan wanita dalam urusan formal dengan panggilan cikpuan. Namun, ada orang tegur saya katanya istilah cikpuan cikpuan tidak ada. Hanya panggilan cik atau puan sahaja. Katanya lagi, didalam urusan formal lebih baik gunakan Puan walaupun mereka belum berkahwin. Saya masih belum menemui jawapannya dan ingin bertanya pada Puan sebelum saya menjawab pertanyaan itu. Segala kerjasama dan perhatian Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Hariri Daud

.......................

Tuan Hariri yang dimuliakan,

1. Dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) panggilan mulia 'Cikpuan' digunakan kepada perempuan yang mempunyai ciri (a) cantik, (b) muda dan (c) disayangi, maka itu isteri-isteri kepada sultan (dan isteri kepada anak-anak sultan) yang berketurunan orang biasa diberikan nama panggilan mulia 'Cikpuan' sebelum mereka ditabalkan menjadi sultanah ataupun permaisuri, seperti Cikpuan Siti Aisyah (Selangor) dan Cikpuan Kalthum (Pahang).

2. Dalam BMT, panggilan mulia 'Cikpuan' juga digunakan di kalangan isteri-isteri golongan kelas atasan dalam masyarakat Melayu, seperti isteri pembesar dan pegawai-pegawai tinggi.

3. Intipati panggilan mulia 'Cikpuan' dalam BMT adalah panggilan penghormatan kepada perempuan-perempuan Melayu yang mulia lagi dimuliakan.

Berdasarkan 3 faktor itulah maka BMT kontemporari meluaskan lagi penggunaan panggilan mulia 'Cikpuan' kepada semua perempuan yang dimuliakan, baik Melayu mahupun bukan Melayu, tanpa mengambil kira berapa usia ataupun status perkahwinan perempuan itu, yakni apakah dia gadis muda, gadis lanjut usia, isteri pertama, kedua, ketiga, keempat ataupun janda.

Nota: Pendapat yang mengatakan dalam Bahasa Melayu tidak ada panggilan mulia 'Cikpuan' adalah pendapat bukan pakar bahasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...