30 Aug 2010

Semalam dan hari sebelum kelmarin punya cerita

Hari ini hari Isnin. Semalam hari Ahad. Kelmarin hari Sabtu. Kalau Jumaat nak panggil apa uols? Hakak tau sampai kelmarin je *maluuuu

Hari Jumaat lepas kan gigih ke Jalan TAR di siang hari. Penat uols! Dah la time pergi tu naik cab keji. Memang keji sangat ok sebab pakcik teksi tu sengaja bawak kami (colleagues) de tour jalan jauh. Dari office nih nak ke Jalan TAR tu kalau jammed pun mustahillah sampai sejam kan? Lepas tu kena charge RM15. Gila tak? Biasanya pergi Jalan TAR around RM5 @ RM6 je camtuh.

Note to that pakcik taxi driver: Tak baik penaya orang pakcik. Apatah lagi ini bulan puasa. Kot ye nak dapat tambang banyak pun, jangan la buat cara keji. Duit pendapatan tu nak sara isteri, anak dan keluarga pakcik. Tak berkat tau sebab pakcik penaya orang.


:: Gambar dirakam dari dalam teksi keji ketika tersangkut di dalam traffic jammed ::

Seperti yang diberitahu di dalam entry lepas (ehh apa pasal skema gila ayat aku?), misi pencarian baju raya di Jalan TAR adalah gagal sama sekali uols. Sudahlah tak dapat baju, dapat penat pula bertubi-tubi. Balik dari Jalan TAR, ambik train dari Bank Negara ke KL. Bayangkan ajelah kena menapak dari Sogo nak ke stesen komuter tu, punyalah jauh.

Dari stesen KL nak sampai office tu lagi hazabbbb. Office hakak kan macam Batu Caves. Banyak gila anak tangga plus berbukit-bukit :'). Memang semput habis la time tuh. Peluh mengalahkan orang jogging (tengahari buta panas terik ulos!), badan dah bau macam kambing je. Nasib baik hakak tak dehydrated uols! Sampai office rasa macam nak bukak puasa je huhuhuhu, tapi iman masih kuat :p

.

Semalam hakak pergi Shah Alam. Ada kelas tetttttt (dirahsiakan keh keh) sampai petang. Balik dari kelas pergi jumpa adik hemsem, iftar dengan dia. Sebelum iftar jadikan dia bf angkat kejap, mintak dia temankan cari baju raya.

Ayat YB semalam: Adik angkat...adik angkat jugak. Jangan sampai terangat sudah.

Apa yang terangat uols? Tak paham hakak. Dia tu kadang-kadang jealous tak kena tempat tau. Budak tu dah hakak anggap macam adik, takkan tetiba akak nak sayang seperti lain pulak, kan? Tapi takpalah, kan orang kata cemburu tu tandanya sayang. Tu tandanya YB sayang hakak, kan? *bluwek

Puas hati hakak, semalam dapat beli 2 pasang baju raya kat PKNS Shah Alam. Baju raya hakak tahun nih agak mencapaps warnanya, of course la glam (perasan kah kah kah). Material elok, harga agak pricey lah kalau nak banding dengan baju-baju kat Jalan TAR. Tapi, kat Jalan TAR tu kena cari betul-betul, tidak kaluuu material adalah mengecewakan. So hakak pejam sebelah mata jelah time bayar semalam, pentingkan kualiti uols (sedapkan hati sendiri).

Semalam kami bukak puasa kat Pizza Hut SACC. Pizza semalam adalah sedap gila, tak seperti biasa. Ke sebab hakak lapar sangat tu yang pizza rasa macam biasa je tapi hakak rasa sedap sangat? Hihi. Apa-apalah uols, yang penting hakak puas hati makan kat situ semalam.

:: Hawaiian Pizza, BBQ Honey Chicken Wings & Carbonara Meatballs ::

Meatballs itew adalah marvelous uols! Hakak makan dengan penuh nafsu sekali. Hakak kan gila meatballs, jangan tak tahu. Ditambah pula dengan carbonara sauce yang creamy tuh, perghhh...nikmat tak terkata.

.

So sekarang nih hakak tengah fikir nak beli beli tudung kat mana. Baju both plain. So tudung nak kena beli yang printed or plain sajork? Perlukah hakak terjah 'kedai Cik Ani' macam hachik ini :p. Semalam lalu depan Ariani Shah Alam, meriah uols. Dah tergerak hati nak singgah tapi sebab dah salah lane kat atas jalan tu jadi malas la. Kalaulah di jalan yang benar, confirm hakak dah singgah hehehehe.

Uols pulak macam mana? Preparation raya uols dah settle kah?

8 comments:

Ealyie said...

Lenkali bawak kete bio di jalan beneran..:p

Mudah utk menyinggah membeli-belah dia kedai acik ani tuuu.. ahahah..

Puteri Ogy said...

pengalam betol menyantap di pizza hut sacc mmg x pernah kuciwak..
mmg sodap nokkk...

Sayang.Ibu said...

kedai acik ani tu kalo sale mmg terlampauuuu... kalo ko setakat berniat saja aku beli tudom selai, insyaAllah akan jadik berlai-lai.. tak caya, tanye achik yg sorang tu... muahahahhaaaaa

reena said...

Sila tunjuk baju raya itu! Last Sunday i pi Empire. Jumpa baju kurung plain mak aihhhhh rasa nak rembat semua color. Beb, i rasa u rasa pizza hut tu sedap sebab terlampau lapaq kot. Haha. Tp tgk gambar carbonara meatballs tu dan2 rasa nakkk jugak. Huhu. Eh, so u kira dah settle semua prep raya?

cc said...

ealyie,
takde nawaitu langsung nak singgah kedai acik ani tuh kak. bila dh smpi traffic light br prsn situ ado kedai acik ani..haihh rugi2 :p

cc said...

puteri ogy,
alaaa dl jaman student aku mkn kat situ rs dia biasa2 je, semlm tu aku lapaq sgt kot..kah kah

(BTW, ko cunss la nok...mak suka tgk muka ko yg flawless itew..auww)

cc said...

sayang.ibu,
sy blm prnh tjebak lg dek acik ani..harap2 la tidakkkkk smpi bila2. ckp la tjebak dgn tie rack..kopak haku T__T

cc said...

reena,
takmo la maluuuu..thehehehehe (tetiba gedix!)

tudung blm settle. kasut ry takyah beli, pakai yg sedia ado :p

lain dh kot :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...