15 Aug 2010

Seploh hengget

Percaya atau tidak, dengan Sepuluh Riggit anda boleh berbelanja di Bazaar Ramadhan? (pinjam ayat Qi Destinasi Bajet :p)

Puasa ke-3, hari pertama ke Bazaar Ramadhan bagi tahun 2010 (ceh poyo betul ayat!). Pergi tanpa aimed apa-apa makanan sebab tekak tak terasa nak makan sesuatu. So, pergi tu just cuci mata sambil pasang niat "beli jelah apa-apa". Tanya kat abang and SIL pun dorang cakap beli je apa-apa, so konsep beli apa-apa dalah dikekalkan, kih kih.

:: Murtabak daging & ayam ::

Queue nak beli murtabak nih panjang gila. Ada je gerai lain jual murtabak, tapi gerai yang satu nih queue dia semacam je. Orang sanggup beratur panjanggggg! So, disebabkan tiada aimed terhadap makanan lain, saya queue jugak kat gerai nih untuk beli 2 keping murtabak. Lebih dari 10 minit okeh queue! Sanggup semata-mata nak rasa apa bestnya murtabak ini.

The taste? Sedap.
Isi tebal sangattttt. Puas makan.

:: Pau pedas & karipap ::

Walaupun rupa paras pau itu tidak gebu dan kurang menarik, sila tahu bahawa rasanya sedap. Tak macam pau pedas biasa yang dibelah tengah and ada timun tu. Yang nih, pakcik yang jual tu guna adunan yang sama dia buat char koi, isi sambal dalam pau then baru goreng. Nom nom :p

:: Lompat tikam ::

Sedap walaweehhhhh! Harus pergi beli lagi nanti kat bazaar Jalan Kuching. Kedai nih owner dia Kelantanese kot sebab kuih-muih kat situ semua asal Kelantan. Ada kuih akok and apa entah lagi. Saya 'kenal' kuih akok dengan lompat tikam je. Huhu.

Saya kalau pergi bazaar memang beli sikit-sikit aje. Jarang sangat beli sampai terlebih-lebih. Benda-benda kat atas tu kitorang makan satu family. Kagum tak spent RM10 untuk makan seisi keluarga? Sila cakap kagum :p

Kalau pergi bazaar, apa yang selalunya anda beli?

4 comments:

Sayang.Ibu said...

x sukak ahhh pi bazaar dkt tpt akak:

1. sbb ramai gilak org, payah btol nak parking.

2. sbb dah ler ramai org, ahkak dgn dua org budak kecit ini langsung hilang tumpuan nak beli apa


3. sbb mcm xde langsung gerai yg ikhlas menjual - makanan semua x sedap walopun NAMPAK sedap, tp rasa.. pergghhhh langsung tak bley blahhhhh...kurengggg....

jadik kerana itu, ahkak lg rela buka nasik ngan telo goreng je dik kalo dah malas benau nak masak... :P

cc said...

sayang.ibu,
bagus la cmtu, blh jimat dan mengasah skill memasak. hihi =P

misSkiva said...

air khatira abu bakar..wajib..hik hik
dgn sata..tu je..pastu blk laju2..;)

cc said...

kat johor je ada air khatirah. tmpt lain xde. johor mmg best! =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...