11 Aug 2010

Setengah jam lagi

Eh, eh kejapnya dah petang. Lagi setengah jam nak balik. Yabeda bedu! =p

Tak terasa langsung kerja hari nih. Hari nih takda kerja sebenarnya wakakaka! Marilah anggap itu sebagai rahmat bulan puasa :p

Tengahari tadi langsung tak mengantuk. Pelik tapi benar. Kalau hari lain, belum pun pukul 1.00 pm dah menggelupur ngantok. Menguap entah berapa juta kali. Tapi tidak pada hari ini. Syaiton kena 'tambat', maka tak ngantuk. Kannnn? Sebab takda yang bergayut kat mata. Hehehehee...

Hari nih terasa nak berbuka puasa dengan Mee Hoon Sup. Tapi tak sure kat rumah ada mee hoon ke tak? Kalau takda masak nasi jelah. Lauk nanti tanya kakak ipar dia mahu masak apa. Saya simple je kalau bukak puasa. Tak payah kuih-muih atau makanan pelik-pelik. Dapat 1 juadah, dah cukup. Emak dah biasakan macam tu dari kecik. Kalau buka puasa kat kampung pun macam tu. Kalau menu nasi goreng, nasi goreng saja. Kalau teringin nak makan kuih, beli sikit. Settle.

Ohh, nanti sampai rumah nak call Jah Mon, nak tanya menu berbuka dia apa hari nih =D

Ehh, tetiba rasa macam nak buat pancake. Tuang sos coklat atas pancake banyak-banyak, fuhhhh....!!! Sorgaaaa ;p

P/S: Saya berazam mahu menempek gambar makanan setiap hari di blog mulai hari ini sehingga tamatnya bulan puasa. Keji tak? Keh keh keh

2 comments:

Sayang.Ibu said...

mmg keji hokehhhh... muahahhahaaaa

cc said...

keji ke hina kak?
wakakakakakaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...