9 Aug 2010

Susulan hujah untuk warga KL yang gila

Do you ever wonder why Sogo still berdiri dengan teguh even though banyak gila shopping mall kat KL nih? If someone ask me the question, I would simply answer because Sogo adalah tempat semua golongan mampu untuk bershopping. No? Dari golongan berpendapatan rendah hinggalah ke golongan yang berpendapatan tinggi. Tinggi woh survival rate Sogo nih ;p


Saya ke S Card Day hari Jumaat lepas, after work. Keluar office around 4.40 pm, tapi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas bermula dari Dataran Merdeka lagi. Taniah kah kah! Lenguh kaki weh drive dalam jem. (Ceh complaint padahal bawak kereta auto. Kalau kereta manual? Parkinson la haku lepas keluar dari kereta).

Serius jem teruk sangat. Saya yakin dan pasti hari Jumaat dan Sabtu lepas jem teruk di KL disebabkan S Card Day. Biasanya hari Sabtu tak jem, tapi Sabtu lepas ya rabbi...banyaknya kereta atas jalan T___T. Petang Jumaat on the way nak ke Sogo yang sekangkang kera daripada office tu je makan masa sejam lebih. Pukul 6.15 pm baru dapat parking. Itu pun kat Pertama Kompleks. Gigih tak gigih menapak dan menempuh umat manusia yang ramai tu semata-mata nak ke Sogo. Usaha tangga kejayaan -__-"

Gambar-gambar nih saya ambil from Facebook Sogo sendiri. Tak kuasalah saya nak mengangkut kamera godang nak jadi ala-ala paparazzi ;p.

All pictures credit to Sogo FB

:: Dorang nih pukul berapa agaknya keluar dari rumah eh? ::

:: Kedai-kedai kat Jalan TAR belum bukak lagi, mereka sudah beratur panjang di luar Sogo ::

:: Tunggu giliran ye dik? ;p ::

I've been told by Sogo staff, queue yang panjang tu sebab nak mereka nak renew S Card. Kalau valid membership, boleh masuk terus. Dah la on those day, new member punya fees discounted 50%. Daripada RM24 jadi RM12, cesssss! Sungguh tak aci haku sign up as member kena bayar full.

Bukan tu je, ramai jugak yang sanggup apply cuti dan MC hari Jumaat lepas!!! Dahsyat ke tak? Kan haku dah kata orang kat KL nih gila! (opsss...kata gila nanti mampos kena maki macam Nor Azlina Osman punya kes). Gila shopping la maksud saya.


Manusia memang ramai yang amatlahhhh. Lautan manusia! Jalan kena berhimpit, nak pilih barang pun kurang keselesaan sebab terlalu ramai orang. Tapi time saya pergi petang tu, orang dah tak seramai macam dalam gambar. Mungkin dah ramai yang pulang ke pangkal jalan ke rumah sebab dah petang.


I think most of shoppers yang datang on those day shopping untuk raya especially parents beli baju untuk anak-anak. Kids department memang heavy flow la. Pening kepala tengok orang ramai, tempat crowded macam tu. Budak-budak melalak pulak tu, adoiiii! Parents, please don't bring you kids la time S Card Day. Kesian okay budak-budak kena berhimpit, sesak-sesak semua. Kalau nak cari baju untuk anak, takkanlah tak tahu size kan? Better emak pergi shopping sendiri, anak tinggal rumah. Eh, seriuslah!


Naik 7th floor untuk redeem voucher pun queue panjangggg. Nasib baiklah banyak kaunter. Saya habis shopping lebih kurang pukul 10.15pm, queued untuk dapatkan voucher lebih kurang 15 minutes. Dapatlah beberapa keping voucher hehe.


Malam time nak balik orang dah takde ramai macam dalam gambar atas nih. Yelah dah pukul 10 lebih, ramai yang dah tunggu taxi and bus kat luar.

I managed to sambar few things. Walaupun tak banyak, tapi cukup untuk membuat poket rabak. Serius T_________T. Kena ambik order cupcake la nampak gayanya bulan puasa nih untuk top-up semula baki duit dalam akaun bank kah kah kah.

S Card Day for next year? Maybe I'll go with public transport je, takmo dah drive dalam kegilaan warga KL yang berpusu-pusu untuk ke Sogo. Itu baru Sogo buat sales, cuba kalau Sogo bagi barang FREE. Apa akan jadi kepada warga dan bandar KL?

7 comments:

mamarempit said...

hanya skali je akak jejak kaki kt Sogo ni mase pestime dia bukak dulu...hahaha......agak2 suh akak masuk sini...mau nangis.....heheheh

cc said...

apsal nangis? xkn la gumbira sampai nak nangis kak? hehehehee

aNoiHalim said...

hoihh...
cemburu hokeh sbb ko dpt pegi S Card day tu... aku sampai KL dah malam hari jumaat hari tue.... kalo sampai awal mmg harusss aku tuju ke situ dulu hari tue...

Sayang.Ibu said...

sbb tu lah agaknya laki ahkak tammo keje kt kl walopun akk slalu suruh carik keje kat sana.. dia takut biniknye tak pulang2 ke pangkal jalan... tenggelam dalam lautan manusia... hahahahaaa

cc said...

anoihalim,
patut ko check in je mlm tuh, sabtu pg2 ko serang la sogo..hihi


sayang.ibu,
muahahahaa niat terpesong sudah =p
nasib baik le suamimu takmo kje sini kak ;p

reena said...

U tunjuk gambar orang q buat gapooo? Tunjuk la hasil rembatan cik kak oiii! :p

cc said...

reena,
dah tunjuk la makcikkkkk =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...