13 Aug 2010

Tak jadi

...hari nih tak jadi balik kampung uols! Sob sob sob.

Gara-gara hadik hakak yang menyuruh hakak membeli bermacam-macam barang untuk dia (wah macamlah haku tak kirim macam-macam dari dia jugak hiksss), hakak kena cancel plan nak memulangkan diri ke kampung.

Malam tadi dah call Jah Mon, dah inform kat dia kata tak jadi balik. Nasib baiklah mak hakak tu memahami, nan hado la dia nak sentap ke hapa sebab hanak dia tak jadi balik kan? Ohh, cakap pasal Jah Mon - bulan lepas masa mula-mula hakak dapat kereta, dia dah pesan siap-siap; "Ni dah pakai kereta jangan asyik balik je."

Mak kau hado cakap begitu? Mak orang lain seronok sangatlah kalau anak balik kampung. Jah Mon tak uols, dia tak kasik hakak balik selalu. Tapi hakak tak sentap pasal hakak tau sebab apa dia cakap begitu; "...jimat duit minyak dengan tol. Balik sebulan sekali takpe." Suci murni hati bonda hakak, kan?

Kalau KL ke Yong Peng tu 100 km sajork takpelah uols, nih dekat 300 km. Kalau drive 2 jam lebih baru sampai. Kalau bawak laju 130-140 km/j, 2 jam sajork InsyaAllah sampai. Eh, semalam hakak bukak website myeg tuh, nak tengok kot-kot sebulan pakai kereta dah kena saman ke hapa. Tak ada saman uols, akak sooka! Rekod peribadi hakak masih suci murni. Selamat duhet yang dah tinggal nyawa-nyawa ikang. Nampak sangat hakak nih pemandu yang berhemah kan? Tak payah jawab uols, hakak tau jawapannya ialah YA. Hahaha.

Ohh semalam hadik hakak bagi list barang yang dia nak suruh kirim kat kawan dia yang nak balik US tu. Hakak tepuk dahi uols tengok list dia. Nahhh, hakak copy paste dari emel dia yang bertajuk "brg2 kirim2":

wanted list:
1. fair and lovely - krim muke, lg ape2 la yg boleh bg putih skit
2. sambal tempe
3. kerepeks
4. asam2 - plus serbuk asam yg mkn ngan jmbu batu
5. baju raya + tudung?
6. kasut raya hadiah dr ko
7. minyak urut panas angin
8. pore pack yg brksn mcm dlm entry blog ko
9. baby oil -yg bau sedap, or xde bau

ok. thanksss

Motip sangat kan yang nombor 6 tuh siap kata hadiah dari hakak? Confident je dia hakak sudi nak bagi dia hadiah? Keji sangat la! Ohh list tu ada penambahan, dia nak serunding jugak. Kirim asam-asam, ada apa-apa ke? Opppsss! Fair & Lovely lotion, minyak panas and baby oil akak plan nak beli kat Mydin sajork. Minyak urut panas angin? Apakah itew uols? Hadik hakak duduk US 3 tahun, tatabahasa dia dah tunggang-langgang uols. Kasihan.

Hakak kena pergi Jalan TAR cari tudung. Rehat tengahari nih hakak ingat nak pergi situ. Murah-murah sajork tudung kat Jalan TAR. Hakak pakai tudung murah sajork, nan hado beli Ariani ke Ayappan ke. Muka hakak kan boolat, tak seswai pakai tudung gitu. Tapi sebelum beli tudung, kenalah beli baju dulu kan? Konsep nak matching-matching la uols. Nanti beli tak matching, memang kena sangats lahhh!!! Kena gelak uols. Tsskkk.

Nampak gaya esok pagi-pagi hakak nak kena pergi Jalan Kenanga uols. Cari baju raya kat situ. Kalau nak tau Jalan Kenanga tu tempat pemborong baju, murah baju-baju kat situ. Baju cantik-cantik kat butik @ online yang berharga RM180, kat Jalan Kenanga tu cuma RM80 sajork uols. Sumpah hakak tak tipu. Tapi masalahnya, banyak butik kat situ nan hado bagi beli baju sepasang-sepasang. Kalau nak beli kena beli banyakkkk macam pemborong. Paling sikit boleh beli ENAM pasang. Takkan baju raya 6 pasang pastu semua sama patern sajork, kan? Gilo!

Tapi tak apalah, esok hakak akan gigih cari kedai yang ada jual baju secara loose. Hari tu dah jumpa 1 kedai, tapi waktu itew hakak nan hado berkenan kat mana-mana design. Ada yang hakak berkenan, kedai itu puler tak bagi beli baju 1 helai. Keji lah. Hakak nak beraya dengan 5 pasang baju tahun nih sempena apply cuti 5 hari. Wahhh, veragans sangats! Cuti pun belum tentu approved kah kah kah. Jom siapa nak ikot akak pergi Jalan Kenanga esok? Hakak bawak naik Kici (nama kereta hakak).


P/S: Sorry la uols, hakak macam tersampuk sawan fonen pagi-pagi nih. Sendu tak dapat balik kampung la katakan.

10 comments:

ciare (^_^)v said...

woot woot :D

mamarempit said...

hahaha....pesan Jah Mon same cam pesan arwah mak akak dulu2....hehehe...

itu Kici apa kaler?? Hheheeh

Sian hadik ko nye tatabahasa...naseb tk hancus...

Tak boleh beli selai...HINA sungguuh itew kedai....hahahah.....

Beli lah 1 kodi lina....bagi2 kt orang YP...hehhehe

yaNa MaLeK said...

sob sob...sedih xdpt lik kpg :( xpe next week balik..menarik tu kedai kenanga...ktne? tp sentap sket arr kalo nak li kena bli 6 laa..xkan nak hari-hari pakai bj sama patern lain kaler je..hehehhe

aah betul ckp mamarempit tu, sila beli then bagi kat org2 kampung..murah rezeki :D

misSkiva said...

mahu ikut shopping...tp..hakak sedih..xboleh shopping..huwaaaaa...
tgk hadek shopping je la sambil isap jari...huhu

Cheno said...

jalan kenanga 2 kat mane kak?
malas nak google! haha
nak jugeee kasut +baju raya! nnt hantar depan taman rahmat eh :P

nak naikkk kicilala!!! :P

mrs.ecam said...

2 la psl ko ni nih duk ber hakak2 uolls ni geli tali pusat aku bce...hekhek...alaa lek la...mnggu dpn leh blk kg ape kansss....heeeeeeeee

reena said...

Siannya u tak dapat balik kampung. Tak pa lah i balik kampung sorang-sorang. Babaiiiiii! Oh masakan emak, bazar Ramadhan Penang, tungguuuuuuu! (Kasik bakaq line skit ;p)

cc said...

ciare,
woot woot balik :p


mamarempit,
kici kale putih kak, suci murni gitew auww!
wah hakak ingat sy nih gaji 40k mcm usahawan MLM (oppss!) ke nak bg baju pd org kg? nan hado mampu T__T


yana,
jom la yana kita terjah kedai2 si pemborong itu. beli bnyk2, ingat kita tak mampu keeee hahh> (eh tetiba sentap)
haha

cc said...

misskiva,
mana blh isap jari, batal pose!


cheno,
kamu di KL jugak kah adik? marilah esok hakak bawak kamu ke jln kenanga sambil naik kici. mau? ;)

cc said...

mrs.ecam,
geli tali pusat leh ilangkan lapo x? kalau blh aku sgt bjasa pd ko hr nih..keh3


reena,
kijam! kijam! kijam! >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...